Aku dulu pernah kerja kerajaan. Kerja jadi Pegawai Perancang Bandar, Gred J41.
Cita-cita aku yang sebenarnya ialah nak menjadi usahawan. Tapi sebelum jadi usahawan, aku nak belajar buat PhD dulu, ak dapatkan Sijil Doktor Falsafah dulu, then lepas tu baru aku nak proceed jadi businesswoman. Memang langsung tak ada impian nak kerja sebagai penjawat awam.
Tapi tak disangka, aku dapat tawaran jadi penjawat awam. So, aku grab lah rezeki masa tu sebab memang betul-betul nak gunakan duit masa tu. Dengan harapan, aku akan berhenti kerja selepas 3 bulan. Tup-tup aku berjaya kerja kat Jabatan Kerajaan tu sampai 4 tahun, then lepas tu baru aku resign.
4 tahun tak lah lama sangat kerja tu. Walaupun tak lama, cukup buatkan aku rasa menyesal bekerja sebagai penjawat awam tu.
Even sampai sekarang pun kalau aku ingat balik waktu aku kerja dulu, aku menyesal. Tapi aku cuba untuk berfikir positif, dan buang jauh-jauh perasaan menyesal aku tu.
Sebab apa menyesal? Antara sebabnya ialah :
1. Sebab aku tak nak pun kerja dalam bidang teknikal terutamanya bidang aku sendiri - Perancangan Bandar.
Sebab skop kerja bidang ni hectic, dan ko kena bekerja dari pagi sampai malam. Masa kat universiti kan, kena selalu stay up kat studio siapkan projek yang lecturer bagi. Rupanya lepad dah grad pun sama jugak. Sebab tu dulu masa aku kerja, aku kena selalu bawak balik rumah kerja tu. Tapi bila fikir balik sebenarnya kerja ni tak kan habis. Lagi kita rajin, lagi banyak kita tinggi chance kita untuk menjadi hamba pada kerja.
2. Kerja tak ada life - tak ada kehidupan peribadi, tak ada 'Me-Time'.
Orang kata kalau kerja government ni selesa, sebab boleh kerja 8-5 (8 am - 5 pm).
Tapi kalau kerja dalam bidang aku ni, tak ada istilah 8-5. Mungkin ada , untuk staff sokongan. Tapi untuk level pegawai, waktu balik selalunya lepas jam 5 pm. Kalau pergi outstation, lagilah kena tidur jam 12 malam atau 1 pagi. Tanyalah mana-mana pegawai yang sama bidang dengan aku sekarang, itulah lifestyle kerja diaorang walaupun kini dah tahun 2023. Life masa dengan keluarga tu, tunggu hari cuti panjang, bukan hari bekerja (weekdays) k.
Aku selalu kena kerja waktu weekend, especially bila pergi outstation, contohnya kena pergi meeting kat Kedah hari Ahad (sebab Kedah kerja hari Ahad). So, hari Sabtu aku dah kena gerak ke Kedah, Hari Ahad pergi meeting, so weekend aku habis macam tu je. Bila nak pergi dating nya?
Sebab tu ramai kawan-kawan kat ofis aku dulu tak berkahwin. Even pegawai-pegawai senior pun ramai yang tak bekahwin sampai pencen. Sebab kami tak ada masa untuk bersosial.
So, sebabkan aku nak ada life dengan family sendiri, aku pilih untuk resign. Aku decide nak resign pun masa aku bujang lagi. Aku cakap kat diri aku 'bila dah kahwin jer terus nak behenti', sebab aku nak bagi life aku pada family dan bukan pada kerja.
Pastu pulak, kerja sebagai Town Planner kat Public Sector ni, kena berpindah-randah setiap 3 tahun. Contohnya, tahun ni kerja di KL, 3 tahun lagi kena pindah ke Johor, 3 tahun lagi kena pindah ke Kelantan, 3 tahun lagi kena pindah pulak ke Melaka. Macam tu lah kerja hidup macam nomad sampai pencen.
Ada je pegawai-pegawai yang tak pindah-pindah ke mana-mana negeri, tu kira nasib baiklah. Tapi ia akan effect pada career path diaorang - lambat naik pangkat.
So, aku tanya balik kat diri aku - 'boleh ke hidup nomad pindah-randah macam tu dari muda sampai ke tua?'. Jawapannya tak nak. Dan aku menyesal kerja situ, sebab aku dah kena pindah ke Daerah Lenggong, Perak setelah 3 tahun bekerja di KL.
Ramai kawan-kawan aku yang dah ada family dan anak-anak masih kerja di situ , dan life diaorang kebanyakkannya kena PJJ dengan pasangan masing-masing. Dan itu ialah pilihan masing-masing untuk kelangsungan hidup.
3. Gaji sikit.
Pasal gaji ni, aku rasa semua penjawat awam gaji sama jer ikut gred masing-masing.
Aku kerja dulu hectic, kerja tak kira masa, dan aku bagi lebih 200%-300% hidup aku untuk kerja. Kerja 7 hari seminggu, tak ada weekend (kadang-kadang ada), selalu travel outstation sana-sini 4-8 kali sebulan. Tapi gaji yang aku dapat tetap sama banyak tu jugak, dan sama jer dengan orang lain. Errrrmm.
Dulu gaji aku RM 3000. Duduk kat KL, kerja kat KL, dengan gaji RM 3k tu aku digelar sebagai orang Miskin Bandar. Nak menyimpan duit pun tak cukup, apatah lagi nak membeli rumah. huhu.
4. Terdedah dengan toxic environment.
Kat tempat kerja aku dulu tu ramai yang suka mengumpat. So, secara tak langsung aku terdedah dengan persekitaran yang suka mengumpat. Dan jugak kat situ 'kuat menjilat'. Sesiapa yang suka 'jilat' atau bodek boss, boss suka lah. Macam aku yang tak pandai bodek-bodek ni, alamatnya ko bukan dalam list 'favourite staff', dan secara tak langsung, ko terpaksa menghadap kecaman dan menjadi bahan umpatan 😕. Bila buat silap sikit jer, terus kena kecam.
Orang lain yang menjadi 'favourite staff', buatlah salah macam mana pun, contohnya macam menular masa waktu office hour (bukan sekali 2 tapi banyak kali) , tetap tak kena kecam. Silap hari bulan, siap dapat Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) lagi. Ko rasa sakit hati tak bila tengok orang yang tak buat kerja sangat dapat APC ???.
5. Menyesal sebab tak gunakan waktu tu untuk menimba pengalaman sebagai usahawan.
Kan aku cakap cita-cita sebenar aku nak menjadi usahawan.
Sepatutnya aku kena bekerja dengan syarikat-syarikat kecik kat luar sana untuk belajar selok-belok dunia business. Tapi selama 4 tahun tu aku memilih untuk bekerja sebagai penjawat awam, jadinya aku dah membuang masa selama 4 tahun tu macam tu jer. Yang ni memang betul-betul menyesal.
So, sekarang ni lah, aku baru betul-betul nak belajar untuk menjadi usahawan - banyaknya 'try & error'. Dan harapnya ia masih belum terlambat.
***************************************************************************
Pesanan aku, untuk adik-adik yang nak mencari kerja, carilah kerja berdasarkan apa yang kita minat dan apa cita-cita kita. Tak semestinya kita kena bekerja berdasarkan apa yang kita belajar kat universiti.
Kerja sebagai penjawat awam ni memang secure dan selamat sebab korang tak kan dipecat. Malas macam mana pun, tetap tak kena buang.
Tapi kerja di sektor awam ni, walau kita rajin ke hebat ke perform ke bijak macamana sekalipun, kita tak boleh naik pangkat cepat sangat, kita kena tunggu turn kita untuk naik pangkat, kalau tak ada kekosongan, memang tak dapat la naik pangkat.
Tapi kalau korang betul-betul nak sangat kerja government, bila dah dapat kerja tu, kerjalah elok-elok dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Jangan curi tulang, rezeki kita tu ialah barakah.
Nak rezeki berkat, buat kerja elok-elok dan jangan mengumapat serta jangan buat kerja part-time. Nak buat parttime / side-income, tunggu habis waktu kerja dulu, dan jangan sesekali terlibat dengan RASUAH.
*********************************************************
By the way, kalau korang mencari SMART BLENDER yang serupa dengan THERMAL BLENDER yang tengah VIRAL tu, ini dia THERMAL BLENDER yang lebih murah. Function dia sama sebijik macam THERMAL BLENDER YANG TENAGH VIRAL tu. Tapi harga dia cuma RM 289.00, beli kat SHOPEE.
Baca review & testimoni, semua kata PUAS HATI & SERVIS DELIVERY yang sangat-sangat cepat. Seller dari Negeri Selangor jer.
Ini dia LINK UNTUK PEMBELIAN (Kat SHOPEE):
Teringin nak pencen awal hahaha... tp kang klu kakak ko benti keje awal sgt, nak makan apa hehehe.. sbb takde sape nak support diri kita selain diri sendiri ehehe.. so kita bertabah je la keje sampai orang tak nak dah kat kiita :D
ReplyDeleteAkak x leh kerja kerajaan, dalam ramai- ramai adik badik..adik bongsu je kerja kerajaan...akak dan yang lain2 semua kerja swasta...ntah x tau kenapa kami x mengikut abah..adik bongsu je
ReplyDeleteTengok bahagian apakan..yang ada senang senang sangat. Ada yang susah memang susah sangat.
ReplyDeleteakak lepas habis belajar dapat keje di badan berkanun lepas 3 tahun dapat kerja kerajaan tapi bahagian sokongan jelah, ikut pada di mana kerja yang dibuat dan jabatan yang kita duduki.
ReplyDeleteSebab tengok j41 di pejabat ni nampak rilex je, jarang la ada pertukaran. Kalau kerja outstation atau buat ot pun jenjarang je...
byk boleh belajar dgn pengalaman dp ni. mama tak penah jadi penjawat awam tapi ada beberapa perkara boleh agak feeling mcm ni.
ReplyDeletePerkongsian yang sangat menarik bagi saya yang bakal menempuhi laluan2 seperti ini
ReplyDeleteHarap dapat membantu
DeleteNext year genap 20 tahun saya kerajaan. Tengah berusaha untuk pencen awal hehe, doakan ya...aaminn
ReplyDeleteSkrg sy bkerja swasta kontrak gji dlm 2.8k..berbaloi x sy masuk krjaan tetap sbgai pmbantu tadbir.
ReplyDeleteTak berbaloi. Better kerja je kat private sebab peluang untuk awak dapat gaji lagi banyak tu tinggi. Yang penting, awak bekerja dengan jujur & bersungguh-sungguh & mantapkan diri dengan skill2 lain, InshaAllah akan datang awak akan menjadi rebutan majikan.
DeleteKalau awak kerja kat kerajaan sebagai pembantu tadbir gaji dia lagi sikit & selama-lamanya awak akan menjadi pembantu tadbir jer sampailah awak pencen, cuma advantagenya awak akan dapat pencen masa bersara nanti & kos perubatan awak ditanggung 100% oleh kerajaan di hospital kerajaan. Tapi kenapa ramai orang kerja kerajaan pun ambil insurans medical walaupun kos perubatan dah ditanggung?? haaaaa, mesti ada sebab kan?
Kalau kerja swasta awak ada EPF & Socso, Socso pun akan tanggung kos perubatan kita.
Saya skrg berkerja sebagai N41 pegawai tadbir di satu PBT di Kuala Lumpur. Kerja macam orang gila. Tambah pula nak melayan karenah menteri dengan dasar2 yang bodoh.
Deletenak tnya skit, kalau kita sakit yg memerlukan pembedahan, adakan kos pembedahan kerajaan akan tanggung 100% ?
ReplyDeleteKalau awak kerja kerajaan, yupe pembedahan tersebut ditanggung sepeuhnya oleh kerajaan di hospotal kerajaan cumanya kalau pembedahan tu kena masukkan besi atau peralatan lain ke dalam badan , besi tersebut perlu dibeli sendiri oleh pesakit.
DeleteSo, sebab tu perlu ada duit simpan yang banyak hatta kerja kerajaan sekalipun, takut perkara tak diingini berlaku di masa akan datang. Ada orang, diaorang ambil takaful, so kos membeli best atau peralatan lain tu syarikat takaful yang akan tanggung.
btw, terima kasih kerana sudi membaca artikel saya ini.
masa akak nak resign tu leceh x, saya sampai kena jumpa banyak boss macam susah plak nk letak jawatan ni
DeleteTak susah, senang jer. Boss luluskan jer. Sebab saya tak kerja kat HQ masa nak resign tu, saya kena pindah ke Majlis Daerah Lenggong. Scope kerja saya memang kena selalu pindah randah ke seluruh Semenanjung Malaysa. So, memang ramai office mate yang PJJ dengan suami dan anak-anak - kerana tugas, keluarga terpaksa di korbankan. Tak ramai yang sanggup berkorban berhenti kerja macam saya.
DeleteCumanya masa call SPA tu, pegawai SPA tu ada cakap la " awak tak menyesal ke nak berhenti? orang lain ramai nak kerja kerajaan, awak dah dapat kerja senang-senang jer nak berhenti". Lepas tu saya jawab "kalau pegawai kerajaan tak dipindahkan ke mana-mana negeri dan hanya berkerja di tempat yang ada family dia jer boleh tak? SO, saya tak yah la nak pindah-pindah dan tak perlulah saya berhenti kerja". Lepas tu SPA tu terdiam dan dia jawab "kerja kerajaan ni kena ikut 'Saya Yang Menurut Perintah' seperti yang tercatat dalam AkuJanji pekerja, so nak tak nak memang kena follow arahan". Saya jawab balik " OK baiklah kalau begitu, saya resign". hihi
Well said.. that’s the facts .. Sy baru nk resign setelah 17 tahun bertahan… hope next upcoming years will be good to me ..
ReplyDeleteInshaallah! May Allah ease your journey
DeleteSaya dapat offer ptpo n19.. Awak rasa berbaloi ke saya join goverment... Sekarang saya bekerja di company SME swasta.. Company counter gaji 3k..rasa awak.. Saya patut grab yang mana?
ReplyDeleteKalau awak tanya saya - kalau saya, saya stay jer kerja kat company SME Swasta tu dengan gaji RM 3000. Nanti kalau ada rezeki awak, BOSS boleh naikkan lagi gaji awak kalau awak bagus. Dn mana tahu 1 hari nanti, ada rezeki awak, BOSS awak tu bagi share dia pada awak. Rezeki sungguh kan? Tapi dengan syarat - bekerjalah bersungguh-sungguh, ikhlas dan tak berkira. Boss suka pekerja yang berdedikasi. Nanti mana tahu awak akan dapat bonus 10 bulan gaji.
DeleteLepas tu pulak, bila awak bekerja swasta ni, awak kerja sungguh-sungguh, perbaiki skill yang awak ada, nanti awak boleh demand gaji dengan syarikat lain. Tak ada lah gaji awak stick di takuk yang sama jer sampai awak pencen.
Tapi kalau awak kerja gomen, awak bagus ke , awak buat kerja bersungguh-sungguh ker, gaji awak tetap banyak tu juga dan sama jer dengan gaji dengan orang yang tak buat kerja sangat a.k.a pencuri tulang. Lepas tu pulak, bonus yang awak dapat sama jer nilainya dengan bonus yang kawan sekerja awak yang banyak curi tulang tu dapat.
Awak rasa adil ke macam tu? Tak semua jabatan kerajaan ada pekerja yang curi tulang tapi kebanyakaannya ada. Dan kenaikkan gaji awak setiap tahun tetap - increase secara konsisten setiap tahun dan bukan ikut pretasi kerja awak. Kalau awak cemerlang, nanti awak dapatlah Anugerah Khidmat Cemerlang APC , dapat duit tunai RM1000, itu jer lah ganjarannya.
Kerja swasta pun ada yang curi tulang, tapi kalau curi tulang, nanti senboss senang jer nak buang.
saya sebelum ni kerja as technician aircond gaji rm2kxx now baru masuk ke kp19 and sejak lapor diri di negeri terlalu macam2 timbul bunyi like rasuah , itu ini . so saya jadi cam tak berapa selamat . saya masuk kerajaan bukan atas kehendak sendiri . saya diibaratkan ikut ja atas kehendak mak ayah . padahal saya yang menanggung semua tu . pendapat puan , saya bercadang ingin letak jawatan sementara belum tetap lagi jawatan sekarang jadinya tiada masalah dengan jabatan kan ? cuma saya baru ja lepas angkat aku janji tu . bagi saya pihak jabatan tiada kuasa menghalang kita untuk berhenti berkhidmat . betul ? bole bagi pandangan dan cara yang betul untuk menyelesaikan masalah ni sebab saya kalau boleh planning berpatah balik ke kerja lama saya .
ReplyDeleteSaya baru lapor diri seminggu pun dah tak tahan dengan layanan staff . Tambahan pula saya staff awam berkhidmat dengan satu badan uniform. Dalam kepala fikir nak berhenti saja
ReplyDeleteSaya baru shj dpt N19..tulah berbelah bagi nk pergi ke tak..org kata keje gomen stabil..kerja skrg gaji dh RM3+++benefit pun ok..bos ok..teammate ok..mula2 fikir nk jer pergi kerajaan..start jela baru dari bawah blk..bila terbaca komen dlm rasa ni scary jgk bila msk gomen..indah khabar dr rupa..maybe ni salah satu petunjuk solat istikharah saya🌹
ReplyDeleteAlhamdulillah. semoga terus maju jaya
DeleteSaya dah 3 tahun kerja kerajaan. Saya pun mula rasa mcm menyesal sebab kepuasan tu mcm takde dah. walaupun dapat kerja dalam bidang yang saya pelajari tapi kerja kerajaan ni budaya dia lain, nak naik pangkat pun susah, umpama mcm perkembangan kerjaya takde. nk pindah susah, entahlah. rasa mcm terperangkap pun ada. apa lah saya perlu buat ni.. hmmmm
ReplyDeletesaya dah 11 tahun kerja di sebuah IPTA, umur 33, keje dari umur 22 tahun, gred 19, lepas saya baca apa puan tulis, saya rasa ni terjadi pada saya, saya memang tak happy dah kerja, saya bercadang nak unpaid leave dulu, sebab suami saya masih was-was untuk benarkan saya resign, sebab dia masih risau kalau dari segi kewangan, mohon doakan saya ye, saya memang taknak kerja dah dekat sini, ada kawan terdekat kata rugi menyesal nanti. saya nak buat side income lain atau kerja lagi flexsible.
ReplyDeleteyang kental saja boleh tahan kerja gomen..
ReplyDeletecontoh pengalaman aku 2 tahun kerja di gomen,hari hari kene hadap umpatan makcik dan pakcik bawang,walaupun kau tak kacau orang .
mesti ada saja point yang mereka cari untuk kau dijadikan bahan umpatan..tak kisah pasal kerja atau pun hal pribadi korang.
Seterusnya,kalau kau tak sebulu dengan orang lama ,hati hati la ye..kebarangkalian untuk kau dipulau dan dilayan seperti pendatang asing amatlah tinggi(walaupun senior tu kaki ponteng ,curi tulang) .
Dan yang penting dalam gomen banyak kroni cam tah*.
Haha. Sy baru je dapat taraf pencen. kwsp baru kuar tau. Tp insyaAllah hujung tahun sy tender resign. Bukan tak seronok. tp rasa lebih seronok kalau pagi2 tak kelam kabut urus anak dan suami. Sbb suami sjk sy kje gov mcm dy pula mngurus smua hal. Sy pula xde masa. Kalau time kne kursus. hujung minggu hilang bgitu je. tak dpt gaji overtime pun. Kalau swasta bleh juga claim overtime kan haha . so sy decide utk bhnti dan blajar bsnes yg sy minat
DeleteTerima kasih atas nasihat dan pandangan.. saya kini sedang dlm fasa unpaid leave dan saya telah hantar surat utk pencen awal. Saya nak luangkan masa dengan family.. mak ayah yg semakin tua dan kurang sihat.. menguruskan anak sendiri..
ReplyDeleteSemenjak saya unpaid leave .. Alhamdulillah walaupun tak semewah masa kerja dulu.. rutin harian telah berubah.. lebih baik.. hubungan suami isteri semakin baik.. syukur.. pelajaran anak2 semakin baik.. hari2 masak.. dah tak beli mknn luar. Libatkan diri dengan NGO khidmat pd masyarakat rezeki? Jgn risau.. kita adalah hamba pada yg Maha Kaya . Mintak kecukupan pada yg Maha Kaya .
Terima kasih atas feedback yang diberikan. semoga Allah melimpahkan kurniaan rezeki yang melimpah ruah untuk tuan /puan.
DeleteAssalamualaikum Kak sy Nak tnya. Klau sy apply sebagai penolonhg pegawai perancang Bandar okay ke? Now sy Ada ijazah. Cuma jawatan kekosongan untuk pegawai tiada. Currently klau sy apply untuk timba pengalaman dlm 2 tahun cmtu then sy plan untuk smbung ke swasta balik. Akak Ada pendapat ke untuk situasi sy?
ReplyDeleteOK sangat untuk timba pengalaman. Nanti bila ada kekosongan jawatan pegawai, awak apply lah jawatan pegawai. So nanti bila bekerja sebagai pegawai, at east you dah ada pengalaman bekerja sebagai penolong pegawai town planning. Ramai jer pegawai perancang bandar yang buat macam tu, ada tu apply menjadi technician dulu walaupun dah ada degree atau master. and slowly diaorang naik pangkat mengikut kekosongan jawatan, dan bila diaorang menjawat jawatan sebagai pegawai diaorang menjadi pegawai yang bagus dan cekap sebab dah faham task kerja orang bawahan macam mana.
DeleteZaman sekarang ni jangan memilih kerja. Kerja je apa yang ada, yang mengikut minat kita. Ketepikan dahulu kualifikasi akademik, janji timba pengalaman sebab experience sangat penting untuk mendapat jawatan yang lebih besar (termasuk gaji yang besar). Experience is the best teacher.
Even Jack Ma pun ada pesan untuk bekerja menjadi kuli dahulu bila habis belajar (graduate) walaupun tak dibayar gaji.
Saya baru sebulan kerja kerajaan dah rasa nak berhenti. Suami pun setuju untuk saya berhenti sebab dia pun rasa terkejar2 semenjak saya kerja kerajaan. Tapi tu lah, ramai yang kata rugi sebab dapat saya masuk ni dah status tetap. Dilema ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDeleteHi. I am muna. Rindu kat Cik Intan.. bencilah lenggong. tpi jgn benci kawan2 d lenggong yg Baik MCM Saya ye .
ReplyDelete