Potty Trainning Leeya

by dorsett pink, January 08, 2022

Leeya tahun ni akan menginjak ke usia 4 tahun. Dah besar dah, tapi nampak macam baby lagi. 

So, dah tiba masanya untuk Leeya tak pakai pampers lagi - 'diapers-free'. So, tahun 2022 ni aku start potty training Leeya, start hari Isnin hari tu.

Kalau kakak FL dulu umur 2 tahun dah tak pakai pampers, tapi Leeya ni lambat sikit. Sebab dia belum bersedia. Anak-anak ni kita kena ikut masa diaorang sebab tak semua anak-anak sama. 

Contoh macam ada anak cepat berjalan, ada anak lambat berjalan, ada anak cepat bercakap dan ada yang lambat bercakap. So, sebagai ibu-bapa kita jangan risau. Just enjoy the journey dan jangan banding-bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Setiap anak tu berbeza. 

Sama macam anak-anak aku, walaupun lahir dari rahim yang sama, tapi dua-dua ni punya banyak perbezaan. 

 
So, so far untuk sepanjang minggu ni Leeya lulus dengan cemerlang. Setiap kali nak kencing atau poo-poo dia akan bagitau. 

Potty train ni cuma siang hari jer, dia tak pakai pampers masa berjaga jer, tapi bila waktu malam atau waktu tidur dia masih pakai macam biasa. Ataupun kalau keluar rumah, aku pakaikan jugak pampers , sebab takut dia tak boleh tahan. Takpe, slow-slow. 

Yang penting, Leeya berjaya capai azam tahun ni - nak 'diapers free' 😊.

 

SHARE 2 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE