Yeayy! Dah Vaksin Dos Pertama Sinovac

in , by dorsett pink, August 24, 2021

 Yeayy! Dah Vaksin Dos Pertama Sinovac.



22 Ogos 2021 hari tu, aku dah berjaya dapatkan dos pertama vaksin Covid-19. Aku dapat Sinovac.

Yeayyy!. 


Happy nya dapat keluar rumah pergi vaksin hari tu, rasa macam pergi 'bercuti' pulak. Sebab tempat PPV ni jauh dari rumah aku. Bestla dapat jalan-jalan naik kereta tengok permandangan sekeliling (jakun sungguh kan? hahahahahhaa). Tambah pulak PPV tu cantik. Sesuai sangat nak ambik gambar OOTD kat situ 😆.😆. 

Bersiap bukan main hari tu, pakai baju cantik-cantik, pakai tudung cantik (tudung ni tak pernah pakai kat luar rumah lagi sebab ni tudung raya hari tu), dan siap pakai kasut baru lagi. Wahh! Kemain lagi 😆😆. 


Sekarang ni keluar rumah jer, memang wajibkan diri sendiri untuk pakai double mask dan face shield, sebab kes covid sekarang tinggi sangat, risau bila berjumpa ramai orang ni. Delta varian pulak sekarang langsung tak boleh dipercayai. 

Ramai orang kat PPV Bangi Avenue Convention Centre tu. Tapi semuanya sistematik dan petugas pun ramai. So, SOP sangat-sangat terjaga dan dikawal ketat oleh semua petugas di PPV tersebut. Memang terbaiklah.

Proses vaksinasi pun sangat cepat dan berjalan lancar, janji jangan lupa bawak IC , PEN dan handphone. Pastikan handphone bateri full. Sebab setiap masa diaorang nak tengok MySejahtera kat dalam Handphone kita tu. So aku pegang handphone kat tangan jer, tak simpan pun dalam handbag, sebab leceh, sekejap-sekejap nak kena keluarkan talipon.

Sinovac first dose - 0.5 ml jer.


Muka happy bila dah siap vaksin. Masa nak vaksin tu, aku bagitau kat petugas tu aku pilih petugas perempuan yang cucuk aku, dan aku dapat seperti yang aku minta. Kat situ ada banyak sangat 'bilikHari yang sama dapat vaksin tu , aku dapat panggilan dari Hospital untuk dapat vaksin Pfrizer keesokan harinya. Tapi sebabkan aku dah dapat Sinovac ni, aku tak ambillah Prizer tu. Lagipun aku memang nak sangat Sinovac. Alhamdulillah, dapat. Andai kata kalau tak dapat Sinovac tu, aku ambik jer lah Pfizer. Apa-apa vaksin pun OK.' cucuk, sebab tu laju jer proses nya. 


Side Effect After Vaccinated :

1. Hari vaksin tu, malam tu aku rasa pening sikit , tapi mild jer lah dan loya (pun mild jer). 

2. Hari kedua - rasa kebaskat tempat cucuk tu, dah tak pening dah, cuma rasa loya yang 'mild' jer (tak teruk), tapi tak muntah. Sekejap jer rasa ni. Lepas tu Ok dah.

3. Hari ketiga dan seterusnya dah OK , tak ada rasa apa-apa. 

So, sekarang aku tak sabar nak tunggu dos kedua pulak bulan depan =)). Harap-harp tak ada side effect yang teruk. 

**************************************************************

By the way, korang follow aku kat Facebook - @eyleentravel. Kat situ banyak cerita pasal parenting dan travel. 

Kat Facebook tu aku selalu buat LIVE dan ada upload video-video. Alhamdulillah, so far sekarang hari-hari aku update facebook aku tu.  Klik jer link ni dan tekan butag "FOLLOW" 😊 - https://www.facebook.com/eyleentravel
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. alhamdulilah.... pasni tgu second vaksin plak ye..
    ok nnt kita follow awak kat fb k

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Biasanya second dose yang orang akan extra berdebar. Semoga baik-baik sahaja.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah dapat vaksinasi
    Tunggu dos kedua pulak

    ReplyDelete
  4. yeayy.. dh selesai dos prtama.. smoga urusan akak dipermudahkan.. amin

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE