'Burnt Out' Dengan PdPR.
2 minggu lepas, aku agak 'burnt out' dengan situasi sekarang.
Aku lemas. Lemas duk asyik berkurung kat rumah jer.
Aku jadi stress. Stress dan penat. Penat otak.
Stress sebab hari-hari aku kena buat benda yang sama jer setiap hari.
Rutin harian aku - kemas rumah | masak | kemas dapur | uruskan baju-baju | uruskan anak-anak | ajar anak mengaji | ajar anak subjek akademik | pantau anak buat home work - dan rutin tu berulang dan ulang dan ulang setiap hari.
En.suami aku busy dengan urusan kerja dia. Masa PKP ni, dia punya sibuk tu lagi dahsyat berbanding dengan hari-hari biasa. Pagi petang siang malam meeting online, habis meeting bar boleh buat kerja-kerja lain. Dan setiap hari sejak PKP hari dia stay up menjadi burung hantu.
Seab bila siang penuh dengan meeting. So, malam masa orang tidur jer la dia ada masa untuk buat kerja dia sendiri macam bua report, buat slide pembentangan, buat assingment, buat kertas kerja dan lain-lain.
Assingment? Ya. Sebab en.suami aku pun sekarang sambung belajar buat short course. Dulu-dulu masa aku sambung belajar, dia bagi peluang untuk support aku. So, sekarang bila aku dah habis belajar, dia pulak sambung belajar.
Dia dah ada PhD dan post-doctorate (Post-Doctorate ialah level selepas tamat PhD, tapi kat Malaysia tak famous sangat la). Dan sekarang dia buat short-course (ambik sijil jer) untuk tingkatkan ilmu pengetahun dalam bidang kerja dia. Dia jenis yang suka belajar , sama macam aku. So, aku faham. Orang macam kami ni, memang jenis suka belajar. Sekarang aku tengok anak-anak pulak yang mewarisi minat ni especially Kakak FL.
Berbalik pada cerita aku, bila dah setiap hari buat rutin yang sama jer, dan hanya perlu duduk rumah. Aku jadi stress. Aku ni kan jenis suka berjalan.
Kalau dulu sebelum PKP, setiap weekend mesti kitaorang akan berjalan ke sana -ke sini. Paling malas pun mesti akan pergi shopping mall window shopping.
So, bila duk melekat kat rumah ni jer, aku tak bisa duduk macam ni.
Tapi apa boleh buat. Hadap jer lah.
So, sebab tu aku tak hairan , makin ramai orang yang depress sekarang kat luar sana.
Untuk orang yang normal , perkara ni (PKP lama-lama) tak jadi masalah. Tapi untuk kebanyakkan orang lain PKP memang bermasalah. Tambahan pulak sekarang, ramai yang tak boleh nak keluar pergi bekerja - hilang mata pencarian. Kesian mereka.
Bila dah stress, aku pendam jer. Aku cuba bersabar. Mendidik diri untuk bersabar. Lama-lama aku jadi burnt out. Rasanya sebab aku tak ada 'me-time' bila PKP ni. Sebab tu lah burnt-out kot.
Frankly speaking, aku burnt out dengan PdPR.
Sebabnya sepanjang PdPR berlangsung (kelas online) aku kena duduk kat sebelah Kakak FL. Sebab dia tak boleh nak catch up apa yang cikgu cakap atau tak faham, dia tak faham. Pastu, akulah yang kena ajar balik kat dia satu-satu. So, bila waktu pagi (waktu PdPR), masa aku separuh hari dah tak gone.
Petang pulak, Kakak FL kena buat homework, so aku nak kena ajar dia satu-satu dulu sebelum aku lepaskan dia buat homework. Kalau tak ajar, dia langsung tak tahu. Maksudnya aku kena jadi cikgu.
Sebab apa aku kena ajar dia? Sebabnya silibus Darjah 1 sekarang Bapak Punya Susah. Bukan macam level Darjah 1 aku belajar dulu-dulu. Kalau aku tak ajar dia, alamaknya tercicir anak aku dalam pelajaran. Awatlah KPM buat silibus susah-susah macam ni? Kesian kat budak-budak nak kena perah otak. Dah macam diaorang nak ambik SPM pulak.
Aku terfikir. Ini aku yang ada phd pun dah rasa susah dengan silibus ni. Pastu aku pulak yang nak kena study dulu, pastu baru boleh ajar anak aku. Kalau aku tak study dulu, macam mana aku nak ajar anak. Kan?
Macam mana erk dengan ibu-ibu yang tak belajar tinggi? Mampu ke mereka nak ajar anak-anak mereka? Dah la dengan kekangan kemudahan gajet lagi, kekangan data internet lagi, kekangan aksess internet kat kampung -kampung dan kawasan pedalaman sana.
Huhuhu. Sedih aku bila kenangkan anak-anak kecik kat kampung-kampung. Mereka terus tertinggal dalam pendidikan. Nanti bila masuk ke Tahun 2 atau Tahun 3, silibus lagi susah. Boleh ke diaorang catch-up? Last-last, mereka hilang minat untuk belajar sebab bagi mereka 'belajar ni susah'. Sebenarnya belajar ni tak susah pun. Belajar tu fun. Tapi cuma silibus tu jer yang buatkan belajar tu susah.
Tak boleh ke KPM rombak balik silibus sekarang? Tak payah lah nak kejar KBAT sangat.
Yang duk ber-KBAT-KBAT tu bagi menteri-menteri jer la. Untuk budak-budak yang baru mengenal dunia ni, bagi diaorang belajar yang senang-senang jer. Bagi diaorang rasa 'sekolah tu seronok, belajar tu seronok'. Tak payahlah nak letak harapan tinggi-tinggi - nak jadikan anak-anak Malaysia anak-anak PAING BIJAK DI DUNIA. Sebab mereka semua pun dah memang bijak.
Bagilah silibus yang senang-senang jer untuk budak-budak sekolah ni. Bagi diaorang kuasai 3M dulu - MEMBACA, MENGIRA DAN MENULIS.
Wahai KPM, dengarlah luahan isi hati rakyat ni. Sampai bila lagi nak tunggu. Nak semuanya perfect baru nak fikir? Masa tu dah terlambat. Kesian anak-anak miskin kat kampung-kampung tu (even kat bandar pun ramai jugak anak-anak miskin).
Itu jer lah yang aku nak luahkan hari ni. Aku doakan semoga virus Covid 19 ni cepat-cepat terhapus. Korang ambik vaksin k. Supaya kita bebas hidup normal macam negara-negara lain seperti Taiwan, United Kingdom, Brunei , Singapore dan lain-lain.
Pada yang terkesan, banyakkan bersabar. Allah tengah uji kita sekarang. Banykkan buat solat tahajud dan baca surah Yassin setiap hari.
Akhir kata, terima kasih guys sebab sudi membaca entri ni sampai habis. Assalamualaikum guys.