5 Cara Paling Senang Bersedekah Ketika Travel

in , , by dorsett pink, December 02, 2021

Orang kata kalau kita travel atau bermusafir, DOA kita senang dimakbulkan kan? 

Aku rasa kata-kata memang betul sangat-sangat. Sebab setiap kali aku travel, macam senang jer aku dapat apa yang aku nak. So korang, jangan lepaskan peluang untuk doa banyak-banyak masa travel, tak kiralah travel dalam negara ataupun ke luar negara, sama jer. Tak kisah di mana kita berada, Allah sentiasa mendengar permintaan hamba-NYA.

Doalah apa sahaja - doa dapatkan jodoh ke, doa nak dapatkan anak ke, doa nak siapkan PhD ke, doa nak naik pangkat ke, doa nak beli kereta besar ke, doa nak beli rumah ke, atau apa-apa jer. InshaAllah Allah mendengar hajat kita.

Dan sebagai 'BOOSTER' untuk buatkan DOA kita tu lebih dimakbulkan Allah ialah dengan cara - BERSEDEKAH KETIKA BERMUSAFIR.  

https://www.dorsettpink.com/2021/12/cara-senang-sedekah-masa-travel.html

So, kat sini aku nak share dengan korang 5 cara paling senang untuk bersedekah ketika kita travel : 

1. Senyum

Senyum itukan sedekah. So, senyum je kat semua orang yang kita jumpa sepanjang kita travel, baik kakitangan hotel, pemandu bas, cleaner dan peniaga di tepi jalan atau sesiapa sahaja. Kalau orang yang kita jumpa tu orang Muslim, kita bagi salam kat dia. Senang kan?


2. Sedekahkan hadiah atau  makanan dan minuman pada cleaner atau kakitangan hotel. 

Ini pun senang, sebab kita hari-hari akan balik hotel. So, belilah makanan atau minuman lebih, tak pun belikan apa-apa hadiah kat kedai dan bagi pada staff hotel ni samada pada staff houseeping, guards, atau staff di kaunter reception sebagai hadiah, diaorang pasti happy sebab guest mereka 'appreciate' kerja mereka. 


3. Sedekahkan DUIT pada pekerja hotel.

Bawaklah duit lebih sikit masa travel tu, dan sedekahkan pada pekerja-pekerja hotel ni duit atau lebih dikenali sebagai 'TIP'. Diaorang happy punyalah sebab gaji diaorang kecik jer. 


4. Sedekah duit pada masjid atau surau.

Masa travel, kita kan selalu singgah kat mana-mana surau atau masjid kan? Jangan lupa sedekah duit pada tabung surau tersebut mengikut kemampuan kita. Kalau mampu RM 1, sedekahlah 1 ringgit, kalau mampu RM 10 sedekahlah RM 10.


5. Sedekah duit atau makanan pada 'cleaner' yang kita jumpa sepanjang kita travel.

Pasti kita akan terjumpa cleaner sepanjang kita bercuti atau travel, samada jumpa kat shopping mall ke, terjumpa kat pasar ke, terjumpa kat 'zoo' atau tempat tumpuan pelancong ke, atau kat airport ke, ataupun kat stesen bas. 

So, bila terjumpa mereka ini, senyumanlah pada mereka dan sedekahkan duit atau makanan atau minuman atau apa-apa hadiah sekalipun. Cakap pada mereka - 'ini hadiah untuk akak/abang'. Jangan cakap 'sedekah' tapi cakap hadiah . Senang kan? 

Sedekah duit tu ialah mengikut kemampuan kitalah. Kalau kita ada lebih, bagilah lebih. Allah tak menilai nilai sedekah, tapi Allah menilai keikhlasan hati kita. 

Kita sedekahkan ni semua kepada orang lain ialah untuk buatkan mereka happy. Kita happy tak kalau orang bagi hadiah kat kita? Tambah pulak orang tu ialah orang yang kita tak kenal. Lagilah super-duper happy kan? 

So, bila kita berjaya buatkan orang gembira, nescaya Allah akan tambahkan lagi nikmat kita dan sekaligus buatkan kita gembira juga 😊.

SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Terima kasih beri tips begini. Tidak kisah melancong dalam atau luar negara.

    ReplyDelete
  2. tengkiu bagi ingatan...
    insyallah bole la start sedekah lepas ni ms travel... :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih perkongsian. In sya Allah PC amalkan.

    ReplyDelete
  4. bersedekah mempermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  5. Setuju.. Dan bersedekah tak kira dimana kita berada.

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE