Kos Deko Birthday Yang Simple Di Rumah

in , by dorsett pink, June 17, 2021

KOS DEKO BIRTHDAY YANG SIMPLE DI RUMAH.

Birthday kakak FL yang ke-7 hari tu kan kitaorang celebrate kat rumah jer. 

So, ni aku nak share berapa kos belanja yang kitaorang keluarkan untuk buat 1 majlis birthday kanak-kanak yang sangat-sangat simple tapi sangat menyeronokkan dan buatkan anak-anak gembira tak terhingga =)). 

Ok guys, ada 5 benda yang boleh dikatakan 'wajib' ada untuk buat birthday celebration ni. 

1. Kek dan Lilin

2. Belon - Sama ada Belon Helium atau Belon Biasa.

3. Foil Balloon.

4. Baju / Costume. 

5. Makan-Minum.

6. Hadiah.


So, meh, aku cetailkan 1 demi 1 k :

1. Kek dan Lilin



Kek ni aku tempah Kek UNICORN sebab Kakak FL nak sangat kek ni. Aku ada cerita detail pasal kek ni kat entri lepas. KLIK 'SINI' untuk baca cerita pasal KEK UNICORN ni. 

Harga kek ni RM 138 (termasuk delivery charge). 


2. Belon 

Belon ni boleh guna sama ada belon Helium atau Belon Biasa. Belon helium lebih mahal kos nya bebanding belon biasa. Tapi masa PKP ni, sangat susah nak dapat belon Helium, so kita guna belon biasa jer. 

Dan belon ni kitaorang beli kat LAZADA jer - local seller. 1 set belon ni ada 37 pieces belon berserta pam angin , RM 30 jer. Itu pun belon tu tak guna semua pun, sebab ada banyak sangat belon. 

Ini belon nya - kena tiup sendiri. 

Bertungkus-lumus semua orang siapkan belon ni.

Ini belon yang dah siap dan yang digunakan. Ada banyak lagi yang tak tiup pun. So, boleh guna untuk next birthday.

lah rupa decor yang dah siap. Rasanya kalau guna semua belon-belon yang dibeli tu, lagi meriah decorations nya. 


3. Foil Balloon.

Foil Balloon ni untuk wording 'HAPPY BIRTHDAY tu'.

Kitaorang beli yang 'standard size' jer. Harga 1 set lengkap wording 'happy birthday' tu cuma RM 8 termasuk kos penghantaran. Sama jugak, beli kat LAZADA - local seller. Belon ni kena tiup sendiri. First time aku tiup foil balloon , nasib baik ada pam.

Akhirnya jadi macam ni. 


4. Baju / Costume. 

Baju boleh pakai baju apa-apa jer yang ada dalam koleksi. 

Baju Leeya dan Kakak FL hari tu tema 'FROZEN'. Baru first time pakai hari tu sebab selama ni tak ada kesempatan lagi nak pakai. Baju tu sehelai RM 90 jer aku beli.


5. Makan-Minum.

Makan-minum ni kitaorang tak ada yang special sebab tak ada tetamu yang datang. So cuma makan malam apa yang aku masak malam tu jer lah. Kalau ada tetamu, mesti nak kena fikir menu yang sesuai dan special. 


6. Hadiah.

Hadiah ni kitaorang tak sediakan pun hari tu. Hadiah beli kemudian. So, bajet hadiah tak termasuk sekali dalam 'deko' ni. hihi.


SO, KOS KESELURUHAN DEKO BIRTHDAY YANG SIMPLE DI RUMAH IALAH :

1. Kek dan Lilin - RM 138

2. Belon - Sama ada Belon Helium atau Belon Biasa - RM 30

3. Foil Balloon - RM 8

4. Baju / Costume - RM 90 sehelai x 2 helai = RM 180

5. Makan-Minum - Not Available.

6. Hadiah - Not Available.

Total = RM 356.


Aku rasa kos deko birthday kat rumah ni adalah jauh lebih murah dari celebrate birthday kat luar atau kat restoren. Kiranya, bless jugak lah ada PKP ni. At least dapat juga berjimat dari sudut ni. 

So, itu jer lah yang aku nak share hari ni. 

Hopefully ia dapatlah membantu korang untuk rangka bajet untuk celebrate birthday anak-anak nanti.

Assalamualaikum. 

SHARE 6 comments

Add your comment

  1. apapun janji birthday girl yg comeltu hepi kan

    ReplyDelete
  2. salams pagi jumaat :)
    cantik dan meriah, kos pon murah...:)

    ReplyDelete
  3. besday gal mesti excited, dapat plak deco2 besday sendiri kan...

    ReplyDelete
  4. penisian dan pengertian itu lebih bererti, kadang ringkas dan sederhana tapi mewah dari sudut yang lain.

    ReplyDelete
  5. Huntungla budak2 jaman sekarang
    Wak jaman kecik2 dulu tak pernah sambut birthday
    Tarikh lahir pun tak ingat

    ReplyDelete
  6. comel belon happy birthday tuuu..

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE