Tuesday, November 30, 2021

Pentingnya 'Vacuum Bag' Masa Travel

Kalau travel pergi oversea, untuk aku macam dah 'wajib' bawak 'VACUUM BAG'.
Sebabnya bila travel oversea ni kita intend untuk 'shopping'.

Ye lah, first time kan lawat negara tu, mestilah nak beli banyak barang kenangan untuk dibawa pulang. Kalau tak shopping benda-benda peribadi pun mesti jugak shopping buah tangan kan.

Dah la masa nak travel tu luggage macam tak muat, banyak benda yang dibawa. Masa nak balik, barang-barang tu bertambah sekali ganda atau 2 kali lebih banyak. hahahha. Itu lumrah!.

Monday, November 29, 2021

Starbucks 3 In 1 Instant Coffee

Aku ni pencinta kopi, a.k.a coffee lover. 
Salah satu jenama akopi yang aku suka ialah Starbucks. 

Sebab apa Starbucks? 
Sebab aku suka bau dia. Fuhh! Aroma dia tu, memag bau pure coffee.

Aku rasa peminat kopi yang lain pun sama -  suka Starbucks ni sebab bau dia disamping rasa dia yang enak. 

Sunday, November 28, 2021

Sunscreen/Sunblock Pilihan Hati

 Ini ialah Sunscreen/Sunblock Pilihan DP. 


Aku , en.suami dan anak-anak guna screen NIVEA SPF 50 ni. 

Biasanya en.suami guna masa untuk main golf sebab dia seorang golfer. Aku dan anak-anak pulak wajib pakai ni bila nak swimming. Atau kalau main pantai ker atau bermain bawah panas matahari, memang pakai yang ni lah. 

Saturday, November 27, 2021

Beli Kasut PUMA di 'Black Friday Cyber Monday SALE'

 Aku teringin sangat nak beli Sneaker Puma. 

Aku tak pernah pakai Brand PUMA. Baik kasut ke, baju ke, sweater ke, ataupun beg. Memang tak pernah guna PUMA. Sebab selama ni aku suka NIKE dan Skechers. 

Friday, November 26, 2021

7 Hotel Yang Best di Janda Baik, Pahang

Ok, kali ni aku nak share pasal  7 Hotel Yang Best di Janda Baik, Pahang. 

Sebab ada reader dorsettpink.com tanya 'apa hotel atau resort yang best kat Janda Baik?'. So, alang-alang aku share kat dia senarai nama-nama hotel yang best kat Janda Baik, aku share jugak kat blog ni supaya ramai yang boleh manfaat bersama. 

Ramai kan yang nak bercuti kat Janda Baik? 

Ini antara beberapa yang aku rasakan best jer. Ada banyak lagi sebenarnya. Korang boleh cari kat google dan baca review untuk maklumat lanjut. 

Thursday, November 25, 2021

Pengalaman Naik Keretapi 2 Tingkat

Best sangat bila aku dapat jumpa train 2 tingkat masa travel pergi Sydney dulu-dulu dengan en.suami. Nampak jer train ni masa first time kat Airport Sydney, terus aku cakap kat en.suami - 'nak naik train ni'. hahahhahahha. Tersangatlah budak-budak. 

But, tak kisahlah, janji aku dapat naik. 

Seumur hidup aku tak pernah lagi aku naik train 2 tingkat. Itulah pertama kali. 
Dan lepas tu aku tak jumpa lagi dah train 2 tingkat, baik di Malaysia mahupun di Jepun atau di negara-negara lain. 

Kiranya kalau pergi Sydney, 'wajiblah' naik train 2 tingkat ni. hihi. 

Vivy Yusof Selamat Melahirkan Anak Ke-4

Alhamdulillah! Blogger dan influencer terkenal Vivy Sofinas Yusof atau lebih dikenali dengan nama Vivy Yusof dah selamat melahirkan anak yang ke-4, baby lelaki pada 22 November 2021 hari tu (Hari Isnin) kat Hospital KPJ Damansara. 

Baby yang diberi nama Idris Ali Shah. Cantik nama tu, nama Nabi. 

Wednesday, November 24, 2021

Main Dam Ular di Restoren 'The Canai Guys'

Hari Jumaat hari tu, kitaorang jalan-jalan kat My Town Shopping Centre, kat Cheras. 
Dah lama betul tak pergi My Town. Last pergi masa sebelum PKP awal tahun ni. 

Masa tu tengah lapar, ternampak kedai ni - 'The Canai Guys', teruslah masuk sebab tak ramai orang. Itulah first time pergi 'The Canai Guys'. 

dorsettpink.com the canai guys

Tuesday, November 23, 2021

Pengalaman & Kos Buat MRI Pertama Kali

Pengalaman & Kos Buat MRI. 

Semalam aku buat MRI kat Hospital Pengajar UPM, Serdang, atau senang nak sebut 'Hospital UPM'. Hospital ni baru lagi, terletak kat belakang Hospital Serdang. 

Nama jer Hospital UPM tapi ia bukan untuk warga UPM jer, sesiapa pun boleh datang dapatkan rawatan kat sini. Kalau agak-agak malas nak bersesak-sesak kat Hospital Serdang tu, drive je ke belakang pergi Hospital UPM ni (follow jer signboard kat tepi jalan tu menuju ke Hospital Pengajar UPM). 

kos buat MRI

Monday, November 22, 2021

Baru Beli Luggage

SALE 11.11 hari tu grab luggage kat Kedai Online Universal Traveler kat Shopee. Ni luggage 20" Model UrbanLite Trapez. Boleh buat masuk flight jadi cabin bag.

Harga sebenar RM 368.00, lepas diskaun cuma RM 88, campur postage semua sekali dapatlah RM 97.00.

dorsettpink.com travel luggage

Breakfast Kat Dotty's Pastries & Coffee

Sabtu baru-baru ni aku dengan kawan-kawan rapat aku (Geng Marmarian - kitaorang gelarkan click kitaorang ni sebagai 'Geng Marmarian') breakfast kat Kafe Dotty's Pastries and Coffee, kat Suria KLCC. 

Sunday, November 21, 2021

Garret Pop Corn - Sedap Giler!

Semalam aku pergi KLCC, lepak ngan kawan-kawan aku yang datang dari Perak dan Langkawi. 

Semalam Kakak FL mintak nak makan  Garret Pop Corn. Biasanya dia tak pernah mintak pun, dan aku pulak bukan peminat Pop Corn, so memang tak rasa nak mencuba pun makan Pop Corn ni walaupun aku tengok ramai orang beratur nak beli Pop Corn ni. Panjang pulak beratur nya. 

Friday, November 19, 2021

3 Hotel 'Kids-Friendly' di Lembah Klang

Ok, hari ni aku nak share pasal 3 Hotel 'Kids-Friendly' di Lembah Klang yang aku pernah pergi dan rasai sendiri pengalaman menginap kat situ. 

Ada banyak lagi hotel sebenarnya yang 'Kids-Friendly', tapi untuk entri ni aku senaraikan 3 dulu. Nanti-nanti aku buat list lain pulak k. 

Aku senaraikan hotel-hotel berdasarkan yang mana yang paling best dulu k. Dan tempat pertama, aku 'vote' ialah : 

1. Hotel Hilton Kuala Lumpur 


Aku cakap hotel ni memang betul-betul kids-friendly' sebab swimming pool dia besar dan dia sediakan gelongsor (slide) untuk budak-budak main. Tapi gelongsor tu pun mak-pak pun boleh join sekali jugak.

Sebabkan best sangat, aku stay kat sini dua kali. Nanti InshaAllah akan repeat lagi, sebab en.suami suka hotel ni. Hotel ni terletak kat KL Sentral, sebelah dengan Hotel 'Le-Meridian Kuala Lumpur. 





2. Avani Sepang Gold Coast Resort

Hotel ni terletak kat Bagan Lalang, Selangor.
 
Hotel ni best sebab ada 'Kids-Club' dan ada banyak sangat aktiviti untuk budak-budak yang disediakan oleh pihak hotel secara PERCUMA. 

Semuanya FREE jer. Antara aktvitinya ialah mencanting batik, yoga untuk budak-budak, henna painting, aerobik dan macam-macam lagi. Kalau dulu, boleh dikatakan aktiviti ni ada setiap hari, kita jer yang kena alert jam berapa dan kat mana diaorang buat aktiviti tu. Tapi sekarang lepas PKP ni aku tak tahu adakah masih dibuat setiap hari atau hanya weekend jer. 

Kat sini ada kids-pool. Cumanya kalau boleh korang jangan datang masa weekend sebab swimming pool dia penuh, ramai sangat guest. 





Inilah dia Kids-Club yang aku cakap tu, tempat ni agak luas. So, bestlah anak-anak nak main sepuas-puasnya dalam ni.


3. Palm Garden Hotel, IOI Resort, Putrajaya

Hotel ni terletak kat Putrajaya, kat sebelah dengan hotel IOI Marriott Putrajaya dan berhadapan dengan IOI City Mall Putrajaya. 

Hotel ni cantik. Kalau buat wedding atau outdoor photography pun menawan. 
Yang bestnya, dia punya pool tu besar dan ada 'kids-pool'. 

Nampak tak baby-cot tu? Untuk yang ada baby, boleh request babycot dan ianya percuma tanpa bayaran. 

Ini view dari bilik yang aku stay. 

Ini pool dia. Pool dia. Ini semua pool untuk budak-budak. Pool untuk orang dewasa lain, dan tak muat nak masuk gambar ni. 


Ini entri aku pasal hotel Palm Garden Hotel, IOI Resort ni :  - https://www.dorsettpink.com/2019/01/staycation-at-palm-garden-hotel-ioi.html

***********************************
Aku harap entri ni dapat membantu korang untuk buat pilihan yang terbaik untuk kegembiraan anak-anak. Kalau korang nak book hotel-hotel tu boleh guna platform booking.com atau agoda.com ok. 

Selamat bercuti you all. Terima kasih sebab sudi baca blog aku 😊.


Thursday, November 18, 2021

Akhirnya, Britney Spears Merdeka Setelah 13 Tahun 'Ter-Penjara'

Alhamdulillah (I'm happy for her). 

Akhirnya, Britney Spears dah bebas! Dah merdeka! Dah FREE!. Yeayyyy.. Yeayyyy. 


Wednesday, November 17, 2021

Bestnya Hotel Legoland Kat Johor Bharu

Ramaikan orang share pasal Hotel Legoland kat Johor Bharu tu
Nampak macam best jer. 

So, hari tu masa pergi Johor, nak pergi Legoland, kitaorang dapat rezeki untuk pergi ke Legoland Hotel, yang terletak betul-betul kat depan Taman Tema Legoland.

Tuesday, November 16, 2021

Susah Betul Nak Cari Susu DugroSure Kat Kedai

Sejak PKP tahun lepas (tahun 2020), susah betul kitaorang laki bini nak mencari Susah Betul Nak Cari Susu DugroSure kotak purple ni kat kedai. 


Macam-macam kedai dan pasaraya dah pergi tapi tak ada susu ni. Bila tanya kat staff kedai tu, semua cakap - dah habis. 

Masalahnya kalau dah habis, tak kan tak restok semula?

Masalahnya, memang diaorang tak restok, atau aku yang lambat sampai kat pasaraya tu sampai semua susu Dugro Sure ni dah habis. huhuhu 😢

Monday, November 15, 2021

TIPS Untuk Kita Sentiasa Relaks dan Hidup Tak Kelam Kabut

TIPS Untuk Kita Sentiasa Relaks, Tenang dan Hidup Tak Kelam Kabut.

Kita ni manusia biasa. Ada hari-hari yang kita rasa best sangat, rasa happy sangat, rasa macam hari ni sangat-sangat amazing yang boleh buatkan kita senyum lebar jer sepanjang hari. 

Tapi ada hari-hari yang kita rasa kelam-kabut, rasa tak keruan, rasa gelisah, rasa macam apa pun yang kita buat  hari tu semuanya tak best dan tak menjadi. Last-last hidup kita hari tu rasa macam serabut giler. Rasa macam huru-hara sangat hari kita waktu tu. 

Lagi parah, apa yang kita buat hari tu semuanya macam salah. yang akhirnya buatkan kita bad mood dan bengang jer sepanjang hari. 

Pernah kan rasa macam ni?

Ikan Siakap Ke Ikan Jenahak Lagi Mahal?

 Ikan Siakap Ke Ikan Jenahak Lagi Mahal?

Hari tu VIRAL pasal Ikan Siakap Langkawi mahal kan? Makan 1 keluarga pun dah harga RM 800++. 

Masa viral tu aku on the way balik ke KL dari JB. So, layan-layan FB sana-sini orang duk cerita pasal ikan siakap. Aku baca jer lah. 

Sampai jer rumah, aku nak masak, aku nak keluarkan lauk-lauk yang ada dalam peti ais. Aku nampak cuma ada Ikan Siakap jer. So, nak tak nak, terpaksalah masak ikan siakap tu. Lagipun aku dan en.suami memang suka sangat dengan Siakap ni. Kitaorang suka makan Ikan Siakap Kukus. 

Masa tu tak terfikir langsung pun pasal kes viral ikan siakap hari tu. 

Masa nak masak, baru teringat, so cecepat ambik gambar ni ↓. 😆😅

Sorry tak ada gambar selepas masak, sebab masing-masing dah lapar. Terus ngap jer. hhahahha.


Kalau kat Langkawi, Ikan Siakap erk lagi mahal? 

Ni aku nak share kedai makan ikan bakar yang kitaorang makan kat Langkawi hari tu. Sedaaap 👍.

Ini dia - Restoren Bamboo atau Bamboo Restaurant, yang terletak kat Pantai Chenang. 

Hari tu kitaorang makan kat sini masa malam minggu sebab nak tengok fire show kat Pantai Chenang tu. 

Hajat di hati sebenarnya nak makan kat Restoren Telaga Seafood, tapi kawan aku yang duduk Langkawi cakap Telaga Seafood tu tak sedap mana pun. 'Ko pergi Bamboo Restaurant ni, lagi sedap kat situ', kata kawan aku tu. 

So, sambil makan, dapalah kitaorang layan fire show sekali kat pantai tu. 

Nak duduk atas 'bean bag' tu kena bayar jugak - RM 30. Bayaran tu ialah kena beli air atau makan kat situ. 

Masa kitaorang sampai sini, penuh orang kat kedai ni. So, kitaorang kena tunggu que untuk dapatkan meja. Memang ramai orang makan kat Bamboo restaurant tu, dan kebanyakkannya ialah orang Langkawi sendiri. 


En.suami order ikan Jenahak bakar hari tu sebab ikan jenahak ni lagi sedap dari ikan siakap. Malam sebelum tu kitaorang dah makan ikan siakap, kat tepi Pantai Tengah, Langkawi.

Selain dari ikan bakar, kitaorang order makan - tomyam, sup ayam, sayur kailam , telur dadar.

Untuk 4 orang makan, hrga semuanya ialah RM 150. Bukanlah exactly RM 150, tapi confirm bukan lebih dari RM 150 tu. Syukr, sebab harga makanan ni bukanlah sampai cecah seribu ringgit. 

So, kalau korang nak makan ikan atau seafood kat Langkawi ni, datanglah ke Restoren Bamboo kat Langkawi ni. Harga murah, tak ada lah cekik darah! hihi. 


'Happening' sungguh Pantai Chenang bila malam minggu.


Sunday, November 14, 2021

Paris Hilton Dah Berkahwin

Paris Hilton Dah Berkahwin  Pada 11.11.21.

Aku ikut jugaklah perkembangan Paris Hilton ni tapi tak lah follow dekat sangat. Ambik tahu gitu-gitu jer sebab dia kan superstar terkenal. 

Paris Hilton ni aku kesian dengan dia sebab dia dah couple dengan ramai orang, tapi last-last tak jadi kahwin - break up!. 

Dan lepas break-up tu ada macam-macam lah cerita. Biasalah orang bercinta kan. Dan orang puteh kalau bercinta terus masuk dalam bilik tidur, dah macam suami-isteri. Tapi last-last tak jadi. Memang frustlah si Paris ni. 

Pastu yang kesian lagi, setiap kali lepas break-up, Paris ni akan beli laptop baru. Dan dia dah confirm memang beli Laptop MAC jer. Ada lah kot berbelas-belas laptop iMac yang dia dah beli tu. Sebabnya setiap kali bercinta, si boyfriend dia tu akan rosakkan laptop tu. 

Saturday, November 13, 2021

Bahagia Itu Pilihan

Bahagia Itu Pilihan

Ada orang dia selalu cakap yang dia tak bahagia. 

Bila tanya kenapa tak bahagia? 

Dia akan mula bercerita panjang lebar - itu ini itu ini itu ini... bla... bla.... bla... 

Friday, November 12, 2021

Pinky Pink

Aku suka sangat dengan warna PINK. 

Sebab tu blog aku ni aku buat nama Dorsett Pink. 

'Dorset' tu sempena dengan nama tempat kat United Kingdom (UK), tempat yang sangat cantik. Sebab aku kan suka travel, so aku letak la nama destinasi percutian yang cantik kat nama blog ni. 

Pink tu pulak sebab aku suka PINK. hihi. 

Ngam kan?

Wednesday, November 10, 2021

Bercuti di Legoland Selepas PKP 2021

Minggu lepas kami sekeluarga pergi Legoland Waterpark kat Johor. 

Sejak PKP hari tu lagi nak sangat pergi Legoland. Akhirnya lepas PKP ni, kita realisasikan dulu keinginan tu selepas Legoland dibukak 1 November hari tu. 

Hamam Milik Sultanah Hurrem di Istanbul

 Siapa kenal Sultanah Hurrem? 

Sultanah Hurrem atau Sultan Hurrem ialah isteri kepada Almarhum Sultan Suleiman al-Qanuni atau nama sebenarnya Sultan Suleiman Khan, iaitu Sultan yang paling hebat/kuat dan berkuasa ketika zaman pemerintahan Kerajaan Islam Uthamniyah atau Ottoman Empire. 

Tuesday, November 09, 2021

Jalan-Jalan ke Genting Highlands

Hari tu masa cuti umum Maulidur Rasul hari tu, aku dan keluarga kecikku (bersama suami dan anak-anak), pergi bercuti ke Genting Highlands. Kitaorang pergi baik hari jer. Saja nak jalan-jalan ke tempat sejuk, sebab dah lama sangat kan duduk rumah. 

Walaupun cuma berjalan dalam Malaysia jer, tapi fefeeling macam berjalan pergi oversea lah sebab Genting kan sejuk.

Sunday, November 07, 2021

Bawa Anak -Anak Ke Farm In The City, Seri Kembangan

Hari tu aku pergi Farm In The City, yang terletak kat Seri Kembangan, Selangor dengan anak-anak. 

Tapi ni baru sempat nak update. 

Saturday, November 06, 2021

Gigi Geraham Kakak FL Berlubang

Bulan lepas gigi geraham Kakak FL berlubang. Agak besar lah jugak lubang tu. 

Puncanya sebab Kakak FL ni suka sangat makan coklat. Coklat tu kira favourite food dia lah. 

Nasib baik tak sakit tak berdenyut-denyut. Sebelum sakit datang, lebih baik jumpa doktor gigi awal-awal. 

Tuesday, November 02, 2021

Penginapan Yang Selesa di The Villa Langkawi

 Masa aku bercuti kat Pulau Langkawi hari tu, kitaorang menginap kat hotel 'The Villa Langkawi', yang terletak dalam area Pantai Chenang, Langkawi. 

Hotel ni kira macam hotel 3 star. Tapi aku consider hotel ni sebagai 'boutique hotel'. Sebab servis an fasiliti yang disediakan kat sini memang macam 'boutique hotel', cumanya kelebihan dia ada kolam renang.