Wednesday, June 30, 2021

NASI DAGANG GRANNIES - NASI DAGANG ASLI TERENGGANU

Dah lama tak balik kampung, rindu sangat nak makan Nasi dagang original Terengganu. Tapi susah sangat nak dapat nasi dagang original Terengganu kat Kuala Lumpur ni. Ada banyak jer orang jual  Nasi Dagang kat Lembah Klang ni tapi rasa dia tak sesedap yang asli 'Made In Terengganu. Tapi sejak tahu akan kewujudan NASI DAGANG GRANNIES - NASI DAGANG PREMIUM ASLI NEGERI TERENGGANU, terus rasa nak cuba. 


Aku try contact agent GRANNIES masa Hari Raya Puasa hari tu tapi sebabkan masa tu peak hour, so, delivery fee sangat mahal, so tak jadilah beli.

Ni sekarang dah habis hari raya, dapatlah makan jugak Nasi dagang GRANNIES ni 2 minggu lepas akhirnya. Yeeayyy!. 

Nasi dagang ni delivery ke rumah saya panas-panas lagi. Fuhh! Sedapnya you oll. 

Seriously sedap. Cuba korang rasa. 

Ini lauk ikan tongkol. Ada banyak lagi lauk lain, in case ada yang tak suka makan ikan kan.

Antara lauk lain yang turut ada dalam Pakej Grannies ni ialah lauk udang dan lauk ayam.

Besar ni lah saiznya.

Aku siap buat IG Live lagi makan Nasi Dagang ni sebab benda baik haruslah kita share kan? hihi.

Prinsip aku - aku tak kan share benda yang tak best atau tak sedap sebab aku tak nak readers tertipu.

Nasi Dagang Grannies ni terlaris kat KLCC tu kalau bukan waktu lock down. Sebab tu Grannies ni guna hashtag - #terlarisdiKLCC . 

Grannies ni hanya ada di Lembah Klang jer.

Frankly speaking, aku suka sangat dengan GRANNIES ni. Sebab tu aku share. Cubalah you all rasa. Boleh cari kat Instagram - @grannies.my 

Ni harga pakej nasi Dagang Grannies untuk seisi keluarga. Dia ada jugak ala-carte, kalau tak nak ambik pakej macam ni. Boleh contact Grannies untuk tanya harga nya. 


#nasidagangpremium

Tuesday, June 29, 2021

ROBLOX : Permainan Video Lucah Yang Menggalakkan Anak-Anak Merogol

ROBLOX : Permainan Video Lucah Yang Menggalakkan Anak-Anak Merogol Dan Bunuh Diri.

Hye You all.

Apa khabar? 

Sihat? 

Aku Alhamdulillah, sihat jer, cuma kekangan masa yang buatkan aku tak sempat nak update blog. Ada macam-macam nak ceita sebenarnya, tapi tu lah, tak nyepat nak menaip.

Ok, cerita pertama hari ni steelah lebih seminggu tak update, aku nak cerita pasal Game ROBLOX. Korang pernah dengar nama game ni - ROBLOX? 

Aku pernah dengar sebelum ni tapi tak ambik pusing sebab aku tak main game tu dan anak-anak pun langsung tak pernah sebut pasal game tu, maksudnya diaorang pun tak main game tu. So, ia tak penting untuk aku ambil tahu apakah itu 'Game ROBLOX'. 


Sampailah semalam, ada seorang parents bagitau dalam Group Whatsapp  Sekolah kakak FL sharing pasal game ROBLOX ni.

Fuhh! Lemah semangat aku bila tahu. Nasib baik ada parents yang tak sanggup sharing pasal benda ni.

Game ROBLOX ni memang sangat-sangat-sangat tak elok untuk kanak-kanak. Diaorang ciptakan game tu memang tujuan untuk merosakkan pemikiran anak-anak zaman sekarang. Bila pemikiran anak-anak rosak, kesannya kita tak kan nampak sekarang jugak, tapi kesan tu akan TERLIHAT pada masa akan datang. Sebab kanak-kanak kan our future leader. 

GAME ni mengajar dan mendidik anak-anak atau orang yang suka main game ni tentang 'MAKSIAT dan SUICIDE'.

Untuk level-level basic tu, cuma ada scene maksiat yang ringan-ringan macam bercium dan berpancaran - walaupun 'ringan' ia tetap tak elok untuk kanak-kanak!. 

Bila dah naik level-level atas, 'Maksiat' tu lagi teruk dan bertambah dahsyat sampai ke tahap ROGOL dan MEMBUNUH DIRI. Maksudnya, sampai pada satu tahap - kanak-kanak akan terpengaruh bahawa 'merogol' dan berzina' tu ialah perkara normal dalam kehidupan dan jugak 'membunuh diri'.

Maksudnya , game tu mengajar - kalau dah tak tahan sangat dengan masalah hidup - bunuh je diri. Gitu OK !!!.

roblox

So, korang pergilah pantau telipon dan gajet anak-anak korang sekarang dan jugak telipon mak ayah (sebab ada anak-anak yang menggunakan telipon mak ayah untuk main game). Pantau jugak di channel youtube dan komik-komik yang dibeli, sebab ada juga yang dah upload di Youtube pasal 'keseronakan' game ni.

Ini memang budaya yang tak elok yang diciptakan oleh IBLIS untuk menyesatkan anak-anak kita. 

Kalau kita tak pantau dan control anak kita sendiri, siapa lagi yang akan bertegas dengan anak-anak? Adakah jiran sebelah rumah? Tak kan?

 Lebih baik hentikan sekarang. Diaorang mengamuk pun, mengamuk lah daripada nanti diaorang jadi ketagih. Bila dah ketagih, keburukannya amat dahsyat sekali dan semestinya kita tak nak perkara tu berlaku pada anak-anak kita. 

Biar anak-anak kita yang menangis hari ni, dari kelak nanti kita yang menangis. 

Sunday, June 20, 2021

Happy Birthday To Me

18 Jun 2021 hari tu, genaplah umur aku 37 tahun. Seminggu selepas birthday Kakak Fl jer. Birthday kitaorang dekat-dekat. Kalau Kakak FL dulu tunggu kejap duduk dalam perut tu seminggu lagi, mesti kitaorang akan celebrate birthday sama-sama 😆.

Wahh! Dah tua dah aku. huhu. 

Lagi 3 tahun lagi nak masuk cecah 40 tahun. huhu. Tak best nya kan.

Kalau boleh nak lah umur 20 jer selalu. hahahaha. 

Birthday hari Jumaat hari tu, tapi semalam baru celebrate sebab hari Jumaat tu busy sangat, tak sempat nak celebrate. Celebrate pun buat simple jer, kat rumah. Janji anak-anak semua happy.


Kek birthday en.suami belikan hadiah =)).




Sempena pertambahan usia ni, aku doakan agar hidup aku bertambah bahagia, happy dan menjadi lebih berjaya serta aku berdoa supaya aku menjadi orang yang kaya-raya supaya aku dapat membantu Rakyat Palestin yang tengah sengsara sekarang. Amin. 

Untuk you all yang sellau baca blog aku, aku ucapkan ribuan Terima Kaih banyak-banyak. Thank you so much guys sebab selalu support aku dengan membaca penulisan aku ni tanpa jemu . You guys memang awesome 💗💗💗💓.

Thursday, June 17, 2021

Kos Deko Birthday Yang Simple Di Rumah

KOS DEKO BIRTHDAY YANG SIMPLE DI RUMAH.

Birthday kakak FL yang ke-7 hari tu kan kitaorang celebrate kat rumah jer. 

So, ni aku nak share berapa kos belanja yang kitaorang keluarkan untuk buat 1 majlis birthday kanak-kanak yang sangat-sangat simple tapi sangat menyeronokkan dan buatkan anak-anak gembira tak terhingga =)). 

Ok guys, ada 5 benda yang boleh dikatakan 'wajib' ada untuk buat birthday celebration ni. 

1. Kek dan Lilin

2. Belon - Sama ada Belon Helium atau Belon Biasa.

3. Foil Balloon.

4. Baju / Costume. 

5. Makan-Minum.

6. Hadiah.


So, meh, aku cetailkan 1 demi 1 k :

1. Kek dan Lilin



Kek ni aku tempah Kek UNICORN sebab Kakak FL nak sangat kek ni. Aku ada cerita detail pasal kek ni kat entri lepas. KLIK 'SINI' untuk baca cerita pasal KEK UNICORN ni. 

Harga kek ni RM 138 (termasuk delivery charge). 


2. Belon 

Belon ni boleh guna sama ada belon Helium atau Belon Biasa. Belon helium lebih mahal kos nya bebanding belon biasa. Tapi masa PKP ni, sangat susah nak dapat belon Helium, so kita guna belon biasa jer. 

Dan belon ni kitaorang beli kat LAZADA jer - local seller. 1 set belon ni ada 37 pieces belon berserta pam angin , RM 30 jer. Itu pun belon tu tak guna semua pun, sebab ada banyak sangat belon. 

Ini belon nya - kena tiup sendiri. 

Bertungkus-lumus semua orang siapkan belon ni.

Ini belon yang dah siap dan yang digunakan. Ada banyak lagi yang tak tiup pun. So, boleh guna untuk next birthday.

lah rupa decor yang dah siap. Rasanya kalau guna semua belon-belon yang dibeli tu, lagi meriah decorations nya. 


3. Foil Balloon.

Foil Balloon ni untuk wording 'HAPPY BIRTHDAY tu'.

Kitaorang beli yang 'standard size' jer. Harga 1 set lengkap wording 'happy birthday' tu cuma RM 8 termasuk kos penghantaran. Sama jugak, beli kat LAZADA - local seller. Belon ni kena tiup sendiri. First time aku tiup foil balloon , nasib baik ada pam.

Akhirnya jadi macam ni. 


4. Baju / Costume. 

Baju boleh pakai baju apa-apa jer yang ada dalam koleksi. 

Baju Leeya dan Kakak FL hari tu tema 'FROZEN'. Baru first time pakai hari tu sebab selama ni tak ada kesempatan lagi nak pakai. Baju tu sehelai RM 90 jer aku beli.


5. Makan-Minum.

Makan-minum ni kitaorang tak ada yang special sebab tak ada tetamu yang datang. So cuma makan malam apa yang aku masak malam tu jer lah. Kalau ada tetamu, mesti nak kena fikir menu yang sesuai dan special. 


6. Hadiah.

Hadiah ni kitaorang tak sediakan pun hari tu. Hadiah beli kemudian. So, bajet hadiah tak termasuk sekali dalam 'deko' ni. hihi.


SO, KOS KESELURUHAN DEKO BIRTHDAY YANG SIMPLE DI RUMAH IALAH :

1. Kek dan Lilin - RM 138

2. Belon - Sama ada Belon Helium atau Belon Biasa - RM 30

3. Foil Balloon - RM 8

4. Baju / Costume - RM 90 sehelai x 2 helai = RM 180

5. Makan-Minum - Not Available.

6. Hadiah - Not Available.

Total = RM 356.


Aku rasa kos deko birthday kat rumah ni adalah jauh lebih murah dari celebrate birthday kat luar atau kat restoren. Kiranya, bless jugak lah ada PKP ni. At least dapat juga berjimat dari sudut ni. 

So, itu jer lah yang aku nak share hari ni. 

Hopefully ia dapatlah membantu korang untuk rangka bajet untuk celebrate birthday anak-anak nanti.

Assalamualaikum. 

Tuesday, June 15, 2021

RINDU

RINDU NAK TRAVEL.  

Bilalah kita dapat bebasmacam dulu balik kan?

 Bilalah keadaan nak kembali macam normal semula?

huhuhuhuhu..

Apa yang mampu tika ini.. hanyalah tengok balik gambar-gambar lama dan berdoa agar semua ini cepat berlalu pergi.. 




Ni kat airport Sydney, Australia.

Ni kenangan masa Kakak FL umur 3 bulan - first trip dia pergi Melbourne, Australia masa ni.

Setiap kali naik flight wajib selfi. Masa 'waktu-waktu sukar' ni lah gunanya - boleh tengok balik kenangan lama. At least ada memori indah untuk dikenang =)).


Monday, June 14, 2021

Unicorn Birthday Cake Inspiration - Chocolate Moist Cake

Kek Birthday Unicorn Sempena Birthday Kakak FL Yang Ke-7. 

Birthday kek Kakak FL hari tu ialah Kek Unicorn. 

Kakak FL suka sangat dengan UNICORN ni. Dari last year lagi dia cakap birthday dia 7 tahun ida nak birthday cake Unicorn. 

So, mommy pun tunaikanlah permintaan dia tahun ni.

Kalau tahun lepas, mommy buat sendiri kek birthday kakak FL, tahun ni dah tak larat nak buat. Cukuplah sekali jer buat birthday cake, pastu tak nak buat dah. Penat 😅. Tahun lepas pun dia sambut birthday masa PKP. Tahun ni pun sama. huhu. Hopefully tahun depan bolehlah celebrate birthday kat luar.

Boleh baca kat entri ni pasal kek birthday tahun lepas -MY 1ST HOMEMADE BIRTHDAY CAKE". 


Ini dia birthday cake Kakak FL tahun ni.




Kek ni aku order jer kat kedai kek. Semuanya online. Ada 1 kedai kek kat area rumah ni yang aku selalu beli kat situ. Hari tu birthday Leeya pun aku order kek kat kedai tu juga. So, masa PKP lock down ni, aku cuma whatsapp jer owner kedai tu bagitau aku nak Kek Unicorn.  Aku send sekali gambar kek yang aku nak. 


Aku hantar gambar-gambar kek ni kat owner kedai. Aku cakap aku nak kek macam ni tapi nak 1 tingkat jer. Gambar-gambar ni Kakak FL sendiri yang cari kat google. 


Sedapnya dia makan TELINGA UNICORN.



Dan kek yang kami dapat sebiji sama dengan apa yang kami nak. Well Done Kedai kek. 


Isi dalam kek ni ialah Kek Coklat Moist. Sedap sangat. 

Harga kek ni hanya RM 130 jer. 

Dan aku minta diaorang deliver ke rumah. Walaupun kedai ni sekakang monyet je dari rumah aku, tapi aku malas nak keluar. (Waktu PKP ni malas sungguh aku nak drive). Kos penghantaran guna Lalamove cuma RM 8. 

SO, total kek ni harga RM 138. Penghantaran pun tepat pada waktu yang aku nak.

Berbaloi sangat harga tu dengan rasa kek yang sedap ni dan servis yang sangat tip-top - semuanya online jer guna Whatsapp (thumbs up!). 

Sunday, June 13, 2021

Happy Birthday My Lovely Princess

 2 hari lepas, 11 Jun 2021, hari jadi Kakak FL yang ke-7. 










The day you were born was the greatest moment of my life. I am so grateful that I have a daughter as honest, beautiful, and intelligent as you. Happy birthday to my baby girl!

Semoga Kakak Leena membesar menjadi anak yang solehah ya sayang , yang berbakti pada agam dan bangsa dan menjadi pejuang agama Allah kelak. Amin. 

Mommy, abah dan adik sayang kakak sangat-sangat!