Tuesday, December 28, 2021

Darurat Banjir 2021 di Selangor Tahun 2021 | Menziarah Rumah Blogger Saidila & Sue Izza

Tanggal 18 Disember 2021 menjadi detik bersejarah buat Malaysia, bilamana Negeri Selangor dilanda banjir

Start dari Hari Jumaat (17 Disember 2021), hujan start dari pagi tak berhenti-henti smpai ke malam. 

Malam tu aku dah risau, bukan risau pasal aku, tapi risau dengan tempat-tempat lain especially kat rumah lama aku dulu. Aku dah pernah kena banjir tahun lepas, so bila hujan je aku jadi takut dan fobia. 

Aku siap cakap lagi kat Kakak FL "hujan lebat dari pagi tadi, kalau esok hujan tak stop jugak mahu banjir KL ni". Tengok-tengok bukan KL yang banjir tapi Selangor. huhu. 

Malam hari Sabtu tu (18 Disember 2021), aku keluar pergi KLCC kejap dan jalan-jalan kat sekitar KL. Masa tu kitaorang staycation kat Bukit Bintang, Kuala Lumpur, celebrate annivesarry kitaorang. Hujan memang lebat, nak berjalan pun 'jem'. Tepat jam 12 malam hujan berhenti. Leganya lah. Syukur sangat. Sebab masa tu tengok Facebook, dah banyak tempat yang naik air. 

Andaikata kalau hujan tak berhenti lagi jam 12 malam tu, aku boleh bayangkan banjir kat Selangor ni lagi teruk dari apa yang terjadi minggu lepas. 


Ni keadaan kat rumah Blogger Kak Saidila (saidila.com) lepas banjir hari tu. Aku snap sendiri gambar ni. 

Masa hari Sabtu tu waktu maghrib, Kak Saidila bagitau air kat rumah dia dah start naik. 

Makin lama, air makin tggi dan cepatnya air naik. Dia minta tolong kat Facebook dan kat dalam Group Whatsapp mintak tolong selamatkan diaorang, diaorang terkandas kat rumah. 

Dalam jam 9-10 malam macam tu kot, air dah tinggi sangat dan langsung tak ada bot penyelamat yang datang. Aku rasa uselesss masa tu sebab tak mampu nak tolong kawan sendiri. Pastu Kak Saidila dan keluarga diapergi selamatkan diri kat dalam stor/gudang kat area belakang rumah diaorang, stor tu kawasn tinggi, tapi air tetap masuk dalam stor. 

Last option, kalau air makin naik kat dalm stor tu, diaorang terpaksa panjat bumbung untuk selamatkan diri. Yang lagi sedih, ada orang tua keluarga Kak Saidila yang uzur dan lumpuh 😢.

Dalam Jam 1 pagi, baru dia sekeluarga dapat diselamatkan, ada orang kampung datang dengan bot tolong. Kalau nak harapkan agensi kerajaan, sampai air surut pun tak ada yang datang. 

Aku dah pernah rasa 'sakit hati' tu masa rumah aku banjir tahun lepas. 3 kali call 999, berjawab dan disuruh bersabar tunggu bantuan, 'bantuan akan sampai', katanya. Tapi smpai air dah surut, sampai rumah aku dah bersih pun tak ada sorang BOMBA pun yang datang. So, dah boleh agak apa yang bakal berlaku.

Lepas banjir hari tu, aku cuba luangkan masa untuk ziarah Kak Saidila dan sorang lagi blogger Kelab Blogger Ben Ashaari - Sue Izza (www.sueizza.com) .

Ni rumah Sue Izza lepas banjir hari tu.



 Ni rumah Sue Izza lepas banjir hari tu. Rumah dia naik air sampai paras betis. 

Bersama dengan Blogger Abe (motifviral.com), Ummi Nani dan Sue Izza.

Aku bawak anak-anak pergi shopping barang keperluan untuk diaorang hari tu hari tu. 

Jiran-jiran turut sama menyumbang

Ni kat area rumah Kak Saidila


Ni rumah Kak Saidila. Habis sekelip mata, air naik sampai ke siling. Tinggal sehelai sepinggang jer. Luluh hati aku tengok. Kereta pun habis masuk banjir.


Ini mak mertua Kak Saidila. Dia terus guna barang-barang yang aku bagi hari tu macam tuala, kain batik, t-shirt.


Ini kucing Kak Dila yang selamat masa banjir hari tu. Kak Dila bagitau jauh kucing ni berenang hari tu untuk selamatkan diri. Kalau tengok mata kucing ni, macam dia takut jer. 

2 orang lelaki tu anak Kak Tati Mansur (www.tatimansur.com)
Seronok Leeya main dengan kucing kat rumah Kak Dila hari tu. 


Pesan aku, berhati-hatilah semua masa musim hujan ni. BE PREPARED! Sediakan life jacket dan beg kecemasan kat dalam rumah, in case rumah banjir. Banjir ni tak terjaga. Aku pernah kena, so aku belajar dari kesilapan aku yang lepas - aku tak ada life jacket dan tak sediakan 'emergency bag' yang ada stok makanan. 

Tengok saja apa yang berlaku kat Selangor minggu lepas, ramai yang terkandas dan kelaparan, sampai ada yang pecah masuk kedai untuk curi makanan hanya untuk teruskan kehidupan.

So, you all yang belum lagi ditimpa banjir, prepared dulu siap-siap. Ingat kata orang tua-tua 'sediakan payung sebelum hujan'.

Aku doakan agar tak ada lagi banjir besar lepas ni macam minggu lepas. 

10 comments:

  1. sian kan.... ramai juga staff kat opis hilang rumah sekelip mata je area langat aritu..
    allahu tak tau nk cakap camne...! Semoga takde lagi banjir cam aritu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat. kesian sangat. Sekelip mata jer hilang harta benda

      Delete
  2. Memang simpati melihat kepayahan mangsa2 banjir besar di Selangor dan Pahang tu

    ReplyDelete
  3. Sayu sangat-sangat. Kawan PC pun ada juga yang terlibat dengan banjir ni. Air cecah ke bumbung rumah dan sampai sekarang masih mengemas rumah. Betul, kena sediakan keparluan lebih-lebih lagi setiap hujung tahun.

    ReplyDelete
  4. sedihnya tengok kesusahan mangsa banjir..kejadian yg dijangka n alaminya pertama kali. rumah kak kat phg setiap tahun banjir sudah siaga barang2 disimpan tinggi..almari semuanya plastik ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap tahun banjir? huhu. betul, dah kena siap siaga jer bermula dari sekarang.

      Delete
  5. Sedih tengok keadaan mereka. Terpaksa start all over again
    Moga Allah ganti apa yg hilang dari mereka dgn yg lebih baik aamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, sedih snagat, Hopefully tahun 2022 tak terjadi lagi sepertu tu

      Delete