Bayar Zakat Online Guna Perbankan Internet RHB Bank

in , by dorsett pink, April 30, 2021

Assalamualaikum semua.

Dah 17 hari kan kita berpuasa. Dah bayar zakat fitrah ke? Zakat harta? Zakat perniagaan? Zakat pendapatan? Zakat emas? Dah setel ke semua? 


Zakat fitrah tu wajib, kalau dah bayar Alhamdulillah! Kalau belum better cepat-cepat bayar sebab takut nanti kelam-kabut last minute nanti. 

Zakat pendapatan, zakat emas, zakat harta,  zakat perniagaan tu kalau dah cukup haul jangan lupa bayar tau. 

Biar harta-harta kita semua berkat dan hidup kita pun diberkati Allah Taala. 


Syarat Sah Menunaikan Zakat
1. Niat

2. Memberi Milik - Untuk sahnya pemberian zakat disyaratkan “memberi milik”, iaitu dengan cara diberi kepada orang yang berhak.


Syarat Wajib Menunaikan Zakat
1. Orang Islam

2. Merdeka - Bukan Hamba -Bebas mencari rezeki

3. Milik sempurna - Harta mestilah dimiliki sepenuhnya dan dapat digunakan pada masa yang dikehendaki tanpa terikat dengan kebenaran dari orang lain. Sempurna dari segi pemilikan (Hak Hiyazah) dan keupayaan mengurus (Hak tasarruf).

4. Cukup Nisab - Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan Syarak untuk mewajibkan zakat. Sesetengah harta yang hendak dizakatkan mestilah bersamaan atau lebih nilainya dengan nilai 85 gram emas mengikut harga semasa seperti zakat emas, pendapatan, wang simpanan dan saham. Manakala, sesetengah harta yang lain menggunakan kadar nisab yang tersendiri seperti zakat ternakan, tanaman dan rikaz dan perak.

5. Cukup haul - Haul ialah berlalu tempoh setahun (12 bulan) harta dimiliki. Perkiraan haul dalam hukum syarak adalah berdasarkan kepada tarikh hijriiah (354/355 hari). Apabila genap setahun harta dimiliki, barulah diwajibkan zakat.


So, jangan lengah-lengah lagi untuk bayar zakat. Pejam celik-pejam celik dah tiba Syawal nanti. So, ayuhlah kita bayar zakat dengan Lembaga Zakat Selangor untuk penduduk-penduduk di Negeri Selangor ni. 

Boleh Percaya ke Bayar Zakat Dengan Lembaga Zakat?

Inilah persoalan yang selalu orang tanya kan? Boleh percaya ker? 

Guys.. Lembaga Zakat Selangor ni memang sangat-sangat boleh dipercayai. Korng jangan takutlah duit korang lesap ke ataupun takut kakitangan Pusat Zakat makan duit korang. Diaorang betul-betul bertanggungjawab dan amanah melaksanakan amanah yang dipikul. 

Cuba korang tengok Page Lembaga Zakat Selangor (LZS). Macam -macam cerita pasal asnaf yang korang akan jumpa yang LZS ni bantu. Even korang pun boleh bekerjasama dengan LZS ni untuk bantu asnaf-asnaf, dari situ korang boleh ikut kakitangan LZS ni berjumpa dengan asnaf untuk agihkan zakat. 

Lembaga Zakat Selangor ni bukan jer agihkan zakat kat dalam Negeri Selangor jer, tapi kat seluruh malaysia, selagi ada asnaf-asnaf yang perlu dibantu. 


Ni antara contoh ASNAF yang dibantu oleh LZS baru-baru ni.

1. Kariah masjid Al Muhamadiah Kg Kuantan menjadi lokasi kedua dari empat program Dapur Ramadhan Asnaf Selangor (DRAS) 2.0 yang di rancang di Daerah Kuala Selangor.

Seramai 20 orang asnaf telah diziarahi dan seterusnya sumbangan berupa barangan dapur disampaikan. Turut hadir adalah Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Ketua Divisyen Pengurusan Hartanah serta Ketua Jabatan Operasi Agihan Daerah.
Penolong Amil Kariah (PAK) turut membantu bagi melancarkan lagi program meskipun dalam keadaan cuaca hujan.
Semoga dengan sumbangan ini mampu membuat asnaf tersenyum dalam menghadapi ujian sepanjang Ramadan ini, serta dapat membuka hati orang ramai untuk terus membayar zakat di Lembaga Zakat Selangor.


2. KAMPUNG BATU 38 - Sebahagian asnaf fakir dan miskin Kampung Batu 38 diziarahi dan disantuni melalui Program DRAS 2.0. Program dirangka dengan memberikan sumbangan berupa barangan dapur bagi memenuhi keperluan dan memberikan kegembiraan kepada asnaf dalam bulan Ramadhan.
Pada hari ini asnaf fakir dan miskin di bawah kariah Masjid At Taqwa Batu 38 dipilih untuk menjayakan program ini.Beberapa buah keluarga asnaf disantuni dan diziarahi. Manakala selebihnya diuruskan melalui kaedah mengambil barangan di kedai/pembekal yang telah ditetapkan oleh pihak masjid.
Turut hadir bersama team Operasi Agihan Daerah Sabak Bernam pada program kali ini Ustaz Muhd Salahuddin Azmi Bin Muhd Ali, Ketua Jabatan Pengurusan Operasi Agihan Daerah Lembaga Zakat Selangor, Tn Hj Othman Bin Ahmad, Nazir dan En Omar Bin Sidik, Penolong Amil Kariah Masjid At Taqwa Batu 38.
Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan sedikit beban yang dihadapi oleh mereka sekeluarga, dipermudahkan urusan ibadah di bulan Ramadhan, di samping dapat membuka hati orang ramai untuk terus membayar zakat di Lembaga Zakat Selangor.

3. LZS Pun Turut Bantu MUALAF

Seorang muallaf yang baru memeluk agama Islam pada Mac 2021 baru berumur 15 tahun, gadis ini dengan rela hati hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat untuk melaksanakan rukun Islam pertama iaitu melafazkan dua kalimah syahadah dengan ditemani oleh ibunya yang masih belum beragama Islam. Mari kita doakan bersama agar ibunya memperoleh hidayah daripada Allah SWT.
Gadis ini tidak seperti anak-anak yang lain. Beliau dibesarkan dalam suasana keluarga yang serba kekurangan. Ayahnya telah meninggal dunia. Keputusan beliau untuk memeluk Islam mendapat tentangan hebat dari adik beradik bukan Islam yang lain. Beliau hanya bersekolah sehingga tahap sekolah rendah sahaja kerana asbab kekurangan kewangan ibunya dan juga motivasi untuk bersekolah yang rendah dipengaruhi suasana sekeliling.
Hari ini, Zakat Selangor bersama-sama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membawa gadis ini ke Rumah Bakti Al Kausar Bangi, salah sebuah rumah kebajikan berasrama yang berdaftar dengan MAIS dan JKM, untuk beliau tinggal di tempat tersebut bagi tujuan mendapatkan didikan agama dan pendidikan arus perdana sebaiknya.
Mohon doakan kami agar dapat menyantuni beliau sebaiknya dan doakan juga agar akidahnya akan terpelihara sehingga hujung nyawa beliau.


Setiap sen sumbangan zakat korang sangat bermakna untuk asnaf-asnaf. Melalui sumbangan zakat kita, kehidupan asnaf-asnaf dan golongan berpendapatan rendah dapat bersinar dan berseri kembali. 

  

 Untuk makluman korang, pada tahun 2020 LZS melalui Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dah agihkan RM 20.8 juta untuk Asnaf-Asnaf Riqab di Negeri Selangor iaitu 25 buah Rumah Pemulihan al-Riqab untuk membantu mereka yang terbelnggu dengan pelbagai cabaran sosial dan nak bertaubat. 


Kalau tak sempat nak pergi Pusat Zakat, jangan risau guys. Sekarang semuanya dah digital, serba-serbi dah serba canggih sekarang. Zakat sekarang dah boleh bayar online jer. Ada macam-macam apps dan cara boleh guna untuk bayar zakat ni. Kat hujung jari, sambil tengok TV pun dah boleh bayar zakat - through online jer. 

Kempen JOM Zakat Cashless

Sambil-sambil tu apa kata korang join sekali Kempen JOM Zakat Cashless yang dianjurkan oleh LZS ni. Ia adalah salah satu usaha LZS untuk menggalakan kita semua golongan yang berkelayakan membayar zakat untuk membayar zakat. 

Korang boleh lawati link ni untuk info lanjut pasal Kempen JOM ZAKAT Cashless ni :

Link untuk sertai : bit.ly/zakatcashless2021
Info lanjut di : https://www.zakatselangor.com.my/cashless/


Untuk terma dan syarat Kempen JOM ZAKAT Cashless ni, boleh rujuk pada infografik kat bawah :


Ni aku nak share dengan korang pasal PEMBAYARAN ZAKAT GUNA ONLINE BANKING RHB BANK. 


Cara Bayar Zakat Guna RHB Online Banking :

1. Login masuk ke RHBNOW akaun korang.

2. Pilih "Payment" , then pilih 'ZAKAT/Charity'.

3. Masukan butiran yang diminta. Diruang 'Payee Type', pilih "Lembaga Zakat Selangor". 

4. Lengkapkan butiran, dan tekan 'Submit' .

5. Klik 'Request TAC', then masukkan Nombor TAC yang diperolehi, lepas tu tekan 'Confirm'.

6. Siap. 

Senang jer kan? 

Jangan lupa simpan RESIT tau untuk bukti pembayaran. Nanti mana tau kot-kot nak claim income tax esok-esok 😊.

Kalau ada soalan apa-apa ppasal zakat, korang hubungi jer Lembaga Zakat Selangor k (LZS) tanya diaorang terus. 

WEB : https://www.zakatselangor.com.my/

FACEBOOK : https://web.facebook.com/zakatselangor

ALAMAT : Lembaga Zakat Selangor, 3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perdagangan Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13,   40100 Shah Alam, Selangor.

Talian Zakat Selangor : 1 300 88 4343

Email : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my


Selamat menunaikan ibadah Puasa dan Zakat pada tahun ini kerana Allah Taala.

#kongsirezeki

Sudah Beli Baju Raya

in , by dorsett pink, April 28, 2021

 Yeayyy! Kami dah beli baju raya.

Senang beli awal-awal tak yah nak kelam kabut last minute nanti.

"Buat apa beli baju raya, kan tak boleh beraya, membazir jer!" , inilah kata-kata yang selalu kita dengar lately ekoran dari Perintah Kawalan Pergerakan PKP. 

Bagi kami, takpelah, tak boleh beraya pun, janji nak jugak pakai baju raya walaupun hanya duduk kat rumah jer. Sebab nak jugak merasa suasana raya tu walaupun hanya tengok TV jer nanti dari pagi sampai petang. 

Tahun lepas pun sama jugak tak dapat beraya, tapi kitaorang tetap juga pakai baju raya dan ambik gambar kenangan seisi keluarga. At least nak jugak ada gambar untuk lengkapkan photo album. 

So, minggu lepas kitaorang keluar shopping baju raya. Pilihan kami sudah tentu JAKEL. Setiap tahun memang shopping kat sini jer senang, sebab suka dengan layanan mesra staff Jakel tu. Pilihan baju pun banyak, senang nak matchy-matchy seisi keluarga. 

Kami shopping hari tu masa nak dekat waktu berbuka puasa, so tak ramai orang dan tak sesak. Bestlah dapat shopping dengan tenang tanpa perlu fikirkan SOP (sebab tak ramai orang. 

Lepas habis shopping baju, terus ke Butik Ariani kat sebelah tu shopping tudung pulak. Kat Ariani pun sama tak ramai orang sebab orang semua dah busy untuk iftar.

Tahun ni en.suami pilih warna Champange. Susah jugak nak cari colour rare ni. Baju ni Leeya try muat, tapi ni bukan warna pilihannya. 

Yeaaaayyy! Baju raya dah setel. Legaaaaaa.. Selesai 1 bab. 

Next week nak cari kuih raya pulak. 


By the way, korang dah ada serunding belum untuk sambut Hari Raya nanti?

Kalau belum ada, apa kata korang cuba ROYAL FLOSS SERUNDING. 

Picture Courtesy - Ben Ashaari.


SERUNDING ni  SEDAP sangat tau. Dah ramai yang repeat order. 

Cuba korang baca Blogger Saidila tulis ni - 

Memang betul ramai sangat yang repeat order beli Serunding Royal Floss ni. 
Kalau korang nak beli Royal Floss Serunding ni, korang boleh call atau whatsapp aku - 011-6225 3899 😊.

Akhir kata, selamat berbuka puasa you all. Selamat bercuti. Esok kan public holiday, Nuzul Quran. kalau pergi shopping tu jangan lupa patuhi SOP tau. 

Pertama Kali Berpuasa

in , by dorsett pink, April 25, 2021

Assalamualaikum semua.

Baru sempat nak update Bulan Ramadhan. 

Fuhh! Mencabar betul nak cari masa untuk update blog.

Bulan Ramadhan ni, aku banyak fokus untuk penjualan Serunding Royal Floss. 

Alhamdulillah! Permintaan sangat memberangsangkan masa Ramadhan ni. Orang ramai dapatkan serunding buat sahur dan buat stok untuk Hari Raya nanti.

Memang banyak jer serunding-serunding lain kat pasaran. 

Tapi aku yakin dan pasti rasanya memang tak sama dengan Royal Floss Serunding, sebab tu ramai yang repeat order banyak kali. 

So, sebab tu blog aku ni sedikit terabai. Tapiii.. tapi kan... itu alasan jer kan? 

Aku tengah nak adjust masa nak cari pace untuk balance kan antara family-blogging-business. 

Hospefully dapat settle dalam masa terdekat ni.

Ok, back tp the main topic, hari ni aku nak cerita pasal Pertama Kali Kakak FL berpuasa.



Tahun ni Kakak FL baru nak belajar puasa. Tahun-tahun sebelum ni langsung tak puasa. 
Lagipun aku dan en.suami memang tak galakkan dia puasa. Even tahun ni pun just nak bagi dia tahu dulu 'macam mana rasa puasa tu'. 

Sebab dia baru umur 7 tahun. Kena tekankan solat dulu. 

Banyak jer orang dewasa sekarang atau remaja yang dah akil baligh BERPUASA PENUH TAPI TAK BERSOLAT. 

Ada jer aku jumpa pakcik umur 50 tahun puasa penuh tapi langsung tak solat. 

So, lebih baik ajar dan didik anak-anak untuk patuh dan taat pada solat , compare than puasa. 

Kami punya prinsip, biar anak-anak kami pandai dan tak tinggal solat 5 waktu sehari semalam, then baru laksanakan Rukun Islam ke-3 iaitu puasa. 

So, tahun ni ialah tahun pengenalan untuk Kakak FL belajar tentang solat. 

To get started, kami suruh dia puasa setengah hari dulu. Tapi kalau setengah hari pun tak larat, takper, makan jer. Mommy dan abah tak kisah pun. 

Ni hari pertama puasa. Ni masih pagi lagi, baru sampai sekolah. Dah nampak tak larat dah. hahahha. 

Hari pertama puasa masa1 Ramadhan hari tu, dia berjaya puasa sampai jam 11.30 am jer. 
Hari ke-2 pun sama. Hari ke-3 dapatlah puasa sampai jam 12 pm. 

Masuk minggu ke-2 puasa, dia berjaya puasa sampai kul 2 petang. Fuhh! A great achievement!.
Dia cakap dia cuba nak puasa sampai jam 3 petang, tapi tak larat katanya. 'Takpe kakak, mommy tak marah pun'. 

Dia bukak puasa tu minum air jer, sebab masih sekolah kan. Bila dia balik sekolah, masuk kereta, then baru makan-makan kat dalam kereta. 

Walaupun puasa, dia tetap bawak duit RM 2 pergi sekolah - sebab untuk infaq- masukkan kat dalam tabung infaq yang disediakan di sekolah. Hasil infaq pelajar sekolah, pihak sekolah tu akan sedekahkan pada NGO MyCare. 

Alhamdulilllah! I'm happy to see Kakak FL's progress and patiently waiting for her sister later 😊.

***********************************
 

Sesiapa yang nak order Royal Floss Serunding, boleh call : 
011-6225 3899

Salam 1 Ramadhan

in , , by dorsett pink, April 13, 2021

Hye You all.

Assalamualaikum.

Hari ni kan first day kita celebrate Ramadhan dan berpuasa. 

So, aku nak ucapkan Selamat Berpuasa untuk pembaca-pembaca DorsettPink.com sekalian.

Terima kasih tau korang kerna sudi lawat blog aku dan baca segala coretan aku. 



Semoga Ramdhan kali ini menjadikan kita Muslim yang lebih baik, lebih baik dari sebelum-sebelum ni. 

Dan semoga kita terus istiqomah dalam mengerjakan ibadah, walaupun dah habis Ramadhan nanti.

Jadikan Ramdhan ini sebagai Madrasah kehidupan kita untuk kita blajar mengenal Allah dan mengenal ISLAM dengan lebih rapat. 


Kalau korang nak serunding untuk buat sahur, whatsapp aku k - 011-6225 3899 . 

Aku boleh pos ke seluruh Malaysia. So far, 98% bagi feedback kat sedap sangat. Dan kebanyakkannya, akan repeat order semula. Sebabnya bila dah rasa Serunding Royal Floss ni,  biasanya orang akan jatuh cinta dengan Royal Floss Serunding ni dan tak cari serunding lain dah. 
 

Ambil Gambar Sebanyak Mungkin

in , , by dorsett pink, April 10, 2021

Masa diaorang kecik-kecik ni lah nak ambik gambar banyak-banyak dan post di sini sebagai kenangan terindah. Nanti bila diaorang dah masuk Sekolah Menengah, ini semua hanya tinggal memori jer. Dah tak ada dah drama-drama Akasia nak main bot, nak main bas-bas,nak main slide,jongkang-joket semua.


Sekarang pun rasa sekejap jer masa berlalu.


Rasa macam baru semalam mengandung dan masuk labour room. Tengok-tengok hari ni diaorang semua dah besar. Kakak FL dah masuk sekolah rendah. Leeya pulak dah masuk PlaySchool. Nanti tak lama lagi, Kakak FL masuk asrama, lepas tu masuk universiti, lepas tu kerja, dan seterusnya kahwin.


Kejap jer fasa diaorang membesar ni. TUP-TUP mommy tengok diaorang dah pakai jubah konvo. Fuuhh!


Jadi disaat diaorang tengah kecik ni, ambik lah gambar sebanyak mungkin. Biarlah orang nak kata - 'asyik nak menunjuk anak kat sosial media jer'. Biarlah orang nak mengata 'kita obses dengan kamera'. Lantaklah dengan mulut-mulut longkang tu. Ini anak kita. Kalau kita yang tak hargai anak kita, siapa lagi. Masa-masa yang indah ni lah nak cherish sehabis baik. Nanti kalau dah pergi atau dah tak sihat, dah tak dapat dah nak rasa momen -momen indah macam ni.










Jadi nikmatilah masa yang ada ini untuk kenangan di masa depan . Gambar - gambar hari ini ialah bukti kasih sayang kita sekeluarga 💓💓😊.

Motherhood is beautiful, so cherish it 😊.

Leeya Dah Masuk Sekolah

in , by dorsett pink, April 10, 2021

 Start Bulan April ni, Leeya dah pergi sekolah - pergi playschool.

Dia nak sangat pergi 'school' sejak awal tahun ni. Tapi mommy lengahkan. Sebab risau dengan kes Covid19 ni. 

Tapi sejak Kakak Fl dah pergi sekolah secara bersemuka, lagilah dia duk ratib berzikir kat Mommy dan abah dia hari-hari nak pergi school. Leeya ni dah umur 3 tahun. Jadi, memang sesuai sangat lah untuk pergi playschool tu. Biar dia belajar berkawan. Kakak FL dulu-dulu umur setahun dah pergi school. Leeya ni lambat sikit sebab pandemik. 

So, mommy pun survey la. kalau boleh nak cari school yang dekat dengan sekolah Kakak FL. Senang dekat-dekat , so tak yah mommy nak berulang-alik ke sana-sini. Lagipun traffic jem kat area umah aku ni boleh tahan sesak yang sangat menuntut kesabaran. Aku pulak jenis tak boleh sabar dan sangat tak suka traffic jem. So, sebab tu hantar diaorang ke sekolah dekat-dekat, mommy pun lega lepas tu. Tak rushing. 

Jadinya minggu lepas, Leeya pun dah mula pergi sekolah. 


Kat school Leeya ni, hanya ada pakej Day-Care 8 jam atau 12 jam jer. So, aku ambik Sesi 8 Jam. Sebab nak fetch sekali ngan Kakak FL. Kakak FL habis sekolah jam 4 petang. 

Ini barang-barang Leeya pergi school. Tilam dan bantal kena bawak sendiri, termasuk pinggan dan sudu makan. Tak boleh share.

Tilam ni Kakak FL punya dulu masa day care kat tadika. Ada hari-hari yang Kakak FL terpaksa day-care kat tadika sebab mommy ada kerja dari pagi sampai petang.

Hari ke-2 pergi sekolah, Cikgu bagi buku-buku ni, suruh tulis nama. Fuhh! Terkejut mommy tengok banyak sangat. Padahal yuran yang dibayar tak adalah mahal sangat pun. Happy mommy tengok buku-buku ni. Sebab inilah material yang Leeya akan belajar nanti. Jadi, berbaloilah dia pergi school tu, ada aktiviti yang bagus (thumbs-up).

Ini sekolah bagi kat Leeya - ini termasuk dalam pakej buku-buku tu. Kalau tak silap aku,ini ialah produk 'MommyHappy'.


Sekarang ni pagi-pagi Leeya pergi sekolah dia menangis. Kat dalam kereta OK jer. Turun kereta pun OK. Bila sampai kat depan pintu sekolah, terus menangis meraung, nak mommy ikut jugak. Alahai.. Anak oh! anak. 

Cikgu cakap dia menangis sekejap jer, Bila mommy balik terus dia diam dah. Lega mommy dengar.

Bila balik sekolah, tak habis-habis dia duk bercerita pasal sekolah dia, sama macam kakak FL lah - bercerita sampai ke malam. hihihi. Takpe, mommy pun seronok dengar cerita anak-anak. Bila tanya 'happy tak pergi sekolah?'. Dia cakap 'happy, suka'. Alhamdulillah!

Tapi esokkannya bila pergi school menangis lagi. hahahha.. Anak oh anak, macam-macam ragam sorang-sorang.

Ben Ashaari Makan Royal Floss Serunding

in , , by dorsett pink, April 08, 2021

Aku selalu blogwalking kat blog kawan-kawan cuma kadang-kadang je aku drop komen. Sebab skrang banyak BW at handphone jer, so jadi macam leceh nak menulis kat handphone. Sebab tu aku tak tinggalkan komen bila BW. 

Kalau BW guna laptop, InshaAllah seboleh mungkin aku akan cuba tinggalkan jejak. Hari tu aku baca blog Ben Ashaari. Ternampak dia up cerita pasal ROYAL FLOSS SERUNDING kat blog dia. Boleh baca cerita tu kat sini - 'MEMADAI JE BERBUKA DENGAN ADANYA ROYAL FLOSS SERUNDING !'

Aku terus rasa WOW! Teruja! Ben Ashaari  bercerita pasal Royal Floss Serunding kat blog dia. Perrghh! Happy aku. Sebab ye lah, dia kan blogger famous dan otai. Mestilah dia sellective nak buat entri kan. 


Ben ada dapatkan ROYAL FLOSS SERUNDING ni dengan aku. Aku kan sekarang Agent Royal Floss Serunding. Korang boleh baca pasal tu kat entri ni - 'ROYAL FLOSS SERUNDING - PRODUK ORANG MELAYU YANG SANGAT SEDAP'.

Ni gambar yang Ben Ashaari snap - dia makan Serunding Royal Floss ni (daging)  dengan bihun. 

Hari tu Dia dan isteri puasa Sunat, so bukak puasa tu, diaorang husben and wife makan lauk ni. Simple tapi kenyang. Itu yang bagusnya. Nanti kalau makan banyak-banyak masa bukak puasa, badan akan naik balik. 

"Bila dah makan dengan Royal Floss Serunding ni.. jangan mimpilah makan sekali jer. Memang akan bertambah tambah la.. Nasib baik bihun goreng je. Hehehe.. Ari tu aku try makan dengan maggie sup. Pergh.. Memang terbaik la ! " - Ini apa yang Ben Ashaari cakap. Blogger otai cakap macam ni pasal serunding ni. Fuhh! Happynya aku. 


Hampir 98% yang makan serunding Royal Floss ni bagi feedback yang sangat-sangat positif. Dan sebab tu ramai yang repeat order banyak kali. Alhamdulillah! Syukur! Serunding Royal Floss ni diterima ramai. 

Ini yang selalu aku buat - makan roti dengan serunding. 

So, nanti bila Ramadhan, sahur dan bebukak puasa pun boleh makan serunding ni. Boleh jer nak makan dengan apa-apa pun. Instead astik makan dengan telur goreng jer, why dont kita ubah sikit menu makan dengan Serunding. 

Nak beli Serunding, Belilah Serunding ROYAL FLOSS =)).

Boleh tengok website ni - www.serundingdelivery.com

Korang kalau nak beli Serunding ni dengan aku , boleh jer wassap aku terus - www.wasap.my/601162253899/RFserunding

 Lunch and Dinner Using Bento Set at Hilton Hotel, Kuala Lumpur.

Masa aku stay kat Hotel Hilton hari tu, aku makan kat dalam hotel sebab tak keluar. Ada keluar pergi Bird Park kat Taman Botani Kuala Lumpur, tapi kejap jer, lepas habis pusing terus balik makan kat hotel. 

So, aku makan lunch dan dinner kat hotel.

Sekarang ni makan buffet kat hotel, dah tak macam conventional buffet yang selalu kita tengok tu. Sekarang hotel serve makanan dalam Bento set. So, pilihan makanan cuma apa yang diberi jer lah. Dan terpulang nak makan kat restoren atau buat balik bilik. 

So, kitaorang makan kat bilik. Senang nak bersilat dengan anak-anak. 

Kalau breakfast, masih ada buffet macam biasa cumanya staff hotel yang serve untuk kita. 


Inilah bento nya. Ini makanan masa lunch. 


Setiap bento box, ada tertera menu makanan dalam box tu.



Packaging yang sangat indah. I suka... Masa makan tu, teras pulak macam makan makanan Air Asia kat atas flight AA dulu-dulu (rindu nak naik flight...huhu). 



Ini makanan untuk dinner hari tu. Indian food.


Sebabkan kari tu pedas, so, anak-anak aku makan nasi dengan serunding ni. Nasib baik bawak Serunding Royal Floss ni sekali. Ada jugak back-up. 


Ni makan serunding dengan roti bila lapar. 

Serunding ni sedap giler. Kakak FL suka sangat. Aku memang selalu banyak serunding ni kalau bercuti dalam negara atau keluar negara. Kiranya ni makanan wajib untuk aku sekeluarga bila travel. Dah lama dah aku makan serunding ni. Sebab rasa dia sedap, tak masin tak manis sangat, sebab tu aku setia dengan SERUNDING ROYAL FLOSS ni.

Kalau korang nak beli serunding ni boleh beli kat website - www.serundingdelivery.com



Walaupun gambar ni tak cantik, tetap jugak aku nak letak sini. Sebagai kenangan abadi kelak. Tu muka teruja Kakak FL bila nampak ada surprise box kat atas meja. Dia masuk bilik jer, terus nampak ada BOX BIRU BESAR ni atas meja. Manalah tak terkejut. Aku pun teruja. Rupanya en.suami yang belikan.


Lepas habis makan, letak kat luar bilik. Nanti housekeeping datang ambik. 


Makanan sedap. Staff Hilton pun semua friendly. Walaupun bercuti, tapi SOP tetap terjaga. Terbaiklah Hilton. InshaAllah boleh repeat lagi stay kat sini lagi nanti. 

Holiday at Hilton Hotel Kuala Lumpur

in , , , by dorsett pink, April 02, 2021

Lama kan aku tak update blog? 

hahahha.. 

Tak sempat nak update (jawapan cliche sangat). 

Sebab aku busy melayan anak-anak. Al-maklumlah cuti sekolah kan. 

Kitaorang spend this school holiday dekat Hotel Hilton, Kuala Lumpur.

Alangkah bestnya kalau dapat rentas negeri kan. So, sebabkan masih lagi PKPB, jadinya spend our holiday dalam Klang Valley ni je la jawabnya. 

Sambil aku seronok-seronok berholiday kat Hilton tu, sambil-sambil melayan cerita sensasi Neelofa. ooopppsss. hahahhahaa. Tahniah! akhirnya berjaya menamatkan zaman bujang walaupun berdepan dengan macam-macam dugaan. Biasalah, nak kahwin ni, ada banyak dugaan, nanti bila dah kahwin, dah bahagia lagi banyak dugaan yang datang.hihi... So, hadap jer lah dengan tenang dan sabar. Giteeewwww.. 

So, inilah dia kisah percutian kami selama 4 hari 3 malam di Hotel Hilton. Htel ni en.suami yang pilih dan book as usual. Kami ikut jer dengan hati terbuka.. Gitttuuew.

Aku pun tak pernah check-in kat hotel ni. so, aku sangatlah teruja dapat tidur kat sini.

Kitaorang memang fully spend masa kat dalam hotel ni. Ada sekali keluar pergi Bird Park, dan sekali lagi keluar sebab hantar Kakak FL pergi english class, dan yang selebihnya memang spend dalam hotel jer. OK lah, sebab pool boleh guna. Jadi, anak-anak tak bosan, dan masa diaorang pun occupied stay kat sini. 





Pool kat sini boleh guna tapi sorang limit masa hanya 45 minit saja. 




Dan kat sini tak ada kids pool. Ada pun cetek macam ni jer lah, ngam-ngam jer Leeya boleh buat kuk lentang 😅. So, parents kena sentiasa swim dengan anak-anak untuk keselamatan diaorang.

Surprisingly, memang ramai orang kat hotel ni. Aku rasa semua tu warga KL Selangor jer. Cuti sekolah kot, sebab tu ramai. Hotel fully booked tau.

Dalam bilik ada bathtub. Itu syarat untuk book hotel. hahaha. takut pool tak boleh guna, so at least ada juga alternatif untuk kids mandi dalam bathtub.

Ni interior bilik yang kitaorang stay. Katil tu terus menghadap bilik air. Tapi bilik air tu luas, ada 2 pintu, cuma tak ada lock la. 






Clean!  Everything has been sanitized. 

Ini makanan ringan kat dalam bilik hotel. Makan roti dengan serunding. Sejak dulu lagi, aku memang akan bawak roti, serunding dan chocolate spread kalau pergi bercuti mana-mana even kat dalam Malaysia. 

Sebab anak-anak aku selalu lapar especially bila lepas swimming, so mesti kena standby makanan kat dalam bilik - makanan ringan jer. kalau diaorang nak makan nasi atau makanan berat, tu tunggu waktu breakfast / lunch / dinner . Selain dari waktu-waktu tu, makan je lah apa pun yang ada dalam bilik tu. 

Serunding tu ialah ROYAL FLOSS Serunding. Kalau nak beli, boleh beli kat website - www.serundingdelivery.com  atau kat online store ni - https://yzza.io/kml3d . 



Breakfast dah boleh buffet kat restoren, cuma staff hotel kena served untuk kita. Lunch dan dinner pulak diberi dalam bento. So, depends pada kita la nak makan bento tu kat mana. Nanti aku update pasal Bento Hotel Hilton ni. 

Overall, aku suka hotel ni. Nanti bolehlah aku repeat stay sini lagi. 

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE