Merdeka Dah 64 Tahun ya?

in , by dorsett pink, September 01, 2021

 Semalam aku tak sempat nak update blog. 

So, hari ni aku update, nak wish korang semua - Selamat Hari Kebangsaan Yang ke-64. 

Selamat Hari Merdeka semua.

Apa makna kemerdekaan?

Merdeka dari penjajah.
Merdeka dari Pemimpin Yang Zalim.
Merdeka dari Penguasa Yang Rakus.
Merdeka dari hutang.
Merdeka dari kesibukan dunia.
Merdeka dari pandangan orang.
Merdeka dari kesusahan.
Merdeka dari kesulitan hidup.
Merdeka dari wabak.

Korang nak merdeka dari apa segi apa?
My top choice is - aku nak merdeka dari wabak pandemik ni.

Harap sangat Pandemik Co. ni cepat berlalu pergi. Supaya kita semua dapat kembali ke kehidupan normal seperti sebelum-sebelum ni.

Selamat Hari Kebangsaan Yang ke-64 semua.


Post sempena Hari Merdeka 3 tahun lepas keluar kat timeline FB semalam. Dinosaur tu pun dah hilang , tu Leeya punya Dinosaur, kakak dia belikan kat Aquaria tahun yang sama.

Leeya sayang giler dengan dinosaur tu. Pergi mana-mana duk bawak jer dinosaur dia sampai lunyai lah dino tu. Bila dah lunyai mommy buang la 😅.
Sekarang dah umur 3 tahun ni dia langsung tak minat dah dengan dinosaur. Sekarang duk sibuk main doll. So gurl-gurl. Mommy loves it ❤.



Alhamdulillah, hari ni kita dah bebas dari pemerintahan Kerajaan Kleptokrasi. 
Dan aku berdoa semoga Malaysia terus aman dan makmur sentiasa.Amiin

SHARE 2 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE