TIPS Bersihkan Rumah Selepas Banjir

in , by dorsett pink, August 19, 2021

Semalam Malaysia dikejutkan dengan banjir kilat di Utara Semenanjung Malaysia iaitu di Kedah dan Penang. Tapi tempat yang paling teruk terjejas ialah di Daerah Yan. 

Banjir kat Kedah semalam ialah berpunca dari kepala air dari Gunung Jerai. So, penempatan penduduk di sekitar kaki Gunung Jerai di Yan memang teruk terjejas. 

Aku tengok video-video yang tular semalam, Ya Allah! Teruknya. Kesian sangat. Dengar cerita, ada yang meninggal akibat banjir semalam. Takziah pada keluarga mangsa. Aku berdoa agar semua urusan penduduk yang terlibat di permudahkan Tuhan. 

Kalau bab kepala air ni, memang bahaya - jangan main-main dengan kepala air
 

Aku bersimpati dengan semua mangsa yang terlibat dengan banjir semalam. Aku tahu macammana pahit dan perit nya nak hadap dugaan yang besar ni. 

Aku sendiri pun rasa sedih yang teramat dengan banjir kat rumah aku tahun lepas (kalau sesiapa yang masih ingat). Sedih dan pernah jugak merungut sebab masa tu emosi tak stabil. Tapi bila realize balik, memang tak patut pun aku merungut, dan kena terima semua musibah tu dengan berlapang dada. 

Baca kat entri banjir aku tahun lepas - "RUMAH DP BANJIR", "RUPA RUMAH SELEPAS BANJIR", "SELEPAS BANJIR - PROSES MENCUCI DAN MENGEMAS".

Tapi bila dah dalam keadaan macam tu, memang semua pun tak keruan kan. Aku sedar lah silap aku dan semoga Allah ampunkan aku. 

Bila banjir ni, benda yang paling menguji kesabaran ialah :

1) PENAT

2) DUIT

******************************************************************************


Ni gambar banjir semalam kat yan, Kedah. Sumber gambar : Harian Metro.

BANJIR MENGUJI KESABARAN - PENAT

Penat ni, Ya Allah Tuhan jer yang tahu. Penat ni, lepas banjir tu penat. Penat nak bersihkan rumah yang penuh dengan seluk. Seluk tu pulak tebal yang amat. Fuhh! Memang masa tu betul-betul menguji kesabaran. 

Contohnya pinggan makan tu semua masuk banjir, so setiap satu pinggan tu dipenuhi dengan seluk tebal. Bayangkan berpaa banyak pinggan kita ada kat rumah. Belum masuk lagi dengan sudu garfu, kuali, tupperware, dan segala macam benda kat dapur rumah. Fuhh!!! 

Nak buang seluk satu-satu tu pulak, sakitnya pinggang. Kalau tak kuat iman, memang rasa nak marah jer. Sebab penat tu datang sekali dengan pakej sakit-sakit badan, sakit-sakit sendi. Kalau yang ada migrain, dapat sekali migrain. 

Kalau yang ada anak kecik pulak, sambil bersihkan rumah tu, nak kena uruskan anak-anak jugak. Tambahlagi kepenatan tu. huhuhu. Hanya Tuhan je yang tahu sakitnya rasa. '

Tapi bila kita redho dan sedar ujian ni datang dari Allah swt, InshaAllah kita mampu menghadapi banjir ni dengan tenang dan berlapang dada. Penat macam mana pun, kita tetap sabar dan percaya ada hikmah di sebalik dugaan ni. 

Teruknya keadaan kat Yan. huhhu. (Sumber gambar : Internet).


BANJIR MENGUJI KESABARAN - DUIT

Duit memang sangat-sangat diperlukan masa waktu banjir ni. Untuk orang yang berduit, Alhamdulillah masih OK. Tapi untuk mereka yang ada cukup-cukup jer duit, memang musibah ni sangat menguji emosi dan mental sebab nak fikir macam mana nak cari duit. 

Nak buat apa dengan duit? Macam-macam benda yang boleh dibeli bagi mangsa banjir, antaranya ialah beli makanan , beli peralatan pembersihan, beli perkakas elektrik yang baru (sebab yang lama dah hanyut air), beli perabot baru, dan untuk baiki kereta.

So, kalau nak bagi bantuan pada mangsa banjir, eloklah kiranya kalau bagi bantuan kewangan dalam bentuk tunai. jangan bagi beras, telur dan segala keperluan dapur tu sebab diaorang tak boleh nak masak juga. Bila bagi duit tunai, diaorang boleh beli macam-macam keperluan rumah yang sangat-sangat diperlukan.

Semoga mereka yang terlibat dengan banjir semalam bersabar dan bertenang. Semoga segala urusan kalian dipermudahkan Allah. Amin. (Sumber gambar - Internet).


6 Benda Yang Perlu Ada Untuk Bersihkan Rumah Selepas Banjir

Ini based on pengalaman aku masa banjir tahun lepas. 
Mungkin ada lagi benda-benda lain yang diperlukan untuk bersihkan rumah yang banjir yang aku tak masukkan dalam list ni. Kalau korang tahu, korang boleh tulis kat ruang komen k. 

Ini 6 Benda Yang Perlu Ada Untuk Bersihkan Rumah Selepas Banjir:

1) Baldi - Nak isi air untuk berihkan rumah. 1 baldi confirm tak cukup. Ada rumah yang perlukan 2 balsi, ada rumah yang perlukan 5 baldi. So, depends pada keluasan rumah.

2) Plastik sampah - plastik sambah (gabbage bag), perlukan banyak. Sebab nak letak banyak sampah-sampah yang dah tak berguna lagi sebab dah dipenuhi dengan lumpur banjir, macam buku, alat tulis, tuala, pakaian, mainan dan banyak lagi.

3) Kain buruk - kain buruk ni sangat-sangat penting untuk lap dan buang seluk pada permukaan pealatan dan perabot rumah. Sebab kan uruk yang sedia ada kat rumah habis hanyut air atau dah masuk dalam banjir. 

4) Paip getah - paip getah ni nak salurkan air dari paip air ke permukaan yang nak dicuci. 

5) Berus dawai - nak bersihkan seluk-seluk dan lumpur akibat banjir tu, diperlukan berus dawai sebab kalau guna penyapu biasa atau berus biasa, tak lut  atau tak hilang seluk-seluk tu. So, kena guna berus yang kuat untuk buangkn seluk-seluk lumpur banjir tu.

6) Waterjet - ini optional. Kalau tak ada takpe, janji dah ada berus dawai. Sebab water jet ni mahal. Kalau ada lagi bagus. Dulu ada company yang buat sewa waterjet ni, tapi sekarang macam susah nak cari company yang ada servis sewaan waterjet ni. Pastu pulak, ada tempat-tempat banjir ni tak ada elektrik. So, waterjet ni tak boleh digunakan kalau tak ada elektrik. 


*****************************************

Untuk semua yang terkesan dengan banjir di Utara Semenanjung Tanahair, jaga diri baik-baik ya Jangan biarkan anak-anak main air banjir, dan jaga kesihatan dengan sebaik-baiknya, jangan stress-stress. Sebab bila kita stress, kita akan lagi penat dan boleh buatkan kita marah. 

Banyakkan berdoa k, semoga Allah hantarkan bantuan dengan kadar segera.

Aku nak suggest, kalau korang nak bantu mangsa banjir ni dari segi keperluan makanan, korang boleh berikan mangsa-mangsa banjir SERUNDING. Sebab serunding ni diaorang boleh makan dengan roti. Dan boleh simpan kat dalam suhu bilik jer, tak perlu peti ais. 

Kalau macam Royal Floss Serunding, plastik bag dia ber-ziplock, so tak perlu guna tupperware atau bekas makanan untuk simpan serunding ni. 




Royal Floss Serunding ni sedap sangat. Ramai yang suka, dan ramai yang repeat order beli berkali-kali. Rata-rata pelanggan yang dah beli Royal Floss Serunding ni cakap yang Royal Floss Serunding ni tak kering, lembap jer dan rasa dia cukup rasa - tak manis sangat, tak masin, tak pedas sangat, pendek kata kena lah dengan tekak orang Melayu kita. 

Plastik serunding ni zip lock. Lepas ambik serunding, boleh "zip" semula plastik tu dan dia kedap udara - angin tak masuk. 


Kalau sesiapa nak dapat Royal Floss Serunding ni untuk di-sedekahkan pada mereka yang memerlukan, boleh hubungi aku kat whatsapp : www.wasap.my/01162253899/RFserunding .
SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE