10 Fakta Tentang Masjid Biru, Istanbul.

in , by dorsett pink, July 09, 2021

 Ok guys, hari ni aku nak share pasal 

10 Fakta Tentang Masjid Biru (Blue Mosque) di Istanbul, Turki. 


1.  Nama Sebenarnya ialah Masjid Sultan Ahmed.

2.  2.  Merupakan mercu tanda terkenal di Istanbul.

3.  3.  Dibina ketika pemerintahan Sultan Ahmed 1. Masjid ni merupakan idea Sultan Ahmed 1 untuk mengagungkan kembali kuasa Kerajaan Uthmaniyyah.

     4. Masjid Biru ni dibina pada tahun 1609 hingga 1616.

5.  5. Dikenali sebagai Masjid Biru atau Blue Mosque sebab rekaan jubin di dalam masjid banyak menggunakan warna biru.

6.  6. Jubin (tiles) yang digunakan adalah lukisan tangan. 

     

    7. Dibina berhadapan Hagia-Sophia yang merupakan Mercu Tanda kegemilangan Istanbul suatu ketika dahulu.

Ini Hagia-Sophia.

8.  8. Dibina oleh arkitek terkenal Kerajaan Uthmaniyyah -  Sedefkar Mehmed Agha, yang merupakan anak didik Arkitek Terkenal Kerajaan Uthmaniyyah – Master Mimar Sinan.

9.  9. Seni bina masjid ini menggabungkan 2 elemen iaitu elemen ‘Byzantin’ dari Haghia Sophia dan elemen seni bina Islam

     10. Pope Benedict XVI pernah melawat Masjid Biru ini pada  30 November 2016. 

Shot Masjid Biru dari hotel yang aku duduk dulu.
 Nampak tak ada orang berdiri tu? Kalau kat Istabul, bangunan rendah-rendah jer dan kita boleh berjalan kaki kat bumbung-bumbung bangunan tu bergerak dari satu bangunan ke bangunan yang lain. 

Ini Hagia-Sophia dari hotel aku duduk.

Beza antara Blue Mosque dan Hagia Sophia ialah ketinggian menara tu atau dalam bahasa inggeris disebut sebagai 'minaret'.

Dekat jer Blue Mosque dengan Hagia-Sophia.Masa sampai kat Istabul dulu kitaorang memang cari hotel yang dekat giler dengan Blue Mosque sebab nak ambik peluang solat 5 waktu kat Blue Mosque.

Kebanyakkan masjid di Istabul bentuk sama macam Blue Mosque, sebab  memang sengaja meniru seni bina Blue Mosque, sebab ialah Landmark Terkenal Ibu Kota Istabul.  Tapi yang aku tunjuk ni betul-betul Blue Mosque original.


Ruang dalaman masjid. Cantik sangat. Seolah-olah macam kristal

Ini tempat solat wanita. memang ruang terbuka jer. So, janganlah bukak tudung ya. hihi. 

Kat sana tak ada telekung, so kalau nak solat bawa telekung sendiri. Aku kalau travel biasa guna telekung travel atau solat jer guna baju yang aku pakai sebab memang dah menutup aurat. 

Ini rak letak kasut. Semua orang kena bawak kasut masuk dalam - ini peraturan masjid. Tapi kena letak dalam plastik la supaya tak kotor. Plastik diberikan secara percuma dipintu masuk masjid. 

Ruang solat wanita. Sejadah pun tak disediakan disini. Kebanyakkan masjid-masjid diluar negara tak ada sediakan sejadah dan telekung. So, kalau travel, kalau tak biasa solat tak guna sejadah, kenalah bawa sejadah pergi mana-mana.


Ini pemisah antara ruang lelaki dan wanita.


Ini diperkarangan masjid (diluar pintu masuk masjid).


Salah satu elemen dalam senibina Islam memang ada 'halaman atau perkarangan' macam ni. Tujuannya untuk menyenangkan orang untuk berkumpul/berhimpun /bermesyuarat/bersosial. Kebanyakkan masjid-masjid di negara Islam dibuat macam ni, macam korang tengok kat Masjidil Haram. Kalau dekat Malaysia,  Masjid Putrajaya dibina macam ni. 


Ini kat sekitar Blue Mosque. Kalau menapak beberapa langkah, dah sampai ke Hagia Sophia dan Istana Topkapi.

Ini jer yang aku boleh share pasal Blue Mosque, Istabul. Kalau aku rajin aku update lagi pasal tempat-tempat lain di Istambul. Nak kena cucuk Vitamin Rajin dulu baru aku boleh menaip. hihihi.

Kalau ada peluang dan rezeki, korang pergilah ke Istabul. Sekali seumur hidup pun takpe. Sebab kat sana ada banyak sangat sejarah Islam yang kita boleh belajar dan menghayati sendiri perjuangan para Syuhada dulu-dulu, macam mana struggle nya diaorang untuk membina sebuah kerajaan Islam yang terkenal.

Dan satu pengalaman aku yang paling best kat Istabul ialah aku dapat tengok sendiri dengan mata aku barang-barang kepunyaan Rasulullah saw. Dan jugak aku dapat tengok sendiri pedang dan baju besi Para Sahabat Baginda saw masa zaman perang dulu-dulu.

Pengalaman yang sangat berharga untuk aku yang aku tak kan lupa sampai bila-bila. Kalau tengok orang Islam sekarang memang sangat-sangat jauh beza dengan orang Islam dulu. Patutlah orang Islam sekarang tak sekaya Orang Islam dulu-dulu dan patutlah agama Islam sekarang dipandang rendah oleh orang bukan Islam. Masa pergi Istanbullah aku belajar tentang ni. 

Ok lah guys, panjang pulak entri ni. Nnati kita jumpa lagi k. Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis. 

SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Bestnya awak dah jejak kaki kat sini DP...Istanbul ada dlaam wishlist akak...

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE