Sekarang kan dah ramai orang dapat booster atau dos penggalak. Tapi malangnya ramai terkena kesan sampingan yang teruk atau sangat teruk sampai ada yang menyebabkan kematian. huhuhu. Sedih sangat dengar berita macam tu.
Aku dah dapat dah booster pada 22 Disember 2021 bulan lepas, antara yang terawal dapat. Maybe sebab aku ni vaksin Sinovac. Aku dah pernah cerita pasal aku dapat booster tu hari tu kat entri ni - 'PENANGAN BOOSTER DOS PENGGALAK PFIZER'.
Aku rasa side effect ni ada kaitan dengan badan seseorang fit atau tak fit dan juga tahap imune system badan tersebut. Mungkin orang yang imune system tinggi, side effect dia tak teruk. Mungkinlah, aku agak-agak jer, aku pun tak pasti.
Tapi guys, better kita jaga badan kita sebaik-baiknya. Vaksin ni cuma salah 1 ikhtiar kita untuk mencegah virus dari mengjangkiti tubuh badan kita. Gaya pemakanan dan lifestyle kita pun mempengaruhi juga untuk tepis kita dari penyakit dan serangan virus. Rasulullah saw pun ada berpesan suruh kita jaga makan seelok-eloknya. So, marilah kita makan makanan-makanan yang berkhasiat, banyakkan makan sayur dan selalunya bersenam.
Alhamdulillah pandemik dah 2 tahun, aku, en.suami dan anak-anak tak pernah dpat virus Covid19. Syukur sangat-sangat dan mintak-mintak tak kena pada kitaorang.
Selain tu, selama 2 tahun ni, kitaorang sekelurga jarang demam. Aku rasa aku langsung tak pernah demam kot selama 2 tahun ni, en.suami pulak demam sekali masa vaksin dos pertama dulu. Anak-anak adalah dalam 2-3 kali demam biasa sepanjang pandemik ni.
Aku dan en.suami hari-hari makan sayur sebab kitaorang ni veggie lover. Tak sah diet aku kalau tak ada sayur. Dan aku jugak kerap bersenam. kalau malas pun, at least seminggu sekali aku mesti pergi jogging atau tak pun sekadar buat brisk walk. Alhamdulillaj, aku masih aktif sampai sekarang. Cuma aku tak selalu bercerita kat media sosial pasal aktiviti fizikal aku.
kita booster tu sakit lengan tu memang tak boleh bawak bincang.. demam dua hari huhu.
ReplyDeletebtw, done follow dan jemputlah join segment kita
dah kena demam lepas cucuk AZ first dose hari tu. demam dia memang tak boleh nak cakap. ni belum dapat booster. harap takde mcm Az hari tu
ReplyDeleteAkk demam juga 2nd & 3rd day lepas ambil booster jab.
ReplyDeleteItu je simptom-nya alhamdulillah tidak berlarutan & tak serius.
Baru berkira-kira taknak ambil. Nama saya naik minggu depan. Salah timing saya dengar pelbagai cerita kurang elok. Takut ini.
ReplyDeleteAi first day belagak tak ada pape. Second day demam panas terus.
ReplyDeleteDengarnya dah tak wajib dos ke 3 ni
ReplyDeleteAlhamdulillah kesannya tak teruk. Lebih kurang sama kesan kita. Cuma migrain tu tidaklah, pening sikit tu adalah.
ReplyDelete