Assalamualaikum semua.
Dah 17 hari kan kita berpuasa. Dah bayar zakat fitrah ke? Zakat harta? Zakat perniagaan? Zakat pendapatan? Zakat emas? Dah setel ke semua?
Zakat pendapatan, zakat emas, zakat harta, zakat perniagaan tu kalau dah cukup haul jangan lupa bayar tau.
Biar harta-harta kita semua berkat dan hidup kita pun diberkati Allah Taala.
So, jangan lengah-lengah lagi untuk bayar zakat. Pejam celik-pejam celik dah tiba Syawal nanti. So, ayuhlah kita bayar zakat dengan Lembaga Zakat Selangor untuk penduduk-penduduk di Negeri Selangor ni.
Boleh Percaya ke Bayar Zakat Dengan Lembaga Zakat?
Inilah persoalan yang selalu orang tanya kan? Boleh percaya ker?
Guys.. Lembaga Zakat Selangor ni memang sangat-sangat boleh dipercayai. Korng jangan takutlah duit korang lesap ke ataupun takut kakitangan Pusat Zakat makan duit korang. Diaorang betul-betul bertanggungjawab dan amanah melaksanakan amanah yang dipikul.
Cuba korang tengok Page Lembaga Zakat Selangor (LZS). Macam -macam cerita pasal asnaf yang korang akan jumpa yang LZS ni bantu. Even korang pun boleh bekerjasama dengan LZS ni untuk bantu asnaf-asnaf, dari situ korang boleh ikut kakitangan LZS ni berjumpa dengan asnaf untuk agihkan zakat.
Lembaga Zakat Selangor ni bukan jer agihkan zakat kat dalam Negeri Selangor jer, tapi kat seluruh malaysia, selagi ada asnaf-asnaf yang perlu dibantu.
Ni antara contoh ASNAF yang dibantu oleh LZS baru-baru ni.
1. Kariah masjid Al Muhamadiah Kg Kuantan menjadi lokasi kedua dari empat program Dapur Ramadhan Asnaf Selangor (DRAS) 2.0 yang di rancang di Daerah Kuala Selangor.
3. LZS Pun Turut Bantu MUALAF
Untuk makluman korang, pada tahun 2020 LZS melalui Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dah agihkan RM 20.8 juta untuk Asnaf-Asnaf Riqab di Negeri Selangor iaitu 25 buah Rumah Pemulihan al-Riqab untuk membantu mereka yang terbelnggu dengan pelbagai cabaran sosial dan nak bertaubat.
Kalau tak sempat nak pergi Pusat Zakat, jangan risau guys. Sekarang semuanya dah digital, serba-serbi dah serba canggih sekarang. Zakat sekarang dah boleh bayar online jer. Ada macam-macam apps dan cara boleh guna untuk bayar zakat ni. Kat hujung jari, sambil tengok TV pun dah boleh bayar zakat - through online jer.
Kempen JOM Zakat Cashless
Sambil-sambil tu apa kata korang join sekali Kempen JOM Zakat Cashless yang dianjurkan oleh LZS ni. Ia adalah salah satu usaha LZS untuk menggalakan kita semua golongan yang berkelayakan membayar zakat untuk membayar zakat.
Korang boleh lawati link ni untuk info lanjut pasal Kempen JOM ZAKAT Cashless ni :
Link untuk sertai : bit.ly/zakatcashless2021
Info lanjut di : https://www.zakatselangor.com.my/cashless/
Ni aku nak share dengan korang pasal PEMBAYARAN ZAKAT GUNA ONLINE BANKING RHB BANK.
Cara Bayar Zakat Guna RHB Online Banking :
1. Login masuk ke RHBNOW akaun korang.
2. Pilih "Payment" , then pilih 'ZAKAT/Charity'.
3. Masukan butiran yang diminta. Diruang 'Payee Type', pilih "Lembaga Zakat Selangor".
4. Lengkapkan butiran, dan tekan 'Submit' .
5. Klik 'Request TAC', then masukkan Nombor TAC yang diperolehi, lepas tu tekan 'Confirm'.
6. Siap.
Senang jer kan?
Jangan lupa simpan RESIT tau untuk bukti pembayaran. Nanti mana tau kot-kot nak claim income tax esok-esok 😊.
Kalau ada soalan apa-apa ppasal zakat, korang hubungi jer Lembaga Zakat Selangor k (LZS) tanya diaorang terus.
WEB : https://www.zakatselangor.com.my/
FACEBOOK : https://web.facebook.com/zakatselangor
ALAMAT : Lembaga Zakat Selangor, 3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perdagangan Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
Talian Zakat Selangor : 1 300 88 4343
Email : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my
Selamat menunaikan ibadah Puasa dan Zakat pada tahun ini kerana Allah Taala.
#kongsirezeki
Tahun ni wak bayar kat amil aje.
ReplyDeletemudahnya hendak byr zakat la ni xperlu ke mana-mana klik2 saja
ReplyDeletejom cashless zakat. ramadhan dah nak berlabuh tirai
ReplyDelete