Pergi Salon di Avi Spa, Avillion Hotel Port Dickson. 

Hujung tahun lepas (minggu terakhir di tahun 2021), aku and my big family bercuti kat Avillion Hotel, Port Dickson selama seminggu. 

Dah alang-alang kat situ, aku pun pergilah buat facial kat SPA Avillion Hotel yang dikenali sebagai Avi Spa. Spa tu dapat Anugerah Spa Terbaik untuk Kategori 5 Star Hotel. So nak cuba lah buat treatment kat situ nak tahu macama mana rupa spa terbaik ni. So, hari tu aku buat facial kat spa ni. 

 Aku dan en.suami jenis suka food hunting jugak tapi bukan kategori hard-core food hunter la. Kalau ada masa, ada kelapangan waktu, kitaorang akan keluar pergi JJCM - Jalan-Jalan-Cari-Makan, biasanya akan pergi dengan big family. Makan ramai-ramai baru meriah. 

So, ni aku nak share pasal 3 Tempat Breakfast Sarapan Pagi Yang Best di KL ni. 

Kalau korang datang KL, try lah pergi ke salah-satu kedai ni. 



Mata Cepat Rosak Sebab Selalu Tengok Handphone. 

Kita sekarang ni dalam zaman digital. Semua orang ada smartphone. So, setiap masa kita duk tengok smart phone. Macam-macam benda ada dalam handphone. Kalau hilang phone tu, memang tak keruan hidup kan? Sebenarnya kalautengok handphone lama-lama, boleh buatkan mata cepat rosak dan cepat rabun.

Aku ni sebenarnya memang dah rabun jauh. Tapi aku selalu tak pakai cermin mata sebab tak selesa kalau pakai spek lama-lama. 

Aku start pakai spek mas kat universiti - kat UiTM dulu-dulu. Masa tu dah tak boleh nak 'negotiate' dah dengan mata aku. Kalau aku tak pakai spek aku tak nampak apa yang lecturer tulis kat whiteboard. 

Aku perasan mata aku jadi rabun sebab aku dulu selalu membaca tak kira waktu. Even masa waktu maghrib atau waktu malam , dalam cahaya yang 'hidup segan mati tak mahu' pun aku tetap membaca. Sebab hobi aku memang suka membaca. Dulu-sulu orang tua dah pesan - 'jangan baca buku dalam gelap, jangan baca buku dalam gelap, nanti mata rosak'. Tapi tak nak dengar - ketegaq orang Penang kata. La ni, rasa la padah sendiri terpaksa pakai spek mata 😅. 

Blue Apron Cafe, Kuala Lumpur - terletak dalam Hotel Ramada Suites by Wyndham KLCC, kat Bukit Ceylon, area Bukit Bintang memang betul-betul instagrammable kafe.

My 9th Wedding Anniversary

in , by dorsett pink, January 24, 2022

18 Disember 2021 hari tu kitaorag celebrate kitaorang punya wedding anniversary yang ke-9 tahun kat Hotel Ramada Suites by Wyndham KLCC (Nanti-nantilah aku cerita pasal hotel tu). 

Pagi tadi aku pergi brisk walk kat taman kanak-kanak di kejiranan yang aku duduk ni. Leeya main playground kat situ, dan aku pergi brisk walk sorang-sorang - jalan-jalan keliling taman tu. 

Sejak masuk tahun 2022 ni, Alhamdulillah aku konsisten exercise at least 3 kali seminggu. Hopefully aku istiqomah la sampai ke akhir tahun nanti. Ni dalam misi #roadto50kg . 

Kesan Sampingan Dos Penggalak Booster Pfizer

in , by dorsett pink, January 20, 2022

Sekarang kan dah ramai orang dapat booster atau dos penggalak. Tapi malangnya ramai terkena kesan sampingan yang teruk atau sangat teruk sampai ada yang menyebabkan kematian. huhuhu. Sedih sangat dengar berita macam tu. 

Cantiknya Sunset di Tangga Putrajaya.

in , , , by dorsett pink, January 19, 2022

Ini tempat yang famous kat Putrajaya sekarang - Tangga Putrajaya. Terletak kat Presint 1 , kat roundabout Putrajaya yang besar tu. 

Hari tu aku pergi situ, saja jalan-jalan bawak anak-anak. Kebetulan masa tu dah nak senja, dah nak maghrib. Tengok permandangan sekeliling, fuhh! Cantik giler sunset situ. Apa lagi, seluk poket keluarkan handphone, dan  terus snap gambar banyak-banyak. 

Makan Malam di SDS Bakery & Cafe

in , by dorsett pink, January 18, 2022

Hari tu aku, en.suami dan anak-anak pergi makan malam kat SDS Bakery & Cafe. SDS ni sebenarnya bakery yang jual macam-macam jenis roti dan pastri. 

Alang-alamg dah singgah beli roti kat situ, en.suami ajak makan berat sekali lah. Masa tu dah senja, so kitaornag terus dinner kat situ jer. 

Pergi 'Nursery' Shopping Baja & Pokok Bunga

in , , by dorsett pink, January 17, 2022

Baru-baru ni en.suami bawak aku dan anak-anak pergi ke nursery sebab dia nak beli baja untuk tanaman kitaorang kat rumah ni. 

Kitaorang tanam-tanam pokok ni kat halaman kecik depan rumah jer. Jadilah. Ok jugak. At least berguna jugak halaman tu dari biar macam tu jer. 

Bestlah anak-anak pergi 'nursery' sebab tu first time diaorang datang ke 'nursery' pokok. Teruja sangat diaorang tengok banyak pokok-pokok dan pasu yang macam-maam saiz ada kat nursery tu. 

Pokok Jagung Kakak FL

in , , , by dorsett pink, January 15, 2022

 Pokok Jagung Kakak FL.

Sejak tahun lepas kitaorang sekeluarga ada hobi baru iaitu 'berkebun', orang putih cakap 'gardening'. 

Sayur pertama yang ditanam kat rumah baru ni ialah bayam. Aku ada tulis entri pasal tu kat sini:  'BAYAMKU' dan 'PROFESION BARU - JADI TUKANG KEBUN'.

Secara tak langsung bila anak-anak duk tengok ayah diaorang berkebun, anak-anak pun turut sama tanam minat untuk berkebun. 

So, hujung tahun lepas, Kakak FL beli benih jagung masa jalan-jalan kat AEON. Murah je benih jagung tu - RM 5. Masa tu en.suami duk borong beli pasu banyak-banyak kat AEON tu. Masa tu tengah murah, ada Year End SALE. Sampai pasu pun ada diskaun 😁. 1 pasu harga RM 5. Giler tak murah. 

Budak Pemalas Kelas Tercorot Akhirnya Berjaya Dapat PhD

in , , by dorsett pink, January 15, 2022

Aku dulu bukanlah budak yang rajin dan bukan jugak budak yang bijak. Aku bukan scorer. So secara tak langsung aku tak menjadi 'favourite student' kat dalam kelas dan kat sekolah.

Pernah duduk kat kelas tercorot. Pernah juga dapat nombor paling last masa sekolah rendah dulu. Even cikgu kelas aku masa Darjah 6 tak suka aku. Sedih sangat bilamana cikgu tak suka kita 😡😡 . Aku ingat lagi nama cikgu tu - Cikgu Noraini.

Nak buat homework pun malas. Kalau dah namanya budak pemalas, nak buat apa pun semuanya malas. Nak belajar pun malas. Pendek kata memang bukan budak harapan bangsa, negara dan agamalah.

Seronok Sangat Bermain 'Escape Game' Breakout Escape Room di Avenue K, Kuala Lumpur.

Korang pernah main Escape Game tak? 
Macam daam movie The House of Da Vincci atau the Room. Pernah tak? 
Jujurnya aku tak pernah. 

Cuti sekolah Disember hari tu, ada family member kitaorang ajak aku dan en.suami main Escape Game kat Breakout Escape Room dan bayaran masuk semua ditanggung olehnya. Kitaorang ON jer walaupun tak tahu apa-apa 😅. 

 Kesian Kucing Tu Tersekat Dalam Longkang Bawah Tanah Sedalam 5 meter. 

Anak-anak aku, Kakak FL dan Leeya suka sangat tengok cerita pasal selamatkan kucing kat Youtube. Cerita tu macam dokumentari, bukan drama, dari Korea, nama channel tu ialah Kritter Klub.  So, diaorang cakap pasal Korea jer lah. Tapi ada subtittle kat bawah tu. 

Kakak FL dah pandai baca, so dia bolehlah baca subtittle tu sambil explain kat adik dia. 

Channel Kritter Klub ni dia cerita pasal diaorang selamatkan kucing jalanan yang tengah bertarung nyawa untuk selamatkan diri sendiri. 

Selain dari kucing, ada jugak kadang-kadang diaorang tunjuk pasl anjing. Tapi kebanyakannya pasal kucing lah. 

Lampu Solar Masa Rumah Blackout Tak Ada Elektrik

in , , by dorsett pink, January 11, 2022

Lampu Solar Masa Rumah Blackout Tak Ada Elektrik.

Masa banjir hari tu, rumah aku tak ada lektrik juga sekejap. Sebab bekalan elektrik ditutup. Air pun tak ada sebab loji tutup untuk tujuan pembersihan. 

Masa tu baru aku terfikir pasal 'lampu solar atau solar lamp' yang boleh charge guna tenaga solar (cahaya matahari). Biasanya, kalau rumah aku blackout tak ada elektrik, aku guna lilin jer. Sebab sejak turun-temurun dah diajar guna lilin kan, sejak kecik lagi.

Kiranya solar lamp ni teknologi terkini lah. Aku start tahu pasal solar lamp ni pun masa pergi hiking dulu-dulu. Bila dah lama sangat tak hiking terus lupa. 

Yuran Sekolah Rendah AL-Amin

in , , by dorsett pink, January 10, 2022

Yuran Sekolah Rendah AL-Amin | Hari ni hari pertama sesi persekolahan untuk penggal ke-3 sesi sekolah tahun 2021. Nanti Bulan Mac 2022, baru masuk sesi persekolahan tahun 2022. 

Aku happy sangat, apatah lagi Kakak FL, happy sangat dia ke sekolah hari ni. 

Sebabkan sekarang dah tak ada penggiliran, so memang banyaklah kereta kat atas jalanraya pagi tadi. Memang jem giler. Tapi nasib baik kitaorang keluar awal, so Kakak FL boleh sampai sekolah dia on time. Tapi bila jer hantar dia, dan aku nak patah balik rumah, fuuhh! tersangkut dalam jem. Nak dekat 1 jam jugaklah baru sampai rumah.

Sebabkan happy dengan aura tahun baru, aku nak share pasal Yuran Sekolah Rendah AL-Amin hari ni sebab Kakak FL bersekolah kat Sekolah Rendah Al-Amin ni. Ramai yang nak tahu berapa yuran sekolah ni, jadi aku share - lah kat blog ni supaya senang parents yang lain cari info. 

Restoren NIPPON Sushi Tak Halal

in , by dorsett pink, January 09, 2022

 Restoren NIPPON Sushi Tak Halal.

Aku ni peminat sushi. Memang hantu sushi sejak dari dulu lagi. Sampaikan anak-anak aku pun dah jadi hantu sushi jugak. 

Tapi bila aku pergi Jepun, aku tak pernah pun makan sushi kat Jepun tu. Pelik kan? 

Sebabnya aku tak jumpa sushi halal kat Jepun tu. Kalau nak makan sushi yang jual kat kedai-kedai biasa atau kat tepi jalan tak berani. Sebab makanan tradisi Jepun ni sememangnya dibuat menggunakan bahan tak halal. 


Potty Trainning Leeya

by dorsett pink, January 08, 2022

Leeya tahun ni akan menginjak ke usia 4 tahun. Dah besar dah, tapi nampak macam baby lagi. 

So, dah tiba masanya untuk Leeya tak pakai pampers lagi - 'diapers-free'. So, tahun 2022 ni aku start potty training Leeya, start hari Isnin hari tu.

Kalau kakak FL dulu umur 2 tahun dah tak pakai pampers, tapi Leeya ni lambat sikit. Sebab dia belum bersedia. Anak-anak ni kita kena ikut masa diaorang sebab tak semua anak-anak sama. 

Kos Baiki Kereta Masuk Banjir 2022

in , by dorsett pink, January 06, 2022

Kos Baiki Kereta Masuk Banjir 2022.

Akhir tahun lepas Negeri Selangor ditimpa musibah banjir besar. Pertama kali dalam sejarah sepanjang aku hidup aku terjadi bencana macam ni. Biasanya kita dengar banjir kat Terengganu dan Kelantan jer, kali ni kat Selangor. 

Banjir pulak tinggi giler air, ada sampai air tutup habis kereta. Kalau kereta masuk air, parah tau kos baikinya. Aku pernah share dalam entri aku sebelum ni , masa rumah aku banjir tahun 2020 hari tu. Ni dia entri aku - 'BERAPA HARGA BAIKI KERETA MASUK BANJIR?'.

FLORONA - Varian Baru Covid-19

in , by dorsett pink, January 05, 2022

 Hari ni aku nak share pasal FLORONA Virus. Berita yang sangat mengejutkan dunia. 

Kalau selama ni kita takut dengan virus CORONA. Tapi ni ada lagi virus yang lagi hebat dari Covid19 iaitu FLORONA. 

Hari Cuti Krismas hari tu, anak-anak aku masuk main-main kat SuperPark Kuala Lumpur, kat Avenue K Shopping Mall. Betul-betul depan KLCC. SuperPark ni kat Aras 4. 


Siapakah Suami Heliza Helmi?

in , by dorsett pink, January 04, 2022

Siapakah Suami Heliza Helmi? 

Ramai yang terkejut kan dengan berita perkahwinan aktivitis terkenal Heliza Helmi baru-baru ni. 

Suami Heliz tu famous orang nya. Tapi ramai yang tak kenal. Mungkin sebab dia bukan selebritu dan hanyalah seorang usahawan. Kalau dia artis, for sure ramai yang kenal walaupun tak berbakat sangat sangat. Eh! 😅

Aku kenal dia dulu sebab dia selalu ambik gambar dengan kereta Jaguar dia tu 😅.

My Homemade Ais Kepal

in , , , by dorsett pink, January 03, 2022

 Awal tahun hari tu Kakak FL dan Leeya duk berzikir dengan mommy mintak buat ais kepal. 

Sebab diaorang terpengarauh tengok Upin Ipin makan ais kepal yang Kak Ros buat. Aiihh! Kuat betul penangan Upin Ipin ni. 

So, semalam aku pun buatlah ais kepal kat rumah. Alhamdulillah! Menjadi!. hihi. 

Baru Beli Life Jacket

in , by dorsett pink, January 03, 2022

Aku baru beli life jacket untuk Leeya sebab dia punya life jacket sebelum ni dah tak muat. 

Dengan musim sekarang ni, dengan banjir sana-sini, bagi aku dah memang 'must/wajib' untuk ada life jacket kat rumah bagi setiap penghuni rumah kita. Macam aku ni, untuk aku dan en.suami tak ada lagi, InshaAllah akan beli nanti bila ada rezeki, sekarang bajet tak cukup lagi. 

Banjir ni datang tak dijangka, macam aku kena tahun lepas, dan macam banjir kat Selangor baru-baru ni, semua orang tak jangka banjir seteruk tu. 

Benda dah lepas kita jadikan iktibar dan ambil pengajaran. So, skearang ni kita bersedia / be prepared dengan kit kecemasan. Dan salah satu benda yang sangat penting dalam kit kecemasan ialah life jacket - nyawa tu lagi penting dari apa-apa pun. 

Selamat Tahun Baru 2022

in , by dorsett pink, January 02, 2022

 Selamat Tahun Baru 2022 buat semua pembaca dan follower Dorsett Pink 💕💕💓. 

Aku sangat teruja melngkah ke tahun baru ni. 

Apa yang dilalui sepanjang 2021 kita tinggalkan sebagai kenangan, yang best kita simpan kemas-keams dalam jurnal kehidupan, yang tak best kita lupakan dan move-on. 

Banyak benda di tahun lalu yang belum tertulis kat blog, aku harap dapatlah aku ceritakan semua kat sini especially cerita pasal travel dan hotel review. 

 Sebelum ni aku tak pernah ambil tahu pun pasal Zakat Perniagaan, macam mana cara nak bayar dan bila nak bayar, berapa nak bayar zakat - semua tu aku tak tahu. 

Sampailah tahun lepas bilamana aku dah buka syarikat aku sendiri (syarikat 'enterprise' jer), then kelam-kabut aku duk mencari info pasal ZAKAT PERNIAGAAN ni dan MACAM MANA CARA NAK BAYAR ZAKAT ni. Sebab aku nak barakah dalam hidup, aku nak perniagaan yang aku buat tu berkat dan dirahmati Allah sentiasa. 

Apa guna perniagaan maju, dapat pulangan berjuta-juta tapi hidup tak berkat. Bila hidup tak berkat, dunia tak tenang, akhirat pun tak selamat. 

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE