Leeya Dah Masuk Sekolah

in , by dorsett pink, April 10, 2021

 Start Bulan April ni, Leeya dah pergi sekolah - pergi playschool.

Dia nak sangat pergi 'school' sejak awal tahun ni. Tapi mommy lengahkan. Sebab risau dengan kes Covid19 ni. 

Tapi sejak Kakak Fl dah pergi sekolah secara bersemuka, lagilah dia duk ratib berzikir kat Mommy dan abah dia hari-hari nak pergi school. Leeya ni dah umur 3 tahun. Jadi, memang sesuai sangat lah untuk pergi playschool tu. Biar dia belajar berkawan. Kakak FL dulu-dulu umur setahun dah pergi school. Leeya ni lambat sikit sebab pandemik. 

So, mommy pun survey la. kalau boleh nak cari school yang dekat dengan sekolah Kakak FL. Senang dekat-dekat , so tak yah mommy nak berulang-alik ke sana-sini. Lagipun traffic jem kat area umah aku ni boleh tahan sesak yang sangat menuntut kesabaran. Aku pulak jenis tak boleh sabar dan sangat tak suka traffic jem. So, sebab tu hantar diaorang ke sekolah dekat-dekat, mommy pun lega lepas tu. Tak rushing. 

Jadinya minggu lepas, Leeya pun dah mula pergi sekolah. 


Kat school Leeya ni, hanya ada pakej Day-Care 8 jam atau 12 jam jer. So, aku ambik Sesi 8 Jam. Sebab nak fetch sekali ngan Kakak FL. Kakak FL habis sekolah jam 4 petang. 

Ini barang-barang Leeya pergi school. Tilam dan bantal kena bawak sendiri, termasuk pinggan dan sudu makan. Tak boleh share.

Tilam ni Kakak FL punya dulu masa day care kat tadika. Ada hari-hari yang Kakak FL terpaksa day-care kat tadika sebab mommy ada kerja dari pagi sampai petang.

Hari ke-2 pergi sekolah, Cikgu bagi buku-buku ni, suruh tulis nama. Fuhh! Terkejut mommy tengok banyak sangat. Padahal yuran yang dibayar tak adalah mahal sangat pun. Happy mommy tengok buku-buku ni. Sebab inilah material yang Leeya akan belajar nanti. Jadi, berbaloilah dia pergi school tu, ada aktiviti yang bagus (thumbs-up).

Ini sekolah bagi kat Leeya - ini termasuk dalam pakej buku-buku tu. Kalau tak silap aku,ini ialah produk 'MommyHappy'.


Sekarang ni pagi-pagi Leeya pergi sekolah dia menangis. Kat dalam kereta OK jer. Turun kereta pun OK. Bila sampai kat depan pintu sekolah, terus menangis meraung, nak mommy ikut jugak. Alahai.. Anak oh! anak. 

Cikgu cakap dia menangis sekejap jer, Bila mommy balik terus dia diam dah. Lega mommy dengar.

Bila balik sekolah, tak habis-habis dia duk bercerita pasal sekolah dia, sama macam kakak FL lah - bercerita sampai ke malam. hihihi. Takpe, mommy pun seronok dengar cerita anak-anak. Bila tanya 'happy tak pergi sekolah?'. Dia cakap 'happy, suka'. Alhamdulillah!

Tapi esokkannya bila pergi school menangis lagi. hahahha.. Anak oh anak, macam-macam ragam sorang-sorang.

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. wahhh seronok leeya... dapat kawan baru, environment baru...
    sakan dia bercerita apa yg dia buat kat sekolah ye hehehe..

    ReplyDelete
  2. tahniah leeya dah masuk sekolah dah dia seronok sgt nampak tu

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE