Hello Langkawi!

in , , by dorsett pink, October 23, 2021

Hello guys!

Setelah lama giler tak fly ke mana-mana, sekarang dah tiba masanya untuk aku travel semula naik kapal terbang =)). Sekarang ni aku kat Langkawi. Yeeaaayyy!


Hari Khamis hari tu aku bertolak ke sini dengan keluarga kecikku - en.suami dan anak-anak.

Dah lama betul tak posing depan kapal terbang macam ni. hahahahha.

Bestnya dapat tengok awan. Best sebab dah dapat kembali ke hobi asal macam dulu-dulu



Ni ialah uniform cabin crew Air Asia waktu sekarang. Aku tengok stewardess Air Asia pun dah tak pakai skirt pendek nampak peha macam dulu-dulu. Diaorang pakai skirt sampai lutut. Slowly berubah, nanti lama-lama habis tutuplah kaki tu. hihi. (kita doakan yang terbaik untuk Air Asia)

Ni second time Leeya naik flight. First time masa pergi Vietnam 2 tahun lepas. Kesian Leeya tak banyak berjalan.

Walaupun baru 2 kali naik flight, dia pandai pakai seat belt ni sendiri, tanpa mommy tunjuk ajar. Impressed mommy kejap. Wahh!


Masa dalam flight, Leeya dan Kakak FL duk ralit main Pop-It ni. 
'Pop-It' ni mommy beli kat Shopee jer. Ni link nya : https://invol.co/cl78wrp




Dekat airport KLIA tak ramai orang walaupun flight penuh. KLIA sekarang dah tak riuh macam dulu-dulu. Sunyi jer sebab orang tak ramai, kedai pun banyak yang tutup. Kedai yang bukak boleh bilang dengan jari jer sekarang, antaranya - Starbucks, KFC, MarryBrown. Yang lain-lain semua tutup. Even food court pun dah tutup. 

Air traffic busy, sampai jem. So, flight delayed sebab tak boleh nak landing dan take-off on time. Ingatkan jalanraya jer jem, rupanya jalan udara pun ada jem jugak 😆.



Masa pergi airport hari Khamis hari tu naik GRAB. Sekarang GRAB pun dah mahal. Perjalanan 1 hala dari Bangi ke KLIA harga RM 75 (waktu siang, bukan peak hours).


Flight penuh, tak ada jarak sosial dalam flight. Tapi sendiri kena displin lah. Kena selalu sanitize tangan. 

Kat hotel dan Langkawi tak sesak pun even bilik hotel fully booked. Ramai orang stay dalam bilik masing-masing. So, kalau korang nak datang bercuti kat Langkawi ni datang jer, tak perlu risau sebab tak ramai orang kat luar. 

Kitaorang mandi pool hotel pun best jer, tenang jer macam pool tu kitaorang yang punya sebab tak ada orang pun mandi pool masa kitaorang swim. 

Nanti aku update lagi k pasal Langkawi. Bye. Have a great weekend everyone.

SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Alhamdulillah, kembali ke kehidupan asal sedikit demi sedikit kita semua. Selamat bercuti ya mommy sekeluarga.

    ReplyDelete
  2. Rindu juga Langkawi ...nak pergi hujung thaun Nanti...

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE