Thursday, January 27, 2022

Mata Cepat Rosak Sebab Selalu Tengok Handphone - 5 Kesan Penggunaan Gajet Pada Mata

Mata Cepat Rosak Sebab Selalu Tengok Handphone. 

Kita sekarang ni dalam zaman digital. Semua orang ada smartphone. So, setiap masa kita duk tengok smart phone. Macam-macam benda ada dalam handphone. Kalau hilang phone tu, memang tak keruan hidup kan? Sebenarnya kalautengok handphone lama-lama, boleh buatkan mata cepat rosak dan cepat rabun.

Aku ni sebenarnya memang dah rabun jauh. Tapi aku selalu tak pakai cermin mata sebab tak selesa kalau pakai spek lama-lama. 

Aku start pakai spek mas kat universiti - kat UiTM dulu-dulu. Masa tu dah tak boleh nak 'negotiate' dah dengan mata aku. Kalau aku tak pakai spek aku tak nampak apa yang lecturer tulis kat whiteboard. 

Aku perasan mata aku jadi rabun sebab aku dulu selalu membaca tak kira waktu. Even masa waktu maghrib atau waktu malam , dalam cahaya yang 'hidup segan mati tak mahu' pun aku tetap membaca. Sebab hobi aku memang suka membaca. Dulu-sulu orang tua dah pesan - 'jangan baca buku dalam gelap, jangan baca buku dalam gelap, nanti mata rosak'. Tapi tak nak dengar - ketegaq orang Penang kata. La ni, rasa la padah sendiri terpaksa pakai spek mata 😅. 

Ni rupa aku kalau pakai spek


Sekarang ni, aku pakai spek bila waktu belajar, tengok TV (sebab duduk atas sofa tak nampak cerita kat TV 😓) dengan waktu drive jer. Kalau dengar lecture, ke ceramah ke aku pakai jugak sebab kalau tak pakai nanti tak nampak muka penceramah tu. 

Ni rupa masa tak pakai spek mata. 


Aku tak suka pakai contact lens, sebab penakut yang amat! So, kalau terjumpa aku in person kalau aku tak senyum atau tak balas senyuman atau teguran korang mintak maaf banyak-banyak tau, sebab aku tak nampak. Kena tegur aku dekat-dekat baru aku perasan. Begitulah ragam orang rabun. 

Orang yang dah pakai spek mata ni kena hati-hati, kena jaga mata elok-elok supaya power tak naik dan naik lagi. Alhamdulillah poweraku tak naik-naik dah sejak 4-5 tahun lepas, maintain banyak tu jer. 

Orang yang tak pakai spek pulak, korang jagalah mata korang baik-baik, jangan sampai rosak dan rabun macam aku ni. Tak best tau kalau rabun, sebab kita kena bergantung kat spek. Pergi mana-mana kena wajib bawak spek  letak dalam handbag. Kalau tertinggal spek, nayalah. huhu. 

Hari Sabtu hari tu, kebetulan aku FREE. Biasanya Sabtu Ahad aku ada banyak aktiviti dengan family. So, aku pun joinlah dengar LIVE kat Facebook pasal 'Penggunaan Gajet di Pejabat : Kesan Pada Mata', di Facebook Page 'Bahagian Pembangunan Usahawan MARA'. Kalau nak tengok boleh klik link ni : https://fb.watch/aNZTMdwDzv/

Perkongsian secara 'live' oleh Pakar Mata dari OPTOM Eye Care


Aku ni suka jugak dengar LIVE, especially LIVE Ustazah Asma Harun. Dulu-dulu layan jugak LIVE MadamMU Pengasas NOIR dan Micheal Ang, sekarang tak suka dengar dah, malas! Tak pun aku layan LIVE Datin Isma. Kalau waktu aku FREE dan tengah layan handphone, aku memang join lah layan LIVE sesiapa yang tengah live masa tu.

Zaman sekarang ni lagilah lah susah nak kawal dari tengok handphone. Sebab kerja kita seharian memang kena tengok handphone, especially usahawan/blogger/ influencer. 

Usahawan (walaupun hanya menjadi dropship atau agent pun tetap digelar usahawan juga - sebab kena manage duit sendiri dan buat marketing sendiri) lagilah nak kena hadap media sosial siang malam. Pastu pulak, nanti orang DM-PM-Whatsapp nak beli produk kita. So, memang kena layanlah. Kalau lambat jawab DM nanti customer merajuk. Jadinya, mata kita memang selalu terdedah dengan skrin telifon. 

Even orang yang kerja pejabat pun, selalu tengok komputer, pun sama kesannya macam tengok handphone jugak. Ataupun orang yang selalu tengok TV atau main GAME, pun sama - mata jadi cepat rosak dan cepat penat. 

Kajian menunjukkan Rakyat Malaysia spend masa di internet hampir 6 jam setiap hari. Maksudnya kebanyakkan orang spend masa layan internet 6 jam sehari paling minima. Banyak tu!.

Ini 5 kesan pada mata akibat tengok gajet terlalu lama : 

1. Power spek mata akan naik. 
Bila power spek makin naik, sebab saraf belakang mata boleh terkoyak dan akhirnya boleh buatkan mata jadi buta. So, bagi orang yang kerap tengok komputer atau gajet, elok buat pemeriksaan mata selalu.  



2. Otot fokus mata kuat bekerja
Otot mata kita ni macam kamera DSLR atau kamera handphone. Perasan tak, kalau kita ambik gambar guna kamera, lens kita tu ambil masa beberapa saat untuk fokus pada subjek yang kita nak snap? 

Sama juga macam mata, kalau kita kerap sangat tengok handphone, otot fokus mata kita yang macam lens kamera tu akan ambil masa untuk fokus. Bgi orang yang tak ada masalah mata, otot fokus tu tak kuat sangat bekerja. 



Tapi untuk orang yang punya masalah mata,  otot mata akan lagi kuat bekerja. Lagi lama hadap handphone, lagi lama otot mata nak fokus. So, ia akan menjadi tak stabil. Bila otot mata tak stabil, mata kita susah nak fokus. Sama macam kamera, kalau lens dah rosak, jawabnya kena beli lens baru kan?

3. Mata menjadi cepat penat
Sebakan tengok komputer atau handphone lama sangat, mata menjadi cepat penat, dan akibatnya ia akan menggangu kerja seharian kita. Sebabnya bila mata penat, kita tak ada mood nak buat kerja. Bila kerja tertangguh , of course lah ia effect pada produktiviti kerja kita. 


4. Mata jadi juling 
Ada seorang doktor mata share yang ada mata seorang kanak-kanak ni terlampau penat dan tak dapat nak control, bila ditanya dan diselidiki puncanya rupanya kanak-kanak ni selalu main game 5 jam sehari tanpa henti. Maksudnya dia main game tu straight 5 jam terus. 



Apa rawatan untuk mata juling? 

Firstly, kena jumpa pakar mata dulu. Bila dah buat pemeriksaan, Pastu Pakar Mata akan bagi spek mata khas, ataupun buat  pembedahan. Tapi tak semua patient akan buat  rawatan yang sama, ia depends pada kondisi pesakit. 

5. Susah nak tidur malam
Ini bahaya. Sebab boleh buatkan seseorang tu dapat penyakit Insomia. Sebab bila kita na tidur, badan kita secara automatik akan keluarkan hormon Melotonin , iaitu hormon tidur.

Kenapa bila tengok handphone susah nak tidur? 
Sebab bila kita tengok handphone 2 jam sebelum tidur, handphone ni akan keluarkan cahaya biru yang terpapar kat skrin handphone. Dan cahaya biru (blue light) akan menggangu pengeluaran hormon tidur tersebut, so buatkan kita susah nak tidur. 

Bila dah selalu sangat tidur lambat, kita akan dapat penyakit Insomia. Bila dah dapat Insomia, kena merawat pulak dengan Pakar Psikologi. huhu. 

So, untuk mengatasi masalah ni, kita kena pakai spek mata 'anti blue-light rays'. Spek mata anti blue-light tu boleh dapatkan kat Kedai Cermin Mata OPTOM kat Bangi, Selangor atau kat Sungai Petani, Kedah.

Boleh call sendiri untuk buat appoinment Optom EyeCare : 011-1147 9093. 
Website OPTOM : https://optom.com.my/




Solusi Cara Nak Atasi Masalah Mata Rosak Akibat Tengok Gajet Ialah : 

1. Jangan tengok gajet lama sangat tanpa henti. 
At least tengok gajet / komputer 30 minit, stop kejap, buat benda lain samada buat kopi ke, pergi toilet ke, bersenam ke, tengok pokok ke , atau apa-apa je lah. 

2. Pakai kanta khas 
Kanta khas ni boleh rujuk dengan optometris di OPTOM Eye Care. Diaorang pakar, diaorang boleh bagi suggestion yang tepat untuk kita. 

3. Pakai spek yang ada penapis cahaya biru (Blue-light-filter). 
Kalau orang yang tak rabun dan tak pakai spek, better pakai spek ni (yang tak ada power) bila buat kerja kat komputer atau kat gajet. At least kita jaga mata kita awa-awal dari menjadi teruk. 

4. Guna air mata tiruan
Air mata tiruan ni macam 'eye-drops', supaya mata kita sentiasa hydrate. Bila mata kita penat dan 'haus' (dehydration), ia boleh menyebabkan mata kita kering dan akibatkan boleh buatkan mata kita rosak. 

Yang penting guys, walaupun kita terpaksa tengok gajet setiap hari dan setiap masa, jaga mata kita elok-elok. Pergilah buat check-up kat OPTOM Eye Care tu - FREE jer. Dan lagi best diaorang boleh buat cermin mata customade khas mengikut muka kita. Spek customade tu diaorang tempah dari Jerman. So, kalau kita beli spek customade tu, spek kita akan dibawa khas dari Jerman.Kelas ko, pakai spek dari Jerman 😅😅.


No. telifon OPTOM Eye Care :  011-1147 9093 

Website OPTOM : https://optom.com.my/

6 comments:

  1. betul tu. takut dah nak tengok gajet lama2

    ReplyDelete
  2. Sebab tu ramai budak2 sekarang kecik2 dah pakai spek rabun

    ReplyDelete
  3. Bila buat kerja pandang komputer lama-lama, tangan ni asyik nak gosok mata je kekdahnya... hehehehe...

    ReplyDelete
  4. Tq tau DP untuk perkongsian menarik ni. Biasa kita dgr spek mata ready made jer kan. Tapi kat Optom ada jugak spek mata custom made. Nnt nak try check mata kat Optom jugak laaa

    ReplyDelete
  5. Buat kerja semua pakai gadjet, makin lama makin tak nampak dah ni. Terima kasih DP atas perkongsian.

    ReplyDelete