Hari Ini Hari Asyura 10 Muharram

in , by dorsett pink, August 19, 2021

Hari Ini Hari Asyura 10 Muharram.


Hari ni umat Islam disunatkan berpuasa. 

Korang puasa tak? 

Alhamdulillah, aku dapat bangun sahur hari ni, so hari ni aku dan en.suami puasa. 

Esok tak tahu la lagi akan puasa ke tak. Tengok macam mana esok. Kalau larat boleh puasa lagi, kalau tak, errrmm. Harap-harapnya aku kuatlah untuk puasa esok. 

Ikut amalan Sunnah Rasulullah saw - Baginda saw selalu berpuasa sunat masa 10 Muharram.

Ada hari Riwayat al-Bukhari bagitau, Rasulullah SAW datang ke Madinah dan kemudiannya  Baginda tengok orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura. Bagina saw tanya kat orang-orang Yahudi tu "Apakah ini?", lalu mereka pun menjawab "Ini adalah hari yang baik, inilah harinya Allah menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa pada hari tersebut". 

Dan Baginda saw bersabda, "Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu". Lalu, Baginda saw bersabda "Berpuasalah kalian pada hari Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi, berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya". (Riwayat Ahmad). 

Semoga kita semua menjadi Muslim yang lebih baik dari hari-hari yang sebelum ni. Semoga kita sama-sama mendapat tempat yang tebaik kelak kat Hari Akhirat sana. 

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Selamat menjalani ibadah puasa sunat bulan Muharram

    ReplyDelete
  2. insya allah mari sama2 kita berpuasa semalam dgn arini

    ReplyDelete
  3. aamiin semoga setiap amalan kita di terimaNya dan mendapat keberkatanNya jua, in shaa allah

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE