Ikan Siakap Ke Ikan Jenahak Lagi Mahal?

in , , , by dorsett pink, November 15, 2021

 Ikan Siakap Ke Ikan Jenahak Lagi Mahal?

Hari tu VIRAL pasal Ikan Siakap Langkawi mahal kan? Makan 1 keluarga pun dah harga RM 800++. 

Masa viral tu aku on the way balik ke KL dari JB. So, layan-layan FB sana-sini orang duk cerita pasal ikan siakap. Aku baca jer lah. 

Sampai jer rumah, aku nak masak, aku nak keluarkan lauk-lauk yang ada dalam peti ais. Aku nampak cuma ada Ikan Siakap jer. So, nak tak nak, terpaksalah masak ikan siakap tu. Lagipun aku dan en.suami memang suka sangat dengan Siakap ni. Kitaorang suka makan Ikan Siakap Kukus. 

Masa tu tak terfikir langsung pun pasal kes viral ikan siakap hari tu. 

Masa nak masak, baru teringat, so cecepat ambik gambar ni ↓. 😆😅

Sorry tak ada gambar selepas masak, sebab masing-masing dah lapar. Terus ngap jer. hhahahha.


Kalau kat Langkawi, Ikan Siakap erk lagi mahal? 

Ni aku nak share kedai makan ikan bakar yang kitaorang makan kat Langkawi hari tu. Sedaaap 👍.

Ini dia - Restoren Bamboo atau Bamboo Restaurant, yang terletak kat Pantai Chenang. 

Hari tu kitaorang makan kat sini masa malam minggu sebab nak tengok fire show kat Pantai Chenang tu. 

Hajat di hati sebenarnya nak makan kat Restoren Telaga Seafood, tapi kawan aku yang duduk Langkawi cakap Telaga Seafood tu tak sedap mana pun. 'Ko pergi Bamboo Restaurant ni, lagi sedap kat situ', kata kawan aku tu. 

So, sambil makan, dapalah kitaorang layan fire show sekali kat pantai tu. 

Nak duduk atas 'bean bag' tu kena bayar jugak - RM 30. Bayaran tu ialah kena beli air atau makan kat situ. 

Masa kitaorang sampai sini, penuh orang kat kedai ni. So, kitaorang kena tunggu que untuk dapatkan meja. Memang ramai orang makan kat Bamboo restaurant tu, dan kebanyakkannya ialah orang Langkawi sendiri. 


En.suami order ikan Jenahak bakar hari tu sebab ikan jenahak ni lagi sedap dari ikan siakap. Malam sebelum tu kitaorang dah makan ikan siakap, kat tepi Pantai Tengah, Langkawi.

Selain dari ikan bakar, kitaorang order makan - tomyam, sup ayam, sayur kailam , telur dadar.

Untuk 4 orang makan, hrga semuanya ialah RM 150. Bukanlah exactly RM 150, tapi confirm bukan lebih dari RM 150 tu. Syukr, sebab harga makanan ni bukanlah sampai cecah seribu ringgit. 

So, kalau korang nak makan ikan atau seafood kat Langkawi ni, datanglah ke Restoren Bamboo kat Langkawi ni. Harga murah, tak ada lah cekik darah! hihi. 


'Happening' sungguh Pantai Chenang bila malam minggu.


SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Ok noted. Tak pernah lagi tengok fire show di Langkawi ni

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE