Hamam Milik Sultanah Hurrem di Istanbul

in , , , by dorsett pink, November 10, 2021

 Siapa kenal Sultanah Hurrem? 

Sultanah Hurrem atau Sultan Hurrem ialah isteri kepada Almarhum Sultan Suleiman al-Qanuni atau nama sebenarnya Sultan Suleiman Khan, iaitu Sultan yang paling hebat/kuat dan berkuasa ketika zaman pemerintahan Kerajaan Islam Uthamniyah atau Ottoman Empire. 

Masa zaman pemerintahan Sultan Suleiman ni lah, kerajaan Islam telah menakluk 2/3 daripada dunia. 

Dan Sultan Suleiman jugak adalah Sultan yang paling lama memerintah dalam era Ottoman Empire iaitu selama 46 tahun. Dan sepanjang tempoh pemerintahan tu, ia dikenali sebagai 'ABAD KEJAYAAN' atau Magnificent Century. Sebab tu selepas Sultan Suleiman wafat, namanya ditukar kepada gelaran 'AL-QANUNI' yang bererti 'MAGNIFICENT'. 

Orang selalu cakap - disebalik kehebatan seorang lelaki tu pasti ada seorang wanita yang hebat kat belakangnya. 

Dan memang betul pun pepatah tu untuk Sultan Suleiman Khan. Isteri Sultan Suleiman Khan ni lah yang bagi semangat dan aura untuk Sultan Suleiman sepanjang pemerintahan beliau - Hurrem Sultanah atau nama sebenarnya Alexandria De Rossa - seorang hamba dari Rohatyn, Poland. Sekarang tempat tu dah jadi ke Ukraine. 

Beliau adalah berasal dari seorang hamba yang kehilangan mak ayah, kena seksa, kena dera, akhirnya Hurrem Sultan ni bangkit dan menjadi wanita yang paling berkuasa pada abad tu. Bukan jer berkuasa, tapi dikatakan Hurrem Sultanah ni ialah wanita yang paling cantik kat dunia masa tu. 

Ibaratnya macam ala-ala Mendiang Princess Diana lah - wanita yang tercantik ketika zaman moden ni. 

Sultanah Hurrem jugak ialah HASEKI SULTAN pertama dalam Ottoman Empire. 'Haseki' ni ialah Isteri yang SAH (ada akad nikah). (Sultan-sultan Kerajaan Uthamniyah tak berkahwin / nikah). 

Masa zaman dulu, sultan atau majikan boleh ada hamba dan hamba tu boleh dijadikan sebagai 'isteri' tanpa ada akad-nikah, sebab ianya HALAL. Ada dalil dalam al-Quran berkenaan dengan BAB hamba ni. 

Kalau korang nak tahu pasal Hurrem Sultanah ni korang boleh tengok Drama 'Magnificent Century' kat Youtube. 

Hurrem Sultanah meninggal dunia masa umur 56-58 tahun kat dalam Istana Topkapi, Istanbul sebab sakit cancer.

Sebelum beliu meninggal dunia, Almarhum bagitau suruh bina HAMAM - iaitu tempat mandi awam khas untuk para wanita. Sebab masa tu HAMAM ni cuma ada untuk lelaki saja. Kalau zaman sekarang ni kira macam public swimming pool la. Masa zaman tu 'swimming pool' tak ada lagi.

Inilah HAMAM milik Sultanah Hurrem ni, dekat dengan Hagia Sofia dan Istana Topkapi.Tujuan Sultanah nak bina hamam ni iaah untuk bagi kaum wanita kat Istanbu rasa happy, bila wanita-wanita ni ada masalah diaorang boleh datang ke Hamam ni untuk tenangkan diri.

Depan Hagia Sofea

Hamam Sultanah Hurrem


Sekarang Hamam ni dah tutup dah. Cuma boleh ambik gambar dari luar jer. 

Semasa hayat Sultanah, beliau dikenali dengan seorang yang sangat memperjuangkan para wanita - 'women empowerment', terutamanya para hamba. 

Sultanah tubuhkan Yayasan di Istanbul untuk bagi bantuan percuma dan makanan unuk wanita dan kanak-kanak dan beliau banyak terlibat dengan aktiviti-aktivit kebajikan masyarakat. 

Sebab beliau berasal dari seorang HAMBA dan beliau tahu macam mana rasa peritnya menjadi seorang 'HAMBA / SLAVE'. 

Masa zaman tu budaya Perhambaan ni snagat terkenal di dunia baik dalam dunia bukan Islam mahupun dalam dunia Islam. Cuma Hamba dalam Islam berbeza dari Hamba yang dalam masyarakat bukan Islam. 

Itu jer pasal Hamam Sultanah Hurrem yang aku nak share. Nanti kalau aku rajin, aku share lagi pasal Sultanah ni. (Kalau rajin lah). 

Terima kasih guys sebab sudi baca sampai habis 😊. Love you all!
SHARE 1 comment

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE