Tuesday, July 20, 2021

dorsettpink.com Berwajah Baru?

 Assalamualaikum wbt you all.

Selamat Hari Raya Aidiladha aku ucapkan untuk semua pembaca dorsettpink.com samaada yang aku kenal mahupun aku tak kenal. Walaupun kita tak mengenali antara satu sama lain, tapi aku tetap menghargai korang sebab selalu baca entri-entri aku. 

PV (pageview) aku setiap hari tak kurang dari 1000 pv, ada hari-hari tertentu kadang kala mencanak naik sampai 6000 pv sehari. Walaupun aku tidak menjana sebarang pendapatan dari blog ni, tengok PV macam tu pun aku dah rasa happy sangat sampai terasa berada diawan-awangan.

Terima kasih guys. Walaupun korang tak tinggalkan komen-komen kat entri-entri yang aku tulis ni tapi aku tahu korang membaca setiap entri tu sampai habis. Terima kasih sangat-sangat. Aku hargai sangat-sangat masa korang spend untuk baca blog aku. 

Korang perasan tak template blog aku dah bertukar sekarang? 


Ini templat baru blog dorsettpink.com


Actually, aku bukan sengaja tukarkan ke templat baru ni. Memang langsung tak terlintas kat fikiran aku nak tukar dalam masa terdekat ni. Sebab sekarang aku nak fokuskan kat pembangunan Facebook Page aku dulu. 

Entah macammana lah hari tu aku tertekan butang templat baru ni. Dan zuuuuppppppp - sekelip mata templat terus bertukar menjadi macam ni. 

Sebenarnya, aku godek-godek setting blog aku hari tu sebab nak tukar saiz font. Tetiba saiz font blog aku ni jadi kecik, tak standard macam yang sebelum-sebelum ni. Nak tukar siz font, tetiba tertukar sekali dengan template lain. 

Ambik ko mendapatlah template baru ni yang sangatlah tak best. hahahahha.

Tak best? 

Ye tak best bagi aku. Jujurnya aku lebih suka dengan template lama yang ni ↓. 


Template ni aku upah designer untuk set up. Sebab aku sangat tak suka nak godek-godek template ni. Not my forte la. Aku suka menulis jer. I'm not IT savvy. 

Sebab apa aku tak suka dengan template sekarang? Sebab tak ada bloglist kat sidebar tu. So, aku tak dapat nak baca blog kawan-kawan yang selama ni aku selalu blogwalking (aku selalu BW, tapi kadang tak komen). huhu. Sedih aku.

Kalau nak suruh aku taip satu-satu url blog, manalah aku ingat. Dulu pun aku main klik-klik jer. Sabar jer lah DP.

Dan bila templat blog tetiba bertukar, aku terpaksa la keluarkan bajet lagi untuk buat yang baru, yang cantik mengikut kehendak aku. 

Tapi memandangkan sekarang ni, ekonomi tak OK. En.suami aku pun tak bergaji sekarang dek kerana PKP. Jadi, aku terpaksa tangguhkan dulu hasrat hati untuk tukar template baru. Templat blog ni bukan satu keperluan lagi buat masa sekarang. Sekarang ni kita fikir untuk survive dulu. Duit yang ada ni lebih baik simpan untuk beli makanan dan bayar segala bil. Sebab kita pun tak tahu bilakah PKP ni akan berakhir. 

Aku harap cepatlah aku dapat tukar blog baru nanti.

Terima kasih korang kerna sudi membaca entri aku yang panjang lebar ni. Korang memang awesome lah.

P/S : Kalau nak Royal Floss Serunding, boleh whatsapp aku kat nombor ni - 
011-6225 3899  😤. Dan jangan lupa follow aku kat Facebook Page aku - @eyleentravel .

3 comments:

  1. Yan baharu, lama2 boleh jadi suka juga.
    Yang lepas, lama2 boleh jadi lupa juga.

    ReplyDelete
  2. Sekarang banyak template baharu..cuma itulah tak ada blog archive pulak sebab bagi PC blog archive tu penting. tak apa, perlahan-lahan. Ada masa dalam hidup ni perlu berhenti, perlu jalan perlahan dan bila tiba waktu perlu lari berlarilah. Buat masa sekarang berhenti dan berjalan perlahan yang sering dilakuakn.

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidiladha. Patutlah lain bila masuk sini tadi. Slowly, daah stable nanti terus berdesup tukar yang lebih baik.

    ReplyDelete