Wednesday, November 24, 2021

Main Dam Ular di Restoren 'The Canai Guys'

Hari Jumaat hari tu, kitaorang jalan-jalan kat My Town Shopping Centre, kat Cheras. 
Dah lama betul tak pergi My Town. Last pergi masa sebelum PKP awal tahun ni. 

Masa tu tengah lapar, ternampak kedai ni - 'The Canai Guys', teruslah masuk sebab tak ramai orang. Itulah first time pergi 'The Canai Guys'. 

dorsettpink.com the canai guys

Makanan yang disajikan kat restoren tu semuanya makanan Melayu. Kenalah dengan selera tekak aku. 

Yang bestnya kat situ, setiap meja ada 'Dam Ular'. Jadi, sementara tengah tunggu makanan sampai, bolehlah main dam dulu sama-sama. Lagipun ni lah first time Kakak FL main dam ular. So, dia dapat belajar something new hari tu. 

BACA NI JUGA : 'NAMA ANAK LELAKI'


Dadu mintak dengan waiter / kat kaunter bayaran secara percuma. FREE jer main dam ni. 


Inilah makanan yang kitaorang order hari tu ↓.

Maggi goreng tak pedas. 

Nasi lemak sambal kerang. Kerangnya sikit, sambalnya banyak 😅.


Milo dinosaur pilihan Leeya.


Mee goreng sambal kerang. 


Harga kat sini OK, tak mahal. 
Lepas habis makan, Kakak FL ajak sambung main dam tu lagi 😊. 
Alhamdulillah! Anak-anak enjoy makan kat 'The Canai Guys' ni.


 

3 comments:

  1. Bagus idea macam ni. At least anak-anak tak bosan sementara nak tunggu makanan sampaikan...

    ReplyDelete
  2. Seronok Kakak FL merasa main dam ular :)

    ReplyDelete