Siapakah Arkitek Sydney Opera House ?

in , , by dorsett pink, July 26, 2021

 SYDNEY OPERA HOUSE. 

Sydney Opera House ni ialah tempat yang WAJIB kita pergi bila sampai di Sydney , Ausralia. 

Sydney Opera ni ialah panggung teater yang terbesar dan tersohor kat Australia. 

Sydney Opera House ni mula dibina pada 2 March 1959. Dan dirasmikan pada tahun 1973. 

Rekabentuk bangunan ni ialah hasil dari rekaan arkitek yang bernama Jørn Utzon yang mengadaptasi 'permukaan sfera' sebagai konsep utama dalam rekaannya. Konsep idea bangunan ni boleh tengok kat gambar terakhir.

Konsep Sfere dalam pembinaan Sydney Opera House


Inilah sketch idea Sydney Opera House oleh Jorn Utzon

Jørn Utzon dilahirkan pada 9 April 1918 in Copenhagen dan dibesarkan di Alborg, Denmark. Bakat seni yang ada dalam dirinya ialah datang dari ayahnya yang merupakan seorang arkitek dan jurutera kapal (naval architect). Utzon belajar senibina di Copenhagen Royal Academy of Arts.

Sebenarnya, pemilihan arkitek untuk mereka Sydney Opera House ni dicari melalui sebuah pertandingan iaitu Pertandingan Mereka Bentuk ‘National Opera House’ untuk Sydney’s Bennelong Point pada tahun 1956. 

Pertandingan tu berjaya menarik 200 penyertaan dari seluruh dunia. Dan pada Januari 1957, Jørn Utzon diumumkan sebagai pemenang dan ia sekaligus telah memberi satu kehidupan baru untuk Utzon. 

Pada tahun 2003, tahun yang sama dengan Sydney Opera House menyambut ulang tahunnya yang ke-30, Jørn Utzon telah dianugerahkan 'Pritzker Prize for Architecture', iaitu anugerah tertinggi dalam bidang seni bina. 

Pada tahun 2007 Sydney Opera House secara rasmi diakui sebagai salah satu tempat paling luar biasa di Bumi dengan dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO. 

Utzon meninggal dunia pada 29 November 2008 di Copenhagen ketika berumur 90 tahun.

SHARE 3 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE