Saturday, January 15, 2022

Pokok Jagung Kakak FL

 Pokok Jagung Kakak FL.

Sejak tahun lepas kitaorang sekeluarga ada hobi baru iaitu 'berkebun', orang putih cakap 'gardening'. 

Sayur pertama yang ditanam kat rumah baru ni ialah bayam. Aku ada tulis entri pasal tu kat sini:  'BAYAMKU' dan 'PROFESION BARU - JADI TUKANG KEBUN'.

Secara tak langsung bila anak-anak duk tengok ayah diaorang berkebun, anak-anak pun turut sama tanam minat untuk berkebun. 

So, hujung tahun lepas, Kakak FL beli benih jagung masa jalan-jalan kat AEON. Murah je benih jagung tu - RM 5. Masa tu en.suami duk borong beli pasu banyak-banyak kat AEON tu. Masa tu tengah murah, ada Year End SALE. Sampai pasu pun ada diskaun 😁. 1 pasu harga RM 5. Giler tak murah. 

Balik rumah terus tanam benih jagung tu dalam pasu. Semai dulu. Lepas benih tu dah membesar sikit, tukar tanam atas tanah pulak. 

Ini rupa pokok jagung tu masa 6 Januari 2022 hari tu. Alhamdulillah! Hidup subur pokok ni.

Rasa menyesal pulak tak ambik gambar masa kat dalam pasu. Kalau tak boleh tengok proses pokok ni membsar. 

Walaupun ni pokok jagung Kakak FL, tapi adik dia, Leeya excited jugak dengan pokok ni. Dua beradik ni hari-hari happy tengok pokok ni membesar. Pagi-pagi bila keluar rumah, benda pertama yang diaorang akan tengok ialah pokok jagung ni. 

Pastu Leeya akan jerit "Mummy, dah besar dah okok agung ite (dah besar dah pokok jagung kita". Hari-hari duk cakap benda yang sama 😆.  Cute je mummy dengar. 

Hari-hari diaorang siram air kat pokok ni. Kalau kakak tak siram, adik la yang akan siram. Diaorang pun tahu, kalau pokok tak disiram air, nanti dia akan mati. 

Secara tak langsung, anak-anak belajar tentang fotosintesis dan belajar pasal erti tanggungjawab - tanggungjawab kita untuk menjaga makhluk Allah yang lain.

Ini rupa pokok jagung ni masa 13 januari 2022 baru-baru ni. 

Diaorang tak sabar nak tunggu pokok jagung ni berbuah - nak makan jagung hasil air tangan sendiri. 

Mummy pun tak sabar nak tengok jagung pertama kitaorang. Kalau ada rezeki, InshaAllah aku akan update kat blog ni nanti. 

4 comments:

  1. Wahh.. Menarik...mesti x sabar nak tunggu berbuah dan boleh makan

    ReplyDelete
  2. jangan lupa siram pagi r ptg kalau xujan ya kakak

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Nanti bila dah ada hasilnya lagi la bahagia sangat-sangat.

    ReplyDelete
  4. semoga menjadi pokok jagung FL dan Leeya. hobi yang menarik

    ReplyDelete