Hari ni aku nak share pasal '3 Hotel Best di Port Dickson Yang Ada Pantai' sebab ramai yang tanya 'hotel apa yang ada pantai yang best kat PD'.
So, aku rasa lebih baik aku share kat blog, sebab orang lain pun boleh dapat info ni jugak.
Aku selalu jugak ke Port Dickson (PD). Bulan Disember ni pun ada plan nak bercuti kat PD. Sebab PD ni destinasi percutian yang ada 'pantai' yang dekat dengan KL. Kalau nak pergi pantai dalam Selangor tak best sangat macam kat PD.
Jadi, inilah dia 3 hotel paling best di Port Dickson yang ada pantai :
1. Avillion Hotel
Avillion hotel ni bagi aku lagi best dari Lexis Hibiscus, cumanya dia tak ada 'private pool' jer. Kat sini ada 2 swimming pool untuk orang dewasa dan 1 pool untuk kanak-kanak.
Pastu ada tempat main bola tampar, ada badminton court, nak main sepak takraw atau sukaneka pun boleh dan yang bestnya ada 2 pantai kepunyaan hotel ni. Boleh mandi anytime jer.
2. Lexis Hibiscus Hotel
Hotel ni yang bestnya ialah dia ada 'private pool'. So, semua orang teruja nak stay kat Lexis Hotel ni. Kat sini memang ada pantai dan macam-macam aktiviti kita boleh buat kat pantai tu, nak main banana boat pun boleh.
Selain tu, hotel ni ada fire show bila malam minggu. Dan untuk yang ada anak-anak kecik, ada kids indoor platground.
3. Thistle Hotel
Hotel ni pun best jugak cumanya tak se'best' macam 2 hotel kat atas ni. Hotel ni ada private pool dan ada 2 swimming pool. Kalau nak buat apa-apa event kat swimming pool pun boleh. Dan ada jugak kids-club.
Boleh baca entri aku pasal Hotel Thistle ni kat sini - 'https://www.dorsettpink.com/2015/12/hotel-review-thistle-hotel-port-dickson.html'
Semua hotel-hotel ni boleh booking kat website booking.com
Selamat bercuti ya guys 😊.
Yang tak best adalah hotel yang kena seberang jalan baru boleh mandi laut..haha
ReplyDeletekak ana pun kalau nak stay kawasan laut ni akan cari resort tepi pantai dengan private beach nya
ReplyDeletebanyak kali g PD kita g homestay je, tak pernah merasa lagi tidur hotel. nanti kena try ni
ReplyDeletelamanya tak jenjalan di PD...
ReplyDeleteAvillion hotel tu cantik. Suka.
ReplyDelete