Thursday, January 13, 2022

Seronok Sangat Bermain 'Escape Game' Breakout Escape Room di Avenue K, Kuala Lumpur

Seronok Sangat Bermain 'Escape Game' Breakout Escape Room di Avenue K, Kuala Lumpur.

Korang pernah main Escape Game tak? 
Macam daam movie The House of Da Vincci atau the Room. Pernah tak? 
Jujurnya aku tak pernah. 

Cuti sekolah Disember hari tu, ada family member kitaorang ajak aku dan en.suami main Escape Game kat Breakout Escape Room dan bayaran masuk semua ditanggung olehnya. Kitaorang ON jer walaupun tak tahu apa-apa 😅. 

Lepas dah confirm beli tiket semua, kitaorang pun barulah gagagkan diri tengok YouTube apakah Breakout Escape Room ni. 

Breakout Escape Room ni ada 2 cawangan kat Malaysia. 1 kat Nu Sentral, 1 lagi kat Avenue K, KL. Dan kitaorang pergi kat Avenue K. Tiket beli online. Tak boleh beli secara walk-in, dan hanya orang dewasa je boleh main. 

Kanak-kanak tak dibenarkan masuk. Masa tu, Kakak FL dan Leeya lepak main-main kat SuperPark kat Avenue K jugak, ada family member kitaorang yang jaga diaorang. 

Boleh baca pasal SuperPark, KL tu kat entri ni : KERIANGAN BERGANDA DI SUPERPARK KUALA LUMPUR.

Breakout Escape Room Malaysia


Escape game kat Breakout Escape Room ni ialah kita akan diletakkan dalam 1 bilik misteri dan dikunci dari luar. So kita kena cari clue dan kunci yang tersembunyi dalam bilik tu  untuk keluar dari situ. 

Game ni betul-betul menguji minda kita. So, kita kena perah otal untuk berfikir mencari jalan keluar dalam masa yang ditetapkan. 

Tahap kesusahan permainan tu kita boleh pilih sendiri masa beli tiket. Masa nak beli tiket tu kita kena pilih bilik dan slot yang kita nak, sebab tu tak boleh main walk-in jer. 

Kat Breakout Room Avenue K ni ada 6 bilik kot tak silap aku, ada bilik dari paling susah sampailah ke paling senang. Kalau tak pernah main, better ambil bilik yang paling senang. 

Macam kitaorang hari tu, ambil bilik yang ke-2 senang.


Cara mainnya ialah :

1) Buat 1 team. 
Paling sikit boleh 2 orang 1 team atau paling ramai 8 orang 1 team. Game ni seronok kalau main ramai-ramai. Kitaorang hari tu main 8 orang. 

2) Pilih bilik misteri mana yang kita nak. 
Macam aku cakap kat atas tadi, dia ada bilik yang paling susah sampailah ke bilik yang paling senang. Pemilihan bilik ni kena buat masa beli tiket. 

3) Lepas tu pilih character / tentukan 'character' untuk setiap pemain.
Part ni kena buat masa dah sampai di Breakout Room tu. Sebelum disuruh pilih character, diterangkan dulu apa tugas setiap character tu. 

4) Lepas dah pilih character, start lah bermain.


Kita disuruh tengok TV ni dulu, dia explain pasal role bagi 'character' tu. 

Ini dia character pemain yang kita kena pilih - pilih untuk jadi apa. 


Masa tu aku baru lepas ambik booster, jadi aku tak nak push diri aku untuk fikir teruk-teruk. So, aku pilih untuk jaga lampu jer, dan character tu dipanggil sebagai 'LightBringer' - tugasnya hanya pegang lampu suluh jer sebab bilik tu gelap. 


 Harga tiket bergantung pada jumlah pemain (player). 

Lagi ramai yang main, lagi sikit harga tiket. Tiket paing mahal ialah RM 50 seorang (kalau 2 orang jer main) dan tiket paling murah ialah RM 36 seorang (8 orang main). 

Tiket boleh beli kat sini : https://invol.co/cl84jsl

Kalau korang suka seram dan mistik, bolehlah main Escape Game dalam rumah hantu kat HAUNTU ni, yang terletak kat The LINC Shopping Mall, KL (bleh google/waze jer). 

Kat HAUNTU ni,  permainan dia sama jer macam kat BREAKOUT ESCAPE ROOM tu, cumanya environment dia dalam bilik berhantu. Ini link untuk beli tiket HAUNTU ni - https://invol.co/cl8dlea

4 comments:

  1. Pernah nampak Escape Room kat Avenue K ni. Selalu curious macam mana cara main dia hahaha

    Aduh Cici pun jenis tak suka fikir fikit ni. Dahlah Cici senang gelabah.

    ReplyDelete
  2. bermain pun perlu berfikirbagus tu

    ReplyDelete
  3. pernah tengok dlm drama...yg terbaru dlm drama cina Love at Night..seram jg..hehe..

    ReplyDelete
  4. wowww pernah gak tau pasal tempat ni tapi belum pernah cuba lagi..
    Nak kena ajak geng2 yang sekepala dan geng2 yg pandai selesaikan maslaah hahahaa..
    Sebab kita sejenis malas nak pk sgt :D bole gitu hahaha

    ReplyDelete