Pertama Kali Makan Durian Musang King. Fuhh!

in , by dorsett pink, August 10, 2021

Secara jujurnya, inilah pertama kali aku makan durian Musang King. 
Orang lain dah selalu dah makan, tapi aku baru nak cuba. Disebabkan aku ni bukan durian-lover, so aku tak kisah sangat pasal durian. 

Orang kata sedap sangat Musang King (MK) ni. So, aku nak try jugaklah rasa betul ke sedap. 

Sebekas ni aku beli harga dia RM 47. 

RM 47 bagi aku yang rakyat marhaen ni agak mahal la. 

Tapi takpelah, pertama kali nak rasa. Kalau sedap, boleh repeat lagi beli next year (cukup lah sekali setahun jer makan durian MK ni). 

Sekali makan, Fuhh! Memang sedap sangat. Memang rasa dia lain dari rasa durian yang biasa. 1 bekas ni aku share berdua dengan en.suami aku. Anak-anak tak makan hari tu. Maybe diaorang dah kenyang makan nasi, pastu Kakak FL pulak jenis tak suka sangat dengan durian ni. 

So, aku berdua dengan en.suami lah duk perhabiskan sebekas ni. Jenuh jugaklah nak habiskan sebab 1 ulas tu banyak jugak isinya. 

Aku boleh makan durian fresh macam ni jer lah. Kalau tempoyak, ais krim durian atau apa-apa produk durian memang aku tak makan =)).  


P/S : AL-FATIHAH untuk Arwah Siti Sarah Binti Raisuddin yang telah mati syahid hari ini. Takziah En.Shuib dan keluarga. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amiin. 

9 Ogos 2021.

SHARE 3 comments

Add your comment

  1. musangking tebal isinya n bijinya kecil saja...

    ReplyDelete
  2. Tahun ni harga durian musang king pun taklah terlalu mahal
    Memang sedap rasanya berbanding durian2 lain

    ReplyDelete
  3. isi durian diaaa wowww! hehe.. even busyra tak makan durian.. haha

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE