TIPS Keluar Dari Bebanan Hutang - Amalkan Baca Surah Yassin.
Assalamualaikum guys.
Hari ni ramai sangat orang terkesan dek kerana PKP yang lama sangat ni.
Ramai orang hilang kerja, tak dapat keluar bekerja , kena potong gaji, malah lagi teruk terus kena kena buang kerja. Untuk yang ada duit simpanan, bolehlah bertenang sikit. Yang ada KWSP pun OK lah boleh jugak tarik nafas lega sikit. Tapi untuk mereka yang tak ada KWSP, fuhhh! Terasa peritnya lah nak hidup.
Komitmen setiap bulan pulak memang wajib kena bayar macam biasa. Nak bayar rumah, nak bayar , nak bayar kereta, nak bayar bil astro, nak bayar bil air elektrik, bil internet, nak bayar yuran tuisyen anak-anak, nak kena bayar yuran sekolah anak-anak, duit takaful lagi, nak beli susu anak lagi, nak kena beli pampers anak, makanan anak-anak, aihhh! banyaklah nak kena bayar setiap bulan.
Hari ni dapat makan, belum tentu esok lusa dapat makan. Memang struggle sangat-sangat sekarang nak survive. Ibarat macam kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang.
Sebab tu ramai sekarang yang mengalami masalah mental sekarang. Tak yah cakaplah pasal kes bunuh diri. Memang meningkat mendadak sejak PKP. Sampai TALIAN KASIH pun punya demand yang sangat tinggi waktu PKP ni.
So, pendek kata, masalah kewangan ni , dia akan menyebabkan banyak masalah lain yang datang kelak. Sebab tu duit tu sangat penting, penting untuk kesinambungan hidup yang selesa.
Aku dulu kategori orang miskin bandar. Sebab kerja kat KL, gaji pun ciput jer. So, amemang tak cukup nak menyimpan, pastu hitang keliling pinggang. Hutang aku dulu lebih kurang separuh dari gaji aku. So, memang tak menyimpan lah jawabnya.
Tidur malam aku tak lena tau korang. Sebab duk fikir esok macam mana erk nak makan. Pastu tertekan Bank duk call mintak hutang. ak cukup dengan bank, PTPTN pulak duk hantar surat bagitau aku kena blacklist 😦. Tension betul! Memang stress sangat. Sampai ada satu masa tu, aku tak cukup duit nak bayar tol masa on the way balik kerja. huhu. Malu beb.
Ni cerita dulu. Sekarang aku dah keluar dari kepompong bebanan hutang tu.
Aku perasan, aku keluar dari masalah hutang ni ialah sejak aku amalkan baca Surah Yassin setiap hari. Setiap hari guys. 20-30 minit jer kalau fokus betul-betul baca. Selain Surah Yassin, aku amalkan buat Solat Hajat setiap hari.
Aku share cerita pasal ni kat LIVE Video yang aku buat kat Facebook Page aku - @eyleentravel.
Korang boleh tengok video tu dengan klik link ni - TIPS Keluar Dari Bebanan Hutang - Amalkan Baca Surah Yassin.
Dan hari ni aku bersyukur sangat, aku dah dapat keluar dari beban hutang dengan izin Allah. ALHAMDULILLAH!. Even sekarang aku rasa perit jugak sebab PKP, tapi aku bersyukur sebab tak ada komitmen setiap bulan yang kena bayar.
Kalau korang sekarang sangat-sangat terkesan dengan kemelut masalah yang dihadapi sekarang, first of all, jangan sedih, jangan murung, dan sentiasa think positive. SELALU INGAT, ini ialah UJIAN untuk kita. Allah tak kan uji kita melampaui dari kemampuan kita.
DIA uji kita sebab dia nak tingkatkan darjat kita. Setiap masalah, pasti ada rahmat disebaliknya.
Ingat pepatah omputeh ni - 'there is a rainbow after the rain'. So guys, jangan berhenti BERDOA. Allah mendengar doa-doa kita semua.
Korang followlah Facebook Page aku - @eyleentravel - , aku ada share banyak tips untuk kita semua stay positive dan be happy ketika waktu getir ni. Aku selalu buat LIVE kat situ. So, kat situ, korang boleh kenal aku dengan lebih rapat lagi =)).
a;hamduillah... tq sharing..
ReplyDeleteinsyallah kena cuba jgk lps ni...
Terima kasih sebab Audi baca. Try la amalkan baca Surah Yassin. And you will see the miracle happens in your life 😊
DeleteSEMOGA DIPERMUDAHKAN ALLAH APA SAJA URUSAN HIDUP KITA
ReplyDeleteBetul akak. Semoga Allah sentiasa Bantu kita
Delete