Ok, hari ni aku nak share pasal 3 Hotel 'Kids-Friendly' di Lembah Klang yang aku pernah pergi dan rasai sendiri pengalaman menginap kat situ.
Ada banyak lagi hotel sebenarnya yang 'Kids-Friendly', tapi untuk entri ni aku senaraikan 3 dulu. Nanti-nanti aku buat list lain pulak k.
Aku senaraikan hotel-hotel berdasarkan yang mana yang paling best dulu k. Dan tempat pertama, aku 'vote' ialah :
1. Hotel Hilton Kuala Lumpur
Aku cakap hotel ni memang betul-betul kids-friendly' sebab swimming pool dia besar dan dia sediakan gelongsor (slide) untuk budak-budak main. Tapi gelongsor tu pun mak-pak pun boleh join sekali jugak.
Sebabkan best sangat, aku stay kat sini dua kali. Nanti InshaAllah akan repeat lagi, sebab en.suami suka hotel ni. Hotel ni terletak kat KL Sentral, sebelah dengan Hotel 'Le-Meridian Kuala Lumpur.
Ini pengalaman aku stay kat Hotel Hilton ni - https://www.dorsettpink.com/2021/04/holiday-at-hilton-hotel-kuala-lumpur.html
2. Avani Sepang Gold Coast Resort
Hotel ni terletak kat Bagan Lalang, Selangor.
Hotel ni best sebab ada 'Kids-Club' dan ada banyak sangat aktiviti untuk budak-budak yang disediakan oleh pihak hotel secara PERCUMA.
Semuanya FREE jer. Antara aktvitinya ialah mencanting batik, yoga untuk budak-budak, henna painting, aerobik dan macam-macam lagi. Kalau dulu, boleh dikatakan aktiviti ni ada setiap hari, kita jer yang kena alert jam berapa dan kat mana diaorang buat aktiviti tu. Tapi sekarang lepas PKP ni aku tak tahu adakah masih dibuat setiap hari atau hanya weekend jer.
Kat sini ada kids-pool. Cumanya kalau boleh korang jangan datang masa weekend sebab swimming pool dia penuh, ramai sangat guest.
Ini pengalaman aku stay kat hotel ni - 'https://www.dorsettpink.com/2015/05/avani-sepang-gold-coast.html ' .
Inilah dia Kids-Club yang aku cakap tu, tempat ni agak luas. So, bestlah anak-anak nak main sepuas-puasnya dalam ni.
3. Palm Garden Hotel, IOI Resort, Putrajaya
Hotel ni terletak kat Putrajaya, kat sebelah dengan hotel IOI Marriott Putrajaya dan berhadapan dengan IOI City Mall Putrajaya.
Hotel ni cantik. Kalau buat wedding atau outdoor photography pun menawan.
Yang bestnya, dia punya pool tu besar dan ada 'kids-pool'.
Nampak tak baby-cot tu? Untuk yang ada baby, boleh request babycot dan ianya percuma tanpa bayaran.
Ini view dari bilik yang aku stay.
Ini pool dia. Pool dia. Ini semua pool untuk budak-budak. Pool untuk orang dewasa lain, dan tak muat nak masuk gambar ni.
***********************************
Aku harap entri ni dapat membantu korang untuk buat pilihan yang terbaik untuk kegembiraan anak-anak. Kalau korang nak book hotel-hotel tu boleh guna platform booking.com atau agoda.com ok.
Selamat bercuti you all. Terima kasih sebab sudi baca blog aku 😊.
semua pun saya tak pernah menginap lagi. biasa kalau bawak budak-budak memang akan cari yang pool best
ReplyDeletebetul, sebab budak-budak nak swim bila pergi bercuti
DeleteBolehlah bawa anak2 untuk beriadah di sini
ReplyDeleteInshaAllah.Amin
DeleteThanks DP share info.
ReplyDeleteAnak2 PH kalau ke hotel, mesti tanya ada pool tak? Hehe...