My 9th Wedding Anniversary

in , by dorsett pink, January 24, 2022

18 Disember 2021 hari tu kitaorag celebrate kitaorang punya wedding anniversary yang ke-9 tahun kat Hotel Ramada Suites by Wyndham KLCC (Nanti-nantilah aku cerita pasal hotel tu). 

Kitaorang celebrate simple-simple jer, sebab kebetulan hari tu Lembah Klang hujan lebat giler 2 hari hujan non-stop. Pastu banjir teruk kat Selangor.  

Jadi, nak celebrate meriah sangat pun tak ada mood, kesian tengok orang-ornag lain yang ditimpa musibah. Sebab kitaorang pernah hadap banjir jugak tahun 2020, so tahulah macam mana peritnya rasa bila rumah dinaiki air banjir. 

Hotel tu memang dah book awal-awal lagi dah. 

Alhamdulillah, perkahwinan kami mampu bertahan sehingga ke hari ini. Syukur sangat-sangat. Setiap hari rasa macam baru kahwin jer. Cumanya aku tak suka nak tunjuk 'mesra-bahagia suami-isteri' ni kat sosial media. 

Even nak cerita pasal rumah tangga pun, aku tak suka sangat. Sebab bagi aku - 'it is my private life'.

Benda yang private ni aku tak suka share dengan orang. hihi. Even gambar my big family pun aku tak pernah cerita dan share kat sosial media. bagi aku, cukuplah sekadar aku share story pasal diri aku dan anak-anak jer. Itupun tak ramai yang baca dan ada jugak yang dengki / jealous. hihihi.

Belon ni tempah dengan Blossom Balloon. Dia terus hantar ke hotel. Cari jer kat Instagram 'Blossom Ballon' jumpa lah. Penghantaran dalam Lembah Klang jer dia terima. 

En.suami bagi hadiah ni kat aku. I love it!!! Thank you so much my hubby. 





Ni aku nak share beberapa - TIPS NAK BAHAGIA RUMAH TANGGA :

1. Komunikasi Berkesan (Effective Communication)

Komunikasi ni benda yang paling-paling penting dalam rumah tangga. Sangat-sangat-sangat-sangat penting. 

Para isteri, kalau ada tak puas hati apa-apa kat suami atau ada persoalan-persoalan yang ada dalam hati nak tanya kat en.suami, tanya jer (tapi kena tanya di tempat yang sesuai dan di masa yang sesuai, janganlah si dia balik kerja terus tanya). 

Aku tengok ramai wanita yang suka pendam perasaan. Tak puas hati kat suami, pendam perasaan sorang-sorang tak cakap. Contohnya nak makan ata nak minum kopi kat kedai sekian-seian, diam, tak bagitau dengan harapn suami memahami. 

Guys, orang lelaki tak kan memahami kalau diam seribu bahasa. Diaorang sangat-sangat berbeza dengan kaum wanita. Kita wanita ni banyak guna bhasa bunga-bunga kias-kiasan. diaorang orang laki ni jenis cakap terus-terang jer - 'straight to the point'. 

Jadi, tak perlu terasa hati kalau suami tak faham 'bahasa isyarat' kita. Bolehlah nak terasa hati kalau kita dah cakap tapi dia tetap tak faham-faham.Tapi kalau sepatah kata pun tak keluar dari mulut kita, itu namanya kita sendiri yang mencari nahas. 

kalau kita tak boleh nak bercakap depan-depan dengan lidah kita, gunakan whatsapp atau emel atau sebarang alat bantuan komunikasi untuk sampaikan apa yang terbuku dalam hati kita. 

Kalau tak boleh jugak, minta doa pada Allah banyak-banyak supaya Allah lancarkan tuturkata kita , permudahkan urusan kita untuk kita berbicara dengan pasangan kita. Baca doa Nabi Musa banyak-banyak. 

Doa tu Nabi Musa baca masa nak berjumpa dengan Firaun Yang Maha Zalim tu. Kalau tersilap bicara, mahu kena pancung Nabi Musa. Nabi Musa pun ada perasaan takut guys, apatah lagi kita ni yang sangat-sangat lemah kalau nak compare dengan Nabi Musa. Baca doa tu banyak-banyak kali sebelum nak bercakap dengan en.suami, InshaAllah Allah akan bantu kita. 

Aku dulu baca doa ni masa nak VIVA PhD. Alhamdulillah! Urusan Viva aku smooth jer. 



Pastu jugak, selalu pergi ke majlis-majlis ilmu, dengar dan sedut ilmu macam mana nak berbicara dengan pasangan. Ustazah Asma Harun selalu share tips-tips macam ni kat Live dia. 


2. Solat Berjemaah

Solat berjemaah ni nampak simple jer, nampak senang tapi MashaAllah dia punya kesan tu sangat-sangat amazing. 

Walaupun kita tengah bergaduh dengan pasangan, bila waktu solat, solat sama-sama, fuhh! Lepas solat jer hati jadi lembut jer dan macam seolah-olah dah lupa pasal 'pergaduhan' sebelum tu. 

Barakah solat jemaah ni, Allah lindungi keluarga kita dan ikatan perkahwinan kita dari sebarang kecelakaan. 

Rumahtangga sentiasa diuji, mana ada pasangan yang hidup happily-ever-after tak pernah bergaduh. Mestilah ada jugak bergaduh tu cuma serius tak serius je lah. Dan hidup di alam rumahtangga ni akan sentiasa diuji. Banyak orang diuji dengan kewangan dan duit. Dan soal duit pun menjadi punca terbesar pasangan bercerai kat Malaysia ni. 

Selain tu, punca bercerai oasal orang ke-3, pasal tak sekufu dan macam-macam lagi lah. Syaitan tu sentiasa datang duk hasut macam-macam supaya masjid yang kita dah bina ni hancur. Analoginya, kalau bila kita selalu buat Solat Jemaah sama-sama, syaitan pun jadi malas jugak nak kacau kita, sebab diaorang nak kena berusaha lebih kuat untuk runtuhkan 'masjid' ni. Macam tu lah ibarat nya. 

Itu jer lah yang mampu aku kongsikan. Nak share lebih-lebih aku bukan ustazah dan bukan Pakar Psikologi, so tak pandai mana lah nak bercakap bab rumahtangga ni. Yang penting, bila kita jaga hubungan kita dengan Allah, nescaya Allah akan turut jaga kita. InshaAllah. 

Dan aku doakan perkahwinan aku ni tetap terikat sehingga ke Jannah. Amin. 




SHARE 14 comments

Add your comment

  1. happy anniversary. semoga kekal bahagia hingga je syurga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aswa atas doa yang baik-baik ini

      Delete
  2. Happy Anniversary untuk kak DP dan famili. Semoga bahagia sekeluarga sampai ke syurga

    ReplyDelete
  3. Wahh cantiknya ja, tu. Happy Anniversary

    ReplyDelete
  4. Happy anniversary!
    Cantik gambar, nampak berseri betul sambut anniversary :D
    Doa akk moga DP & suami kekal bahagia bersama hingga ke jannah, aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. Bila hati gembira, muka pun akan ternampak kesannya. Terima kasih Puan Hazel

      Delete
  5. ALHAMDULILLAH HAPPY ANIVERSARY

    ReplyDelete
  6. Happy anniversary.semoga bahagia sampai syurga

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE