Saturday, November 13, 2021

Bahagia Itu Pilihan

Bahagia Itu Pilihan

Ada orang dia selalu cakap yang dia tak bahagia. 

Bila tanya kenapa tak bahagia? 

Dia akan mula bercerita panjang lebar - itu ini itu ini itu ini... bla... bla.... bla... 

www.dorsettpink.com bahagia

Guys, sebenarnya bahagia ni kita sendiri yang pilih. Dan kita sendiri yang tentukan samada kita nak bahagia ataupun tak. 

Bahagia tu tak kan datang bergolek dari kayangan dan jatuh ke riba kita. 

Kita sendiri yang kena 'create' life kita untuk menjadi bahagia atau berduka. 

Bila kita duk cakap 'kita tak bahagia', sebenarnya secara tak langsung kita menyalahkan Tuhan. 

Ya, kita menyalahkan Allah swt tanpa kita sedar. Kerana seperti seolah-olah Allah yang bagi kita dugaan macam tu sampai kita langsung rasa tak bahagia. 

Sebenarnya guys, hidup ini ialah pilihan. Pilihan kita sendiri. 


Pilihan untuk kita jadi baik atau jahat. Pilihan untuk kita jadi  miskin atau kaya. Pilihan untuk kita nak gembira atau sedih. Dan pilihan untuk kita nak jadi bahagia atau sebaliknya. 

Allah bagi kita pilihan untuk memilih cara hidup kita. Sebab tu lah, adanya syurga dan adanya neraka. 

Sebab tu ada banyak pilihan makanan, untuk kita memilih apa yang kita nak makan. Sebab tu ada banyak fashion baju untuk kita pilih nak pakai baju apa. Dan ada banyak pilihan warna, untuk kita pilih warna apa yang kita nak. 

Sebab tu juga kat kedai, ada banyak jenis kereta, ada banyak jenis handbag, ada banyak jenis jam tangan, bahkan ada banyak jenis sekolah, dan ada banyak jenis rumah. 

Sebab manusia ni tak sama. Masing-masing ada citarasa masing-masing, dan masing-masing pun ada pilihan untuk memilih mana yang terbaik. 

Kalau kita boleh pilih kita nak duduk rumah macammana, nak pakai handbag apa hatta nak pakai handphone jernis apa, kita pun boleh pilih jugak untuk merasa BAHAGIA atau tak. 

Kalau nak kata dugaan dan ujian, semua orang ada UJIAN. Hatta Nabi Muhammad saw Kekasih Allah yang paling maksum pun ada jugak ujian hidup. Even Nabi Adam yang dari syurga pun ada UJIAN HIDUP. Inikan pulak kita yang cuma manusia biasa yang sangat hina ni. Memang confirmlah ujian datang bertimpa-timpa. 

So, jangan sedih-sedih guys. Sebenarnya kita mampu untuk BAHAGIA. Dan memang kita boleh jadi BAHAGIA. Yang penting, kita sendiri kena PERCAYAKAN DIRI KITA SENDIRI yang kita boleh bahagia.  

"BELIEVE IN YOURSELF FIRST"

Bahagia itu ialah REZEKI. 

Rezeki ni Allah yang bagi kat kita dan hanya akan bagi pada mereka yang PERCAYA sahaja -PERCAYA yang Allah itu Tuhan YA-RAZAQ (Tuhan Yang Memberi Rezeki), Percaya yang Allah itu Tuhan Yang Berkuasa. Dia Yang Maha Berkuasa yang boleh bagi REZEKI kat kita. 

Dan yang paling utama ialah BERSYUKUR. Syukur dengan segala nikmat yang Allah bagi kat kita selama ni - nikmat oksigen. nikmat hidup, nikmat keluarga, nikmat kesihatan, nikmat makanan, nikmat air dan nikmat-nikmat yang lain lagi. 

Allah tak kan bagi rezeki pada orang yang tak percaya pada diri sendiri. Sebab tu kita tengok 'orang kaya makin kaya, orang miskin makin miskin'. Sebab orang kaya tu ada mindset yang sangat hebat iaitu - 'PERCAYAKAN DIRI SENDIRI', dan diaorang selalu cakap yang 'Allah bagi apa yang kita mintak'. 

Ya memang betul pun. Sebab ada kan dalil al-qurang ' Allah mengikut sangkaan HambaNya'. 'Sangkaan' itu ialah 'Percaya', atau dalam bahasa omputih disebut 'EXPECTATION'. 

'Apa yang kita nak , kita pasti akan dapat' - dan ini jugak apa yang aku percaya selama ni. 

Aku percaya yang aku boleh dapat PhD, dan Alhamdulillah Aku dapat!. Thank you Allah!. 

Aku percaya yang aku boleh dapat suami yang tak merokok. Dan Alhamdulillah Aku dapat! Thank you Allah!

So, korang pun mesti boleh dapat apa yang korang nak. Korang nak bahagia? Confirm korang boleh rasa BAHAGIA tu. Sebab keyword nya ialah - segalanya datang dari diri kita sendiri. 

Baca ini Juga : 'My Happiness'

P/S : Semua gambar ialah dari google image. 

Kalau korang rasa nak dibantu untuk rasa BE HAPPY, BE PRODUCTIVE, AND STRESS FREE, Meh aku bantu korang. Aku ada buat kelas Personal Development Class iaitu kelas untuk fokus pada self-help dan Self Love seseorang, samaada anda seorang wanita, pelajar mahasiswa mahasiswi, wanita bekerjaya, suri rumah atau anda sedang dalam fasa mencari pekerjaan. Meh contact I. 

self love coaching

Antara kelas yang aku buat ialah kelas-kelas berikut: 

  • How To Create Your Dream Life
  • Sparkle Your Self Love
  • Growth Mindset, Positive Mindset
  • Build a Routine & Habit - Time Management
  • Be Productive Person
  • How To Create Energetic, Happy & Stress Life
  • The Power of Gratitude
  • Work - Life Balance
  • Stay Focus
  • A Great Khalifah (Leadership Class - Every Human Being Is a Leader)
  • Time Management & Time Blocking
  • How To Make Money From Your Bedroom

My Contact Number :

Dr Intan Mel




12 comments:

  1. semua org nak bhagia dunia dan akhirat.. aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. yang penting bahagia kat akhirat tu yang kekal abadi

      Delete
  2. Setip orang mampu hidup bahagia
    walau pun mungkin bahagia kita tak sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul WP.setiap orang akan merasa bahagia tu dengan cara masing-masing, yang penting kita kena bersyukur sebab Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang

      Delete
  3. BAHAGIA DGN NIKMAT KURNIAN-NYA

    ReplyDelete
  4. tapi ada jugak manusia yang memandai je kata orang lain tak bahagia just because tak cukup salah satu kriteria. cthnya tak kahwin, takde anak, tak kaya etc.

    ReplyDelete
  5. Terimakasih atas informasi yang berharga

    ReplyDelete
  6. hello.
    Very useful site for everyone
    don't forget to visit too Cetak Nota dan Kwitansi

    ReplyDelete
  7. Thank for the information, please visit
    VisitUs

    ReplyDelete