Ramaikan orang share pasal Hotel Legoland kat Johor Bharu tu?
Nampak macam best jer.
So, hari tu masa pergi Johor, nak pergi Legoland, kitaorang dapat rezeki untuk pergi ke Legoland Hotel, yang terletak betul-betul kat depan Taman Tema Legoland.
Nak masuk hotel ni, 'wajib' kena lengkap status Vaksin. Diaorang check kat dalam MySejahtera kita, tengok Status Vaksinasi kita dah tulis 'FULLY VACCINATED' tak? Kalau belum keluar status 'FULLY VACCINATED' tu so tak bolehlah masuk hotel ni.
Sama jugak kalau nak masuk Legoland. Kena dah 'completed vaccine' jer dapat masuk. Kalau tak terpaksalah berpatah balik.
Reception Counter
Masuk jer dalam hotel, permandangan mata kita dihidangkan dengan binaan Lego. Lego ada kat mana-mana.
Yang paling best, kat lobi hotel ni penuh dengan aktiviti.
Ni main kat lobi.
Ni pun play area - kat lobi. Betul-betul depan restoren .
Ni pun kat lobi
Ni tengah tunggu lift. Lift dia fuhh! Cantik giler - macam disko, siap ada lampu lip-lap-lip-lap macam disko tu dengan musik sekali. Kakak FL dengan Leeya enjoy giler masuk lift kat hotel ni. Pastu duk ulang-ulang cakap 'mommy, nak pergi hotel tu lagi nak naik lift'. hahahha.
Tapi sorry, tak ada gambar, aku cuma sempat ambik video jer. Ada aku share video tu kat Facebook Eyleen - www.facebook.com/eyleentravel
Ini 'BRICKS FAMILY' RESTAURANT
Masa kitaorang datang tu ada aktiviti menari-nari dengan Maskot LEGO. So, budak-budak memang having fun lah sepanjang kat situ. Kalau malam minggu, ada aktiviti 'bed-time story' dengan Maskot Lego ni.
Enjoy giler Kakak FL dengan Leeya ni
Lepas menari, bolehlah selfi dengan LEGO 😊.
Ni toilet lobi hotel.
Hatta toilet pun cantik
Ni aras bilik guest.
InshaAllah, nanti nak datang lagi sini. Tunggu Leeya besar sikit lagi. Sebab sekarang ni umur dia 3 tahun banyak game yang dia tak boleh main lagi dalam Legoland tu.
Nanti rugi bayar tiket mahal-mahal tapi tak dapat main. So, tunggu bagi dia tinggi sikit, baru fun dapat main sama-sama.
Kalau nak tengok harga bilik kat Hotel Legoland ni, korang boleh tengok kat sini - https://www.legoland.com.my/hotel/discover/room-overview/ .
Harga bilik starts dari RM 679.
Kalau nak book Hotel Legoland Malaysia ni, boleh book kat sini : https://invol.co/cl7mzaw
Korang ada anak kecil, memang bestlah stay sini. Kalau nak makan, boleh jer makan kat shopping mall kat depan hotel ni, ada banyak restoren sini.
Yezzaaaa... best kan!!
ReplyDeleteDapat stay 2 malam baru puas hehehe...
Overall not bad ar, syiok bawa budak2 n memang puas hati la kan!
Tu laa dok tengok orang pi, teringin nak rasa dok situ gak. Moga ada rezeki nak menginap di Legoland Hotel nanti, Aamiin...
ReplyDeleteAnak2 memanglah suka tempat macam ni
ReplyDeletebaru smlm bercerita pasal legoland dgn mr hubby. kitaorg tak penah lagi duduk hotel dia
ReplyDeleteni kalau bawak anak2 confirm kena tido terus kat sana. haha
ReplyDeleteInteractive LED Flat Panel
ReplyDeleteInteractive LED Flat Panel
ReplyDelete