Macam Mana Nak Bagi Mereka Dengar Cakap Mak Ayah?

Hye guys, hari ni aku nak share pasal salah satu perangai budak-budak zaman sekarang iaitu susah nak dengar cakap mak ayah. 

Bila mak ayah suruh buat apa-apa, diaorang tak buat atau buat tak tahu jer ataupun menangguh dengan alasan 'kejap-kejap', last-last tak terbuat pun. 

Ini termasuklah anak aku sendiri - Kakak FL. Yang si adik kecik lagi, so tak nampak lagi true colour dia. Tunggu sikit masa lagi. 


Sebelum -sebelum ni, Kakak FL ni jenis agak susah nak dengar apa-apa yang mommy dia cakap. Kalau ayah dia cakap tu, terus jer dia buat. Tapi kalau mommy, banyak betul alasan yang dia bagi, antaranya: 

'Kejap mommy'.

'Nanti mommy, nanti kakak buat'.

'Alaaaa, asyik kakak je yang buat'. 

'Kakak penatlah mommy, suruh adiklah buat'.

Dan lagi hebat - DIAM dan terus tak buat apa-apa.. Hebat sangatkan yang ni??

Agaknya sebab mommy ni baik sangat kot.  Abah dia agak strict, so tak berani lah nak main-main ngan abah. Kalau main-main ngan Abah nanti privillege kena sekat. Apa privillege nya? Antaranya ialah macam beli toys, cuti-cuti kat hotel, dan apa-apa jer yang menggunakan duit. Kalau tak nak hilang semua privillege tu, janganlah buat perangai. 

Tapi Alhamdulillah, sekarang ni Kakak FL dah banyak berubah dan banyak dah improve tapi masih tak perfect lagi lah. Takpelah janji ada juga progress positf tu. Dan usaha akan diteruskan lagi sampai Kakak FL berjaya menjadi insan yang berjaya kelak. 

Kat sinilah aku nampak betapa pentingnya ILMU PARENTING untuk ibu bapa masa kini. Kita sekarang dah hidup di zaman millenium dan anak-anak kita sekarang banyak terdedah dengan dunia luar sebab hidup diaorang dikelilingi dengan internet dan gajet, especially masa waktu PdPR. 

Kita dah tak boleh ikut parenting skill dulu-dulu. Kita sebagai parents hari ini, kena sentiasa upgrade diri kita dengan ilmu sebab anak-anak kita lagi advance diri kita. So, banyak kelas parenting yang aku join samaada yang berbayar ataupun yang FREE. Berbayar pun takpe, sebab parenting knowledge ni ialah investment yang sangat-sangat berharga.


Contoh macam Kakak FL, dia lagi pandai edit video dari aku. Fuhh! Tercabar mommy. Tapi itulah hakikatnya. Diaorang dah advance. Even Leeya yang baru umur 3 tahun tu pun dah tahu macam mana nak tengok video kegemaran dia kat YouTube. 

So macammana dia boleh berubah?
Aku pergi ke kelas-kelas parenting dan aku cuba praktikkan ilmu-ilmu yang diajar tu. Alhamdulillah, berhasil. 


So, antara 9 TIPS Macam Mana Nak Bagi Anak-Anak Dengar Cakap Mak Ayah ialah : 

1. Bila kita bercakap dengan anak-anak, tundukan kepala kita supaya mata kita setentang atau sama aras dengan mata diaorang. 

2. Jangan menjerit, especially kalau kita duduk jauh dengan anak, macam sorang kat dapur, sorang kat depan. Sebaliknya, pergi dekat pada anak atau suruh anak datang kat kita, dan bercakap dengan anak kita tu perlahan-lahan denagn itonasi biasa-biasa jer. 

3. Jaga 'eye-contact' dengan anak-anak sebaik-baiknya. Bila anak-anak bercakap dengan kita, pandang tepat ke matanya dan beri sepenuh perhatian apa yang diaorang bagitau walaupun mungkin benda yang diaorang cakap tu dah 1000 kali dah kita dengar. Takpe, just listen kalau kita nak mereka 'listen' pada kita. Andai kata kalau masa tu kita tengah buat kerja kat laptop, bila anak datang, stop dulu kerja kita dan tengok anak 'mata -ke-mata ' gitu. 

4. Bermain bersama-sama. Kita cuba masuk dalam dunia diaorang dan bermainlah dengan diaorang tanpa ada gangguan telifon, TV atau gajet-gajet lain.

5. Makan bersama-sama. Masa waktu makan,makan bersama-sama di meja makan dan jangan bagi makan asing-asing, contohnya anak no.1 makan depan TV, anak no.2 makan kat dalam bilik, anak no.3 makan lambat lagi,  last-last tinggal mak ayah jer berdua makan kat meja makan. Bila makan bersama-sama, kita bolehlah bertukar-tukar cerita kat meja makan tu. 

6. Bawa anak-anak pergi bercuti. Yang ni aku selalu buat purposely memang untuk bonding dengan diaorang. Masa bercuti tu, kurangkan masa kita dengan gajet dan bagi sepenuh perhatian kat diaorang.


7. Puji anak-anak. Kalau anak-anak buat sesuatu yang bagus ataupun mungkin cuma 'well-behave', kita puji diaorang. Contohnya, kita cakap 'baguslah kakak hari ni, kakak behave je hari ni, mommy happy tengok kakak macam ni, kakak baik sangat' - smabil peluk dia. Mesti dia suka, sebab budak-budak kan suka pujian. 

8. Ucap 'terima kasih'. Kita ucapkan terima kasih kat diaorang bila diaorang buat sesuatu yang baik. Contohnya macam Kakak FL basuh pinggan hari tu, so mommy pun cakap 'terima kasih kakak, kakak tolong mommy basuh pinggan hari ni'. 

Aku jugak cakap terima kasih kalau dia berjaya baca buku atau buat homework sebab aku berterima kasih pada dia sebab dia boleh berdikari dengan sendiri tanpa perlukan bantuan mommy. Aku cakap macam ni 'Terima kasih kakak, kakak buat homework hari ni. Mommy tak suruh buat pun, kakak pandai buat sendiri'. 

Ataupun kalau dah habis makan atau minum air, aku ajar anak-anak suruh cakap 'Terima kasih Allah!', sebab Allah dah bagi kita rezeki hari ni.

Bila selalu kita cakap terima kasih, diaorang akan rasa dihargai dan diaorang pun dapat belajar dari situ - selalu ucapkan terima kasih tanda kita syukur. 

9. Minta Maaf. Kalau kita buat salah, cepat-cepat kita mintak maaf dari anak-anak. Jangan ada ego dan rasa kita tak patut ucapkan perkataan maaf. Bila anak-anak nampak dan rasa kita ni jenis lembut hati, diaorang pun akan senang nak ikut cakap kita. 


Aku harap perkongsian ni membantu korang kalau korang anak-anak korang ada masalah macam aku. Artikel ni tak sempurna, tapi aku harap ia dapat beri manfaat kat korang sikit- sebanyak. 

Aku bukanlah ibu yang sempurna dan hebat, tapi aku nak berusaha untuk menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak aku.

Perjalanan aku masih jauh, ada banyak lagi benda yang aku kena belajar dan perbaiki. Doakan aku ya. Terima kasih =)).


SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Ilmu yang bermanfaat ni DP. Boleh sy praktik untuk anak sulung saya juga nanti. Terima kasib DP

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ilmu parenting perlu diketahui ibubapa

    ReplyDelete
  3. akak pernah pergi kursus pasal parenting, memang tips di atas antara yang wajib di ingatkan pada ibu bapa untuk jadi kawan baik dengan anak... tak boleh nak marah kalau marah lagi lah anak-anak tak nak buat

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE