TIPS PENJAGAAN MATA ANAK-ANAK WALAUPUN MEREKA SUKA TENGOK GAJET

Guys, aak-anak korang suka tengok gajet tak? 

Anak aku suka sangat. Pantang di 'offer', 10 tangan dihulurkan. 

Mana ada budak yang tak suka tengok handphone dan gajet kan? Sedangkan kita orang dewasa pun suka tengok telifon, inikan pulak budak-budak. Lebih-lebih lagi masa zaman PKP ni. Dengan PdPR setiap hari, memang peluang terbentang luaslah untuk diaorang main gajet. 

Aku tengok masa PKP ni, mak ayah nak displinkan anak-anak dengan penggunaan gajet ni pun susah. Sngat-sangat mencabar. 

Dan kajian menunjukkan, budak-budak sekarang spend masa untuk tengok gajet ni lebih dari 3 jam sehari. Fuhh! Lama jugak tu kan?


Hati-hati korang, sebab mata anak-anak ni masih fragile. Mata tu kita nak guna lama, sampai ke akhir hayat mereka. So, dari sekarang kita kena jaga mata diaorang supaya kekal sihat dan tak buta. 


Antara kesan-kesan buruk pada mata anak-anak sebab lama sangat tengok gajet ialah:

1. Saraf belakang mata boleh koyak dan boleh buatkan mata menjadi buta. 

Ini terjadi sebab bebola mata kita ni makin lama makin panjang dan ia akan berhenti memanjang pada umur 13 tahun. Kalau lama sangat tengok gajet, bebola mata tu akan meregang dan lama-kelamaan saraf belakang mata akan koyak dan akhirnya boleh buatkan menjadi buta. 


2. Otot fokus pada mata tak stabil 

Mata kita ni ibarat 'LENS Kamera DSLR'. Bila lens berada dalam mode manual, ia akan mengambil masa beberapa saat untuk fokus pada objek supaya gambar menjadi 'sharp' dan ia tak kan automatik sekelip mata terus boleh fokus pada objek. Sebab tu kamera kena selalu hantar servis supaya ia tersentiasa 'terjaga dan tak rosak, jadi gambar yang diambil pun berkualiti'.  

Sama juga macam otot mata kita. Bila mata terlampau lama fokus pada gajet dan ia akan mengambil masa agak lama pada sesuatu objek lain untuk fokus. Dan lama-kelamaan,otot mata kita akan menjadi tak stabil. 



3. Mata menjadi cepat penat.

Pengunaan gajet dalam tempoh yang lama akan menyebabkan mata menjadi kering dan secara tak langsung mata menjadi penat.


4. Mata juling.

Ada seorang doktor mata share yang ada mata seorang kanak-kanak ni terlampau penat dan tak dapat nak control, bila ditanya dan diselidiki puncanya rupanya kanak-kanak ni selalu main game 5 jam sehari tanpa henti. Maksudnya dia main game tu straight 5 jam terus. 


5. Susah nak tidur (Insomnia).

Penggunaan gajet yang terlalu lama boleh menganggu hormon dalam badan kita yang menyebabkan kita akan susah nak tidur. 

***********************************

So, memang betul-betul bahaya tengok gajet lama-lama ni kat mata anak-anak kita.  

Tapi, dengan arus modenisasi dan pandemik zaman sekarang ni, nak tak nak, kita kena kawal diaorang untuk tengok gajet ni, dan ini antara TIPS-TIPS untuk jaga mata anak-anak tanpa tinggalkan pengunaan gajet :


1. Jangan tengok gajet lama-lama tanpa henti. 

Seeloknya, tengok sekejap dan rehat, pastu sambung tengok balik dan rehat. Sebab kalau tengok straight lama-lama, otot mata akan meregang. So, hadkan masa untuk anak-anak main gajet. Mungkin set masa 20 minit sahaja, lepas tu ajak diaorang buat aktiviti lain, lepas tu sambung balik tengok gajet 20 minit lagi macam tu. 

Ini salah satu aktiviti Kakak FL dan Leeya kat rumah. Diaorang suka sangat melukis dan mewarna.


2. Galakkan anak-anak untuk melakukan aktiviti 'outdoor'.

Sebab bila mata tengok alam semulajadi, terutamanya alam yang berwarna hijau, mata kita akan menjadi tenang dan lebih relax. 



3. Gunakan spek kanta khas bila anak-anak tengok handphone. 

Sebab kanta khas ni boleh membantu melindungi mata anak-anak dari cahaya yang boleh merosakkan mata. Yang ni kena tanya kat Kedai Cermin Mata 'apa kanta yang sesuai untuk kanak-kanak yang selalu tengok gajet', nanti diaorang boleh bagi jawapan. 

Yang aku tahu mungkin kanta jenis 'ZEISS MyoKIDS'. Tapi better korang tanya kat kedai spek tu sendiri.

Pergi jer ke Kedai Cermin Mata OPTOM kat Bandar Baru Bangi sebab diaorang memang pakar bab cermin mata anak-anak ni. Cermin mata Kakak FL pun aku dapatkan kat situ.


 

4. Gunakan spek mata yang punya kanta penapis cahaya biru (Anti blue-light glass)

Cermin mata anti-blue light ni tak ada power, cermin tu dapat cover mata anak kita dari terkena sinaran cahaya biru directly from screen. Boleh baca kat entri aku yang lalu pasal cermin mata anti-blue light ni kat sini - 'KAKAK FL GUNA CERMIN MATA ANTI BLUE-LIGHT MASA PDPR'.

5. Reward anak-anak. 

Buat sistem ganjaran / reward. Bagi diaorang hadiah bila diaorang berjaya kawal engok gajet tu. Hadiah tak semestinya kena yang gunakan duit jer, 'hadiah' bawak ke 'playground' atau ke 'swimming pool' pun anak-anak ah cukup happy


6. Buat 'check-up' mata anak-anak.

Korang boleh bawak anak-anak untuk buat check-up mata kat Kedai Spek. 

Nanti 11 Disember 2021 , Kedai Cermin Mata OPTOM ada buat rawatan percuma untuk anak-anak, rawatan khas yang diberi nama 'Kiddos Eyecare'. 

So mommies bawaklah anak-anak korang kat sana nanti, sebab ni FREE jer. Mata anak-anak kita ni nak pakai lama lagi. Better buat check-up sekarang, at least kalau ada apa-apa masalah kita boleh kesan awal. 

Untuk info lanjut, boleh contact kedai spek OPTOM : 

OPTOM Eyecare Bangi
Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, 
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor 
(Berdekatan Marrybrown)
Waktu Operasi : 9.00 am - 8.00pm (Setiap Hari)
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Memang bahaya bila selalu tengok telefon. risau rabun kan. kesan yang sangat tak elok utk anak2

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE