TIPS Untuk Kita Sentiasa Relaks, Tenang dan Hidup Tak Kelam Kabut.

Kita ni manusia biasa. Ada hari-hari yang kita rasa best sangat, rasa happy sangat, rasa macam hari ni sangat-sangat amazing yang boleh buatkan kita senyum lebar jer sepanjang hari. 

Tapi ada hari-hari yang kita rasa kelam-kabut, rasa tak keruan, rasa gelisah, rasa macam apa pun yang kita buat  hari tu semuanya tak best dan tak menjadi. Last-last hidup kita hari tu rasa macam serabut giler. Rasa macam huru-hara sangat hari kita waktu tu. 

Lagi parah, apa yang kita buat hari tu semuanya macam salah. yang akhirnya buatkan kita bad mood dan bengang jer sepanjang hari. 

Pernah kan rasa macam ni?



Ok, ni aku nak share TIPS supaya hidup kita tenang jer setiap hari. Bila kita tenang dan relaks, InshaAllah semua benda yang kita buat smooth jer dan 'menjadi'. 

Paling best, bila kita keluar rumah, semua traffic light warna hijau jer, walaupun kita dah lambat giler. 

Ia menajdi kat aku, dan sebab tu aku nak share kat korang. Aku dah lama amalkan TIPS ni. Semoga dengan perkongsian ni, hidup kita semua dah tak kelam-kabut lagi dan kita sentiasa dalam state 'tenang dan relaks'. 


TIPS nya ialah :

AMALKAN BACA ZIKIR ASMA UL-HUSNA 'YA-BAARI' .

Zikir ni maksudnya ialah : Allah Yang Maha Mengaturkan. 

Amalkan baca setiap pagi 44 kali. Baca lebih lagi elok. Aku selalunya baca lebih dari 44 kali tu. 

TIPS ni aku dapat dari ceramah Ustazah Asma Harun. Terima kasih Ustazah sebab sudi share. 

Allah Yang Maha Mengaturkan - maksudnya Allah yang aturkan setiap pergerakan dan aturan yang berlaku dalam alam ni. 

Anak menangis tu Allah yang izinkan mereka menangis.

Anak tak dengar cakap - Allah yang izinkan ia berlaku (sebab Allah nak uji tahap kesabaran kita). 

Ada masalah kat pejabat - Allah yang izinkan masalah tu berlaku (untuk uji kita jugak). 

Ada masalah dengan kereta - Allah yang izinkan kereta kita bermasalah (sebab nak uji kesabaran kita jugak). 

Ada masalah kewangan dan masalah hutang - Allah yang izinkan masalah ni berlaku kat kita.

Dan segala-galanya yang berlaku dalam dunia ni ialah Allah yang izinkan perkara tersebut berlaku dan Allah yang mengkehendaki ia berlaku. 

SO, kita serahkan segala-galanya pada Allah. Kita serahkan urusan kita pada Allah, kita serahkan emosi kita pada Allah, kita serahkan bebanan kita pada Allah, InshaAllah Allah akan aturkan yang terbaik untuk kita =)). 

Yang [enting, percaya dan yakin. Yakin dengan sepenuh keyakinan pada Allah yang bahawa Allah akan bagi yang terbaik untuk kita. Ok guys?

Jom kita sama-sama amalkan. 

Terima kasih  tau korang sebab sudi baca sampai habis ❤

SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Alhamdulillah. Terima kasih atas peringatan. Ya Baari.

    ReplyDelete
  2. Tq for sharing DP.
    Alhamdulillah ramai yang amalkan zikir ni kan :)

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing kak DP. Insha Allah akan cuba amalkan

    ReplyDelete
  4. SITUASI APA PUN BERTENANG SELALU KAN

    ReplyDelete
  5. tq for the tips. apa2 pun , life moves on. kalau kita stress / marah2 pun, kita je yg tak best. baru2 ni belajar kalau tgh nak marah tu, tarik nafas dalam2 and count backward 10 to 1. semoga lebih tenang 👍🏻

    ReplyDelete
  6. insyallah kita pun kena cuba jgk ni...

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE