Pertama Kali Berpuasa

in , by dorsett pink, April 25, 2021

Assalamualaikum semua.

Baru sempat nak update Bulan Ramadhan. 

Fuhh! Mencabar betul nak cari masa untuk update blog.

Bulan Ramadhan ni, aku banyak fokus untuk penjualan Serunding Royal Floss. 

Alhamdulillah! Permintaan sangat memberangsangkan masa Ramadhan ni. Orang ramai dapatkan serunding buat sahur dan buat stok untuk Hari Raya nanti.

Memang banyak jer serunding-serunding lain kat pasaran. 

Tapi aku yakin dan pasti rasanya memang tak sama dengan Royal Floss Serunding, sebab tu ramai yang repeat order banyak kali. 

So, sebab tu blog aku ni sedikit terabai. Tapiii.. tapi kan... itu alasan jer kan? 

Aku tengah nak adjust masa nak cari pace untuk balance kan antara family-blogging-business. 

Hospefully dapat settle dalam masa terdekat ni.

Ok, back tp the main topic, hari ni aku nak cerita pasal Pertama Kali Kakak FL berpuasa.



Tahun ni Kakak FL baru nak belajar puasa. Tahun-tahun sebelum ni langsung tak puasa. 
Lagipun aku dan en.suami memang tak galakkan dia puasa. Even tahun ni pun just nak bagi dia tahu dulu 'macam mana rasa puasa tu'. 

Sebab dia baru umur 7 tahun. Kena tekankan solat dulu. 

Banyak jer orang dewasa sekarang atau remaja yang dah akil baligh BERPUASA PENUH TAPI TAK BERSOLAT. 

Ada jer aku jumpa pakcik umur 50 tahun puasa penuh tapi langsung tak solat. 

So, lebih baik ajar dan didik anak-anak untuk patuh dan taat pada solat , compare than puasa. 

Kami punya prinsip, biar anak-anak kami pandai dan tak tinggal solat 5 waktu sehari semalam, then baru laksanakan Rukun Islam ke-3 iaitu puasa. 

So, tahun ni ialah tahun pengenalan untuk Kakak FL belajar tentang solat. 

To get started, kami suruh dia puasa setengah hari dulu. Tapi kalau setengah hari pun tak larat, takper, makan jer. Mommy dan abah tak kisah pun. 

Ni hari pertama puasa. Ni masih pagi lagi, baru sampai sekolah. Dah nampak tak larat dah. hahahha. 

Hari pertama puasa masa1 Ramadhan hari tu, dia berjaya puasa sampai jam 11.30 am jer. 
Hari ke-2 pun sama. Hari ke-3 dapatlah puasa sampai jam 12 pm. 

Masuk minggu ke-2 puasa, dia berjaya puasa sampai kul 2 petang. Fuhh! A great achievement!.
Dia cakap dia cuba nak puasa sampai jam 3 petang, tapi tak larat katanya. 'Takpe kakak, mommy tak marah pun'. 

Dia bukak puasa tu minum air jer, sebab masih sekolah kan. Bila dia balik sekolah, masuk kereta, then baru makan-makan kat dalam kereta. 

Walaupun puasa, dia tetap bawak duit RM 2 pergi sekolah - sebab untuk infaq- masukkan kat dalam tabung infaq yang disediakan di sekolah. Hasil infaq pelajar sekolah, pihak sekolah tu akan sedekahkan pada NGO MyCare. 

Alhamdulilllah! I'm happy to see Kakak FL's progress and patiently waiting for her sister later 😊.

***********************************
 

Sesiapa yang nak order Royal Floss Serunding, boleh call : 
011-6225 3899

SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Alolooo... kakak FL nampak tak larat ye... api tetap comel. Slamat belajar berpuasa dik!

    ReplyDelete
  2. Sedikit demi sedikit. Alhamdulillah. Nanti lama-lama full sehari kak FL puasa.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah
    latihan puasa sejak kecil

    ReplyDelete
  4. So true! we have a same mind too! Good Job Kakak! InshaALLAH..soon, nanti dia dah besar sikit sure boleh punya. :)

    ReplyDelete
  5. terbaiklah kakak tetap nk cuba berpuasa walau xlarat

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE