Saturday, April 10, 2021

Ambil Gambar Sebanyak Mungkin

Masa diaorang kecik-kecik ni lah nak ambik gambar banyak-banyak dan post di sini sebagai kenangan terindah. Nanti bila diaorang dah masuk Sekolah Menengah, ini semua hanya tinggal memori jer. Dah tak ada dah drama-drama Akasia nak main bot, nak main bas-bas,nak main slide,jongkang-joket semua.


Sekarang pun rasa sekejap jer masa berlalu.


Rasa macam baru semalam mengandung dan masuk labour room. Tengok-tengok hari ni diaorang semua dah besar. Kakak FL dah masuk sekolah rendah. Leeya pulak dah masuk PlaySchool. Nanti tak lama lagi, Kakak FL masuk asrama, lepas tu masuk universiti, lepas tu kerja, dan seterusnya kahwin.


Kejap jer fasa diaorang membesar ni. TUP-TUP mommy tengok diaorang dah pakai jubah konvo. Fuuhh!


Jadi disaat diaorang tengah kecik ni, ambik lah gambar sebanyak mungkin. Biarlah orang nak kata - 'asyik nak menunjuk anak kat sosial media jer'. Biarlah orang nak mengata 'kita obses dengan kamera'. Lantaklah dengan mulut-mulut longkang tu. Ini anak kita. Kalau kita yang tak hargai anak kita, siapa lagi. Masa-masa yang indah ni lah nak cherish sehabis baik. Nanti kalau dah pergi atau dah tak sihat, dah tak dapat dah nak rasa momen -momen indah macam ni.










Jadi nikmatilah masa yang ada ini untuk kenangan di masa depan . Gambar - gambar hari ini ialah bukti kasih sayang kita sekeluarga 💓💓😊.

Motherhood is beautiful, so cherish it 😊.

6 comments:

  1. betul.. ambil banyak gambar and print dekat photobook :)

    ReplyDelete
  2. betul tu. sekejapan diorang memmbesar kan. nyesal tak amik gambar byk2 dulu lagipun dulu mama tak reti nak ambil gambar sgt

    ReplyDelete
  3. Jaman anak2 wak kecik2 dulu,
    masih main kamera dan cuci gambar.
    Sampai sekarang masih simpan dalam album walau pun mereka dah beranak pinak.

    ReplyDelete