Budak Pemalas Kelas Tercorot Akhirnya Berjaya Dapat PhD

in , , by dorsett pink, January 15, 2022

Aku dulu bukanlah budak yang rajin dan bukan jugak budak yang bijak. Aku bukan scorer. So secara tak langsung aku tak menjadi 'favourite student' kat dalam kelas dan kat sekolah.

Pernah duduk kat kelas tercorot. Pernah juga dapat nombor paling last masa sekolah rendah dulu. Even cikgu kelas aku masa Darjah 6 tak suka aku. Sedih sangat bilamana cikgu tak suka kita 😡😡 . Aku ingat lagi nama cikgu tu - Cikgu Noraini.

Nak buat homework pun malas. Kalau dah namanya budak pemalas, nak buat apa pun semuanya malas. Nak belajar pun malas. Pendek kata memang bukan budak harapan bangsa, negara dan agamalah.

Bila dah malas buat homework, akibatnya selalulah kena denda dengan cikgu. Sampai naik sekolah menengah pun masih kena denda .

Tapi seteruk-seteruk aku masa sekolah dulu, aku tetap ingat pesan Arwah Nenek - "Jaga adab dengan cikgu , jaga adab dengan ilmu. Walaupun cikgu salah, aggap je cikgu tu betul, iya-kan aja apa yang cikgu cakap".

Arwah Nenek selalu pesan benda tu banyak kali tanpa penat sampailah dia meninggal dunia. Dia jugak pesan "jangan berhenti belajar, pergilah belajar kat ceruk kampung mana pun asalkan belajar, sampai mati kita kena belajar. Sebab dengan belajar jer,kita boleh ubah hidup kita".

Itulah pesan Arwah yang aku tak pernah lupa.


Aku sangat menjaga adab dengan guru-guru, aku tak pernah tinggikan suara dengan cikgu, tak pernah berkasar dengan cikgu, hatta sampai sekarang pun aku masih contact dengan cikgu yang mula-mula ajar aku membaca dan mengira masa Darjah 1 dulu.

Even dengan buku pun sama. Arwah pesan, jaga beg sekolah (sebab dalam beg ada buku) elok-elok, jangan 'langkah' buku, jangan pijak buku, jangan campak-campak buku. Jaga buku-buku tu macam kita jaga Quran.

Dan apa yang dipesan tu aku memang ikut. Sampai sekarang aku cakap benda yang sama kat anak-anak - "Jaga buku elok-elok, jangan campak-campak,jangan pijak buku,jangan langkah buku".

Pasal jaga adab dengan cikgu pun aku pesan yang sama kat anak sulung aku, Kakak FL.

 

Dan aku rasa asbab aku menjaga adab dengan cikgu dan jaga adab dengan ilmu, aku boleh belajar sampai buat master,buat phd.

Padahal aku ni dulu bukanlah scorer, bukan budak cemerlang, budak pemalas, duduk kat kelas tercorot, dapat nombor corot. Tapi dalam hati aku,aku ada impian nak belajar sampai PhD.

Yang ajaibnya, lepas habis sekolah, aku sangat suka belajar. Belajar ilmu apa-apa pun yang tak ada kaitan dengan aku pun aku suka. Dan sampai sekarang pun aku masih suka belajar dan masih lagi belajar.

Aku sangat berterima kasih dengan Arwah Nenek dulu yang tak henti-henti tanpa putus asa pesan benda yang sama kat aku setiap hari. Arwah nenek mendidik aku dengan sebaik-baiknya dengan ilmu agama sejak dari aku lahir sampailah dia meninggal dunia.

Betullah orang kata, umur 0-7 tahun tu ialah masa yang sangat-sangat berharga untuk membentuk anak-anak menjadi orang yang cemerlang.

Aku rasa apa yang aku dapat hari ini ialah kerana adab aku dengan cikgu yang sentiasa terjaga.

Bukan saja hubungan dengan cikgu yang anak-anak kena jaga, tapi hubungan mak ayah dengan cikgu pun kena turut sama terjaga. Mak ayah jangan biadap dengan cikgu.

Selalu beringat yang cikgu pun manusia biasa, diaorang pun ada kelemahan sama macam kita. Kalau diaorang buat silap, tegurlah dengan cara berhemah dan berakhlak. Jangan dimaki hamin cikgu-cikgu tu sebab mereka yang bertanggungjawab menjaga anak-anak kita sepanjang anak-anak di sekolah.


Selalunya kita tengok orang yang berjaya bukan sebab dia yang pandai dan bijak,tapi sebab Allah yang bagi dia rezeki untuk dia berjaya. Selalunya rezeki anak-anak ni datang dari mak ayah.

Doa mak ayah tu yang sangat-sangat mujarab dan penawar untuk semua jenis kesulitan dengan Izin Allah.

*** Terima kasih Arwah Tok Wan yang tak pernah jemu-jemu mendoakan aku dulu 😊. (Rindu arwah sangat-sangat 😢).

P/S : Aku masih belum berjaya lagi, jauh lagi perjalanan aku. Ada banyak lagi impian aku yang belum tercapai. PhD tu hanyalah salah 1 sahaja. Doakan aku untuk terus berusaha dan berjaya. 

Salam sayang semua. Terima kasih sebab membaca sampai habis.

 

SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Mmg respek org2 yg sangup belajar smp phd ni... Congratss.. Kita dh x larat dh wak.. Hotak dh beku sgt ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. WAAHH! Thank you Ako sudi baca coretan kita ni

      Delete
  2. Tahniah. Dan semoga tercapai impian yang lain lain juga

    Suka baca kisah kejayaan orang macam ni🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Congrats darl .. come across ur phd life ni salutee! I baru nk start phd asyik defer sem kekangan dgn mcm2 . Pray for me to b strong enough mcm u

      Delete
    2. hye dear. Thank you so much for sudi baca my story. Please email me - dorsett.pink14@gmail.com . i can share a lot with you

      Delete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE