Riangnya Hati Bila Dapat Beli Emas 916 di PG Mall.
Aku rasa semua orang dah tahu yang PG MALL ni ialah gedung membeli-belah secara online barang kemas yang terbesar kat Malaysia. Kalau korang nak beli emas atas talian ni, PG MALL boleh dipercayai.
PG Mall ni merupakan Platform E-Commerce No.1 di Malaysia sejak tahun 2017 lagi dan ia merupakan satu-satunya platform e-commerce Buatan Malaysia , iaitu orang Malaysia sendiri yang bangunkan PG Mall ni. Tak seperti macam Zalora, Shopee atau Lazada yang diasaskan dari luar negara.
Kalau ikut pada ranking kat Iprice Insight Report, PG Mall ni tersenarai sebagai TOP 3 e-commerce platform kat Malaysia (Sumber : https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/ ).
Sekarang ni PG MALL ada buat Kempen 916 Gold Day.
Bestnya kalau aku dapat reward diri sendiri dengan barang kemas. Dah lama sangat dah aku tak membeli emas.
Orang kata beli emas ni bagus - pelaburan masa panjang. Kalau duit tu kita simpan pun, lama-lama duk habis jugak. Sebab nafsu membeli-belah orang perempuan ni paham-paham jerlah. Errrrmmm. Kalau pergi IKEA tu, macam-macam benda nak beli walaupun sebenarnya pergi sana hanya niat nak makan meatball. Boleh percaya ke kalau pergi IKEA makan meatball jer? hahahhahaha. Memang tak lah kan.
Kalau pergi shopping mall pulak, ada jer benda nak beli. Selagi ada duit kat tangan, gatal jer nak beli itu ini. So, kalau kita beli emas, confirm dah susah sikit nak shopping sakan, kan? Betul kan you all? hihihihi.
Sebab aku macam tu, so aku rasa orang lain pun mesti ada yang macam aku, pantang duit ada di tangan =)). Sebab tu aku tak suka pegang cash banyak-banyak. Kalau nak shopping aku akan guna kad, jadi kuranglah sikit nafsu nak membeli tu.
Bila dah lama PKP ni, aku rasa better simpan emas banyak-banyak sebab kita pun tak tahu berapa lama lagi kita akan hadap PKP ni. Ekonomi makin merosot. Nilai matawang pun makin lama makin jatuh, tapi harga emas tetap akan naik dan makin naik.
Kalau invest kat saham pun, banyak jugak saham yang jatuh sekarang ni. So, tak payahla ambik risiko. Better simpan duit kat tempat yang confirm tak kan rugi.
cantik pulak tngok design cincin tu. hehe
ReplyDeleteEMAS PELABURAN MASA DEPAN
ReplyDeleterambang mata tgk emas ni!
ReplyDeletegood n smart investment.
ReplyDeleteWowww! Boleh pergi cuci mata ni!
ReplyDelete