Kalau pergi langkawi, memang tak sah kalau tak makan Laksa Ikan Sekoq - makanan yang famous Pulau Langkawi.
Tempat ni kat Jalan Hujung Airport. Korang waze jer - Jalan Hujung Airport. Nanti bila dah sampai situ, berderet warung-warung kat tepi jalan tu. Tempat ni betul-betul kat sebelah airport dan tepi pantai.
So, bila makan kat sini memang duk tengok jer kapal terbang 'lalu-lalang'.
Diaorang makan laksa kuah sup, sebab tak pedas. diaorang ni hantu laksa jugak, macam mak dia. hihi.
Harga :
Laksa Ikan Sekoq - RM 7 semangkuk
Laksa biasa - RM 5 semangkuk
Air kelapa - RM 5 sebiji
Panas.. panas minum air kelapa ni fuhh! syoknya.
Diaorang berniaga guna food truck macam ni.
Kat sini 'self-service'.
Lepas makan laksa tu, Kakak FL naik kuda ni. Kat depan warung tu jer. Sekali ride kuda ni RM 10. Orang dewasa pun boleh naik jugak.
Aku ada buat live Kakak FL riding kuda ni hari tu. Korang boleh tengok kat sini - - https://www.facebook.com/eyleentravel/videos/2231921696950381
So, nanti kalau korang ke Langkawi, jangan lupa datang kat Jalan Hujung Airport ni makan laksa ikan sekoq k 😊.
Salam, sedapnya nampak laksa ikan sekor, ada aktiviti naik kuda, menarik. Terima kasih atas perkongsian. Salam November.
ReplyDeletesama-sama. Nanti bila awak pergi sana bolehlah pergi makan laksa ni
Deletesonoknya bercuti ke lankawi sedapnya laksa ikan sekoq
ReplyDeletealhamdulillah! seronok akak
Deletebestnya tempat dia, bawah pokok tepi pantai.... makan laksa sambil layan angin sepoi-sepoi
ReplyDeletebetul. nyaman jer makan situ, rasa tenang jer sambil tengok kapal terbang landing
Deleteeh eh aktiviti naik kuda tu baru lagi ke? awat b4 ni cam x pasan eh hahaa
ReplyDeleterasanya baru kot, sebab kawan saya yang stay kat Langkawi pun kata tak tahu ada horse riding kat situ
Deleteoh..boleh masuk dalam itinerary ni. laksa utara memang sedap
ReplyDelete