Hari Cuti Krismas hari tu, anak-anak aku masuk main-main kat SuperPark Kuala Lumpur, kat Avenue K Shopping Mall. Betul-betul depan KLCC. SuperPark ni kat Aras 4.
Anak-anak jer masuk dalam tu, sebab aku dan en.suami masuk bermain 'maze game' kat Breakout Escape Room kat Avenue K tu jugak. Tapi anak-anak tu adalah yang jaga, ada family members kitaorang yang join sekali, dalam 8 orang.
Superk Park ni ialah macam indoor playground yang sesuai untuk orang dewasa. Kanak-kanak apatah lagi, memang syok giler lah duduk dalam ni.
Nak datang SuperPark ni, pakai stokin 'anti-slip' macam ni k. Kalau tak pakai stokin yang 'anti-slip' ni tak boleh masuk, tapi boleh beli stokin kat kaunter dengan harga RM 6.
Ini stokin SuperPark. Cantik kan?
Kanak-kanak bawah 3 tahun, masuk FREE jer. Harga tiket orag dewasa dan kanak-kanak (atas 3 tahun) sama jer, tak ada beza. Tiket serendah RM 42. Harga tiket berbeza ikut hari. Kalau weekend mahal.
Kanak-kanak tinggi 140 cm baru syok untuk masuk sini sebab boleh main semua game. Kalau bawah 140 cm tu limited la, sebab setiap game ada had ketinggian. Sama macam masuk taman tema yang lain-lain.
Ini link untuk beli tiket SuperPark Kuala Lumpur : https://invol.co/cl887ad
Selamat bercuti dan beriadah
ReplyDeleteENJOY MAIN GAME MELEKAKAN SELESA TEMPATNYA
ReplyDeletebagus juga limited enterance ni tak lah risau sesak dalam tu kan, selamat tahun baharu buat DP sekeluarga
ReplyDeletewuuu comel sgt stokin dia. mmg syok la budak2 dpt ke sini kan
ReplyDelete