Wednesday, November 10, 2021

Bercuti di Legoland Selepas PKP 2021

Minggu lepas kami sekeluarga pergi Legoland Waterpark kat Johor. 

Sejak PKP hari tu lagi nak sangat pergi Legoland. Akhirnya lepas PKP ni, kita realisasikan dulu keinginan tu selepas Legoland dibukak 1 November hari tu. 

Kitaorang pergi Legoland Waterpark jer kali ni sebab Legoland Themepark tu dah pernah pergi dulu. Nanti pergi lagi bila Leeya dah besar sikit, sebab kalau pergi masa sekarang (umur dia sekarang 3 tahun), banyak game yang dia tak boleh main, so RUGI lah nanti. 

Boleh baca kat entri ni pasal Legoland Themepark - 'CUTI SEKOLAH NI KAMI KE LEGOLAND'.

legoland dorsettpink.com
(Pelampung yang diaorang pakai tu semua disediakan disitu dan  FREE)

Kitaorang stay kat Johor (kat Puteri Harbour Johor) selama seminggu. Tapi tak jalan ke mana pun, cuma jalan area Kota Iskandar ni jer lah. Dan banyak spend masa kat hotel jer.  

Tak banyak snagat gambar dalam Legoland ni sebab masa tu hujan. So, kitaorang mandi dalam hujan. Tak berani nak dedahkan kamera kat air hujan. Ingat nak buat LIVE hari tu tapi tak dapat (sebab hujan). 

Aku terlupa nak bawak baju swimming Leeya, so terpaksalah beli swimsuit baru. Beli kat Cotton On KIDS kat Johor Premium Outlet (JPO). 




Legoland memang betul-betul kids-friendly. Ni mainan LEGO untuk budak-budak atau mak budak main kat dalam tu 😆. Ada banyak lagi mainan yang best dan fun, tapi sorry tak ada gambar. 

Kalau baby dan toddler, main pool  kat sini.


Ini bilik air kat Legoland Waterpark. Besar bilik air dia. Ada banyak shower room.

Siap ada shower room untuk family lagi - besar. 

Besar

Sebelum  main air, pakai suncreen dulu. Dan pilihan kitaorang ialah NIVEA Sun Protect Moisture Spf 50, beli kat Watson. RM 28 jer. 

Korang boleh beli online kat sini - kat Watson Online Shop, kat Shopee https://invol.co/cl7n0u3

Kalau pergi swimming kat mana-mana pool, main pantai ke atau msin awah panas, memang kitaorang pakai sunscreen yang ini. 



Masa tu hujan sampai kitaorang balik. So, terpaksa jugak beli poncho ni untuk balik hotel.
1 poncho ni harga RM 15 jer.


Ni harga makanan kat dalam Legoland tu. Harga tu harga pakej 1 set - sekali dengan air dan ais krim. Boleh bayar guna cash atau guna kad kredit.


Ini makanan yang kitaorang makan hari tu - nugget dan nasi ayam. 
P/S : Makanan dari luar tak dibenarkan sama sekali. Nanti diaorang check beg masa nak masuk. 


Harga Tiket Legoland Waterpark : 

❤ Dewasa : RM 139 seorang (wajib ada dan bawa MyKad)
❤ Kanak - Kanak (3 tahun keatas) :  RM 114 seorang (wajib ada dan bawa MyKid)
❤ Kanak-kanak umur 3 tahun dan ke bawah : RM 11 seorang

❤Harga sewa locker kat dalam Legoland : RM 40 untuk 1 locker (boleh bukak-tutup banyak kali). 

P/S : Sila beli tiket Online, sebab kat kaunter panjang giler kena beratur, nanti masa habis duk beratur beli tiket jer. 

Aku beli tiket masuk Legoland ni kat sini:  https://invol.co/cl7mzbe
Lagipun boleh dapat harga murah sikit. 


SOP Masuk Legoland Waterpark: 

❤ Kena 'FULLY VACCINATED' untuk orang dewasa. So, nanti kat pintu masuk diaorang nak tengok 'MySejahtera' kat dalam handphone. Pastikan handphone ada internet dan bateri. Kalau tak 'FULLY VACCINATED' kena balik macam tu jer walaupun tiket dah beli. Diaorang sangat strict.

❤ Kena pakai pakaian renang kalau mandi. Kalau tak mandi, pakaian bebas. 

P/S : Tak perlu bawak pelampung untuk budak-budak, sebab kat situ disediakan pelampung PERCUMA. 


Waktu Operasi : 

Dibuka setiap hari kecuali Hari Selasa. 10 pagi hingga 5 petang. 

Sebelum beli tiket, check dulu Legoland bukak ke tak kat website ni (jangan main redah jer tau) : https://www.legoland.com.my/plan-your-day/


 Untuk daily update pasal dorsettpink , korang boleh follow Facebook aku - @eyleentravel .

6 comments:

  1. Selamat bercuti dan beristeri rehat

    ReplyDelete
  2. Best yer. Pernah pergi sini 3 tahun lepas. Bila entah nak repeat

    ReplyDelete
  3. Tq.. sgt membantu i yg xpernah smpai ke legoland

    ReplyDelete