Mata Cepat Rosak Sebab Selalu Tengok Handphone.
Kita sekarang ni dalam zaman digital. Semua orang ada smartphone. So, setiap masa kita duk tengok smart phone. Macam-macam benda ada dalam handphone. Kalau hilang phone tu, memang tak keruan hidup kan? Sebenarnya kalautengok handphone lama-lama, boleh buatkan mata cepat rosak dan cepat rabun.
Aku ni sebenarnya memang dah rabun jauh. Tapi aku selalu tak pakai cermin mata sebab tak selesa kalau pakai spek lama-lama.
Aku start pakai spek mas kat universiti - kat UiTM dulu-dulu. Masa tu dah tak boleh nak 'negotiate' dah dengan mata aku. Kalau aku tak pakai spek aku tak nampak apa yang lecturer tulis kat whiteboard.
Aku perasan mata aku jadi rabun sebab aku dulu selalu membaca tak kira waktu. Even masa waktu maghrib atau waktu malam , dalam cahaya yang 'hidup segan mati tak mahu' pun aku tetap membaca. Sebab hobi aku memang suka membaca. Dulu-sulu orang tua dah pesan - 'jangan baca buku dalam gelap, jangan baca buku dalam gelap, nanti mata rosak'. Tapi tak nak dengar - ketegaq orang Penang kata. La ni, rasa la padah sendiri terpaksa pakai spek mata 😅.