7 Hotel Yang Best di Janda Baik, Pahang

in , , , by dorsett pink, November 26, 2021

Ok, kali ni aku nak share pasal  7 Hotel Yang Best di Janda Baik, Pahang. 

Sebab ada reader dorsettpink.com tanya 'apa hotel atau resort yang best kat Janda Baik?'. So, alang-alang aku share kat dia senarai nama-nama hotel yang best kat Janda Baik, aku share jugak kat blog ni supaya ramai yang boleh manfaat bersama. 

Ramai kan yang nak bercuti kat Janda Baik? 

Ini antara beberapa yang aku rasakan best jer. Ada banyak lagi sebenarnya. Korang boleh cari kat google dan baca review untuk maklumat lanjut. 


Senarai 7 Hotel Yang Best di Janda Baik, Pahang : 

1.  Cherengin Hills Convention & Spa Resort 


Untuk booking boleh contact number ni : 035636 5721 , 0356365722


2. eRya by Suria Resort 

Aku pernah bercuti kat sini. Boleh baca pengalaman aku kat entri ni - 'SURIA HOT SPRING BENTONG, PAHANG'.

Tempat ni ada hot spring. Dan ada pool yang best untuk budak-budak. 

Dalam bilik/rumah ada jacuzzi, private hanya untuk kita jer.

Ini rumah kat sini. Ada 2 bilik dalam setiap rumah.

Ini pool budak-budak

Ni no telifonnya :  09-221 0200

Kalau nak book , boleh book kat link ni - Erya by Suria Janda Baik


3. Sugeh Eco Resort 

Sungeh Eco Resort ni Dato' Aliff Syukri yang punya. Tempatnya cantik dan bersih, ala-ala macam rumah kampung. Aku tengok dari luar resort ni nampak best lah. InshaAllah kalau ada rezeki, aku nak pergi sana nanti. 

Ini bilik yang besar. Ada jugak bilik yang kecil. Depends pada kita nak bilik yang macam mana, dan harga pun berbeza mengikut jenis bilik. 


Ini antara jenis penginapan kat Sugeh Eco Resort ni. Kalau datang ramai-ramai boleh tidur dalam 'dorm' ni. 

No telefon Sugeh Eco Resort : 012-327 8133


4. Canopy Villa Glamping Park. 

Ini konsep Glamping. So, bilik air, toilet kat luar khemah. Ada disediakan dapur (shared kitchen) untuk tetamu nak masak-memasak.

 Harga semalam bermula dari RM 470/night untuk sebuah khemah. 

Nak booking klik link ni : Canopy Villa Glamping Park


5.Happy Paradise 



Pool dia best ada gelongsor.

Harga bermula dari RM 250/night. 

kalau nak booking , klik link ni : 'Happy Paradise' 


6. Villa Dlina Janda Baik 

Yang ni jenis villa - rumah banglo. 
Kalau nak booking, kena booking untuk sebuah rumah. So, kalau nak buat gathering family, sesuai sangat rumah ni. 

Ada swimming pool.

Ini bilik kat dalam Villa Dlina ni.

 Harga tempahan : RM 2,400 sebuah untuk semalam.

Link untuk booking : Villa Dlina Janda Baik 


7. 101 Resort Janda Baik 

 Aku pernah bercuti kat sini. Boleh baca pengalaman aku stay kat resort ni kat sini - 'BERCUTI KETIKA WABAK COVID19 DI 101 RESORT, JANDA BAIK'.

Ni no telefon resort ni : 09-233 0031




Semoga artikel ni dapat bantu korang untuk buat keputusan yang tepat untuk bercuti di Janda Baik, Pahang ok. 

Selamat Bercuti You All. Have Fun!

SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE