Tapi bila dah masuk dalam tu, Fuhh! seram sejuk jer aku. Nak tidur pun takut sebab takut tak bangun-bangun dah.
Sebab apa seram? Sebab rasa dia macam aku duduk dalam keranda jenazah dan menuju ke alam barzakh. Korang tengoklah mesin MRI kat atas tu, kena duduk dalam 'terowong' tu sorang-sorang. Pastu dalam bilik tu aku kena tinggal sorang-sorang jugak. Staff semua keluar, dan diaorang monitor dari komputer jer.
Mula-mula, diaorang pakaikan aku 'earbuds' untuk tutup telinga, lepas tu aku kena pakai 'headset' yang besar macam DJ duk pakai tu.
10 minit terakhir scan tu, aku dikeluarkan sekejap untuk diaorang cucuk 'ubat' kat tangan aku. Pastu masuk balik dalam 'terowong' tu. Lepas tu siap.
Baca Juga : 'Pengalaman Bersalin Anak Ke-2'
Persiapan Sebelum Buat MRI
1. Kena puasa.
Kena puasa (tak boleh makan) 12 jam sebelum buat MRI. Boleh minum air kosong jer. Kalau tak puasa, nanti boleh muntah masa buat MRI tu.
2. Kena makan ubat.
Kena makan ubat 'Prednisolone 5mg'.
Baca Juga : 'Pengalaman Buat CT Scan'
KOS Buat MRI
Kos yang aku kena bayar untuk buat MRI semalam kat Hospital UPM ni ialah RM 900.00.
Lebih murah dari kat Hospital KPJ atau hospital swasta yang lain.
harap2 resultnya nanti baik2 saja
ReplyDeleteAlhamdulillah result nya baik wak
DeleteDP, saya pun ada migraine yang amat lama… seingat sy, dr st kecil. maybe dr darjah 4 & 5 sampai sekarang. Tapi lately ni menyerangnya sangat kerap. kadang seminggu 2x dan keadaan tu boleh jd teruk smp muntah dan x boleh pun tidur sbb kepala berdenyut2. Makan ubat apa pun macam x jalan. Cadang nk buat jgk mri. Nak tanya, dia buat mri appointment ni amik ms bp lama ya dr tarikh kte booking tu?
DeleteKalau kat Hospital UPM ni sekejap jer dapat tarikh appoinment, tak silap saya sebulan kot. Tapi saya ada postpone hari tu sebab covid. kalau ada migrain, cuba awak makan supplement "MAGNESIUM" sebab doktor pakar Neurologist tu suggest saya makan Magnesium setiap hari, OK. Walaupun migrain tu tak hilang 100% tapi banyak kurang la. Boleh beli kat Farmasi, kat Shopee pun ada, ini link nya : https://invle.co/cld78r0
DeleteSalam.Maaf nk tnya buat full medical checkup dekat kpj tu sekali blood test ke?Lau x keberatan boleh share kos dkt kpj tu berapa?Sb sy pn kerap kepala berdenyut ni.
DeleteA'ah full medical check up sekali dengan blood test. Alamak sis, pasal payment tu, saya ambil pakej premium yang husband punya, rasanya husband bayar RM 10,000 & dia cover sekali untuk isteri, ini pakej dah lama dah sebelum PKP lagi. Rasanya sekarang ni dah tak ada kot pakej tu.
DeleteYang latest saya tengok promo hari tu, dalam RM 2000 ++ kot kalau untuk women wellness. Cuba sis call KPJ tanya detail.
Thanks for sharing kak DP. Seram jugak tu,kalau klaustrophobic mesti gelisah. Semoga takde apa-apa yang serius
ReplyDeletefuhhh, bila baca pengalaman DP pun dah seram sejuk. rupanya lama juga yer nak kena stay dalam tu, tengok cerita doktor2 macam Greys Anatomy tu macam sekejap jer (nama pun cerita kan).
ReplyDeleteMoga result nanti DP sihat walafiat, Amiin
Berdebar pula baca perkongsian DP ni.
ReplyDeleteDidoakan agar semuanya baik-baik saja ye DP.
hihi. Alhamdulillah! semua OK
Deletehurmm auto sejuk tangan. bulan 4 ni saya kena buat mri jugak. takut pulak rasa
ReplyDeletebetul, terus sejuk . inshaAllah tak ada apa2, think positive jer
Deletecmne awak dah buat mri ke?ok x share la pnglmn
DeleteSaya ada share dah jawapan tu kat blog tapi entri lain. Alhamdulillah! result saya OK, doktor cakap tak ada apa2
DeleteAlhamdulillah DP
DeletePerlu surat dari mana² doktor tak atau klinik kesihatan untuk buat mri ni?
ReplyDeleteA'ah perlu. ambil surat refer dari KK, lepas tu buat appointment dulu dengan Pakar Neuro di hospital berkenaan (atau apa-apa pakar yang berkaitan dengan kesihatan puan), lepas tu akan dapat tarikh appointment , jumpa pakar & bagitau kat pakar tu yang puan nak buat MRI, nanti pakar tu akan buat set kan appoinment untuk puan.
DeleteNk tnya lepas buat mri terus tahu ke kita ada sakit ape atau nk kena tggu next appointment jgk?
ReplyDeleteTak tahu terus, kena tunggu next appoinment baru Doktor akan bagitau result nya
Deletekalau saya nk check kepala, paru-paru dan hati, boleh x buat mri sekaligus?
ReplyDeleteBoleh tau X ..Ada effect X Lepas buat MRI..anak saya umo 7taun nak buat MRI next week..saya pulak yg gerun..n dia xleh dok diam doktor cakap kena bagi ubat untuk tdo 1jam xbagi gerak...tp saya rs takut la...boleh x yakin kan saya...
ReplyDeleteTak ada effect apa-apa, OK jer lepas tu. InshaAllah anak puan OK sebab doktor nak bagi ubat tidur kan
DeleteTakut lah baca pengalaman akk :( walaupun kita sedang sedar. Macammana lah nanti kan. Hmm taktahu lah takut
ReplyDeletehihi. ok jer akak, tak ada apa-apa pun selepas tu.
DeleteSaya farida,takutnya nk buat MRI bulan 4 ni, sama jgk dkt HPUPM. Saya kena buat sbb masalah telinga kanan tak dengar. Hopefully dipermudahkan semuanya. Nervous jgk ni
ReplyDeleteMcm mne skrg? Sy pun nak bt mri, telinga kiri tk dengar. Pastu kerap sakit kepala. Risau sgt.
DeleteAlhamdulillah OK. Hasil MRI mendapati kepala saya normal seperti orang lain dan tak ada apa-apa yang merisaukan.Cumanya, migrain tu tetap ada. So, doktor sarankan saya banyak makan supplemen Magnesium dan kurangkan terdedah dengan aktiviti yang boleh buatkan saya migrain. Contohnya saya tak boleh kena panas, kalau kena panas terik saya migrain, so saya tak keluar bila panas terik.
Deleteklu buat mri kne admit ward dlu ke..
ReplyDeletetak perlu warded, balik hari jer sebab hanya beberapa jam sahaja. cuma kena makan ubat pada malam sebelum buat mri tu (but depends pada pessakit juga, ada pesakit tak perlu makan ubat)
DeleteMcm mne nk set appoitment utk mri ye? Kene call or bawak surat referal?
ReplyDeleteTerus pergi ke klinik pakar yang kita nak jumpa tu, bawak referal letter kalau ada. Kalau tak ada, its ok. Then, diaorang akan daftarkan kita dahulu, lepas tu, diaorang akan bagi kita tarikh appoinment. Tak pun, call jer klinik doktor pakar yang nak jumpa tu (contohnya, Pakar ENT) untuk set appoinment.
DeleteNanti bila hari jumpa doktor, jangan lupa bawa GL Letter kalau kerja government, sebab tak perlu bayar kalau ada GL.
Kalau tak ada GL, kena bayar RM 55 kalau tak silap.
Masa jumpa doktor tu lah, baru doktor akan bagitau kita kena buat MRI atau tak, ataupun mungkin Doktor akan suruh buat CT Scan.
kalau pergi HPUPM boleh guna GL juga ke??GL tu boleh cover utk kos mri tu juga ataupun tak??tq
Deleteyup kat HPUPM boleh guna GL. Rasanya GL boleh cover MRI tapi sebelum buat MRI, kena consult dengan doktor pakar dulu. Maksudnya, first time datang situ, kena jumpa doktor dulu, dan doktor yang akan decide samaada patient tu perlu buat MRI atau tak, atau hanya buat xray biasa jer ataupun kena buat CT Scan.
DeleteAssalammualaikum puan.. mashaAllah tk atas perkongsian Yang sgt bermanfaat ni. Macam saya pun tercari-cari info sebegini.. Terima Kasih puan..semoga puan diberikan kesihatan Yang berpanjangan Dan dipermudahkan segala urusan puan.. aaminn.
ReplyDeleteTerima kasih Tuan/Puan kerana sudi membaca artikel ini. Ini ialah salah satu usaha kecil saya untuk membantu masyrakat melalui penulisan pengalaman saya, harap-harap bermanfaat
Delete