Akhirnya apa yang ditakuti datang jua. Kakak FL disahkan Positif Covid19 Hari Sabtu hari tu (26.2.22).
Minggu lepas, minggu terakhir persekolahan. Dah lupa dah hari apa.
Lepas ambil Kakak FL dari sekolah jam 4 petang, kami sekeluarga terus pergi makan-makan kat SDS Bakery & Cafe. En.suami suka makan kat situ. Sebab decoration kafe tu menyamankan dan selesa, makanan dia sedap.
SDS Bakery & Cafe ni sebenarnya kedai roti. Tapi dia buat sekali kafe. So, sesiapa nak dine-in, bolehlah makan kat situ.
Hari Ahad hari tu aku dan keluarga kecik aku pergi Jalan-Jalan Cari Makan kat KL East Mall.
Our big family dah lama suggest suruh makan kat Restoren Serai kat KL East Mall tu tapi kitaorang tak sempat lagi nak jejakkan kaki kat situ. So, Ahad hari tu dapatlah merasa makan kat Restoren Serai kat KL East Mall di Taman Melati, Kuala Lumpur.
Dan itulah pertama kali juga aku sampai kat KL East Mall tu sejak ia dibuka tahun lepas.
Hari tu aku bawak anak-anak main kat Kidzooona Aeon Mall kat Aeon Cheras Selatan.
Kidzooona ni indor playground kepunyaan Aeon Mall. Dah lama tak pergi Kidzooona sebab PKP. So sekarang ni baru nak start semula pergi main-main kat indoor playground.
Kakak FL dengan Leeya suka sangat tempat-tempat gini, nama pun budak-budak kan? So, biarlah diaorang menikmati sepuas-puasnya zaman kanak-kanak diaorang. Nanti bila dah jadi remaja, dah tak nak hadap dah playground ni semua.
Kitaorang kurang sikit spend duit beli toys untuk anak-anak, tapi kitaorang bagi diaorang keseronokan bermain dan bercuti. Anak-anak pun dah tahu yang diaorang susah nak dapat toys, melainkan kalau hari-hari istimewa macam birthday, hari raya dan lain-lain.
Sebab kitaorang percaya - childhood is a beautiful phase ever. So, just create lots of beautiful moments with your children, let them happy and enjoy their childhood moments.
Duit boleh dicari, tapi momen-momen indah tak kan tak ternilai harganya.
Dulu-dulu masa Kakak FL kecik-kecik dulu suka bawa dia pergi main-main kat indoor playground. Tapi sejak covid ni, dah tak main indoor playground ni. Ni baru start baik explore indoor playground yang best-best yang KL ni.
Dan salah satu indoor playground yang kitaorang dah pergi ialah The Parentshood Playland, kat Sunway Putra Mall Kuala Lumpur. Sunway Putra Mall ni shopping mall yang depan PWTC. Dulu-dulu dikenali sebagai The Mall tempat ni.
Aku suka sangat dengan Garret PopCorn. Satu-satunya pop corn yang aku suka. Pop Corn lain tak suka, kalau ada pun makan masa tengok wayang dalam panggung wayang, tapi tu pun beli sebab nak layan movie. Tak syoklah kalau tengok movie tak makan pop corn.
Kalau pergi mana-mana terjumpa Garret Pop Corn ni memang aku wajib beli. Aku pernah cerita pasal popcorn ni kat sini - 'GARRET POPCORN SEDAP GILER!'
Semalam aku pergi makan nasi kandar kat Nash Bistro Restaurant, kat Sungai Chua, Kajang.
Restoren ni sebenarnya kedai mamak jer tapi kedai mamak yang 'high class' jugaklah 😅, sebab ada macam-macam makanan ada kat situ dan ada western food dan restoren tu ada aircond. So, nampak macam agak ekslusif jugaklah.
Orang kat sini pun selalu ramai especially bila hari weekend.
Dan semalam aku pergi situ, aku tengok ada 2 biji 'robot' yang bertugas sebaga penghantar makanan.
Aku beli skipping rope baru sebab tali skipping aku yang lama dah rosak - almaklumlah, beli yang murah cepatlah rosak.
So, kali ni aku beli 2 sekaligus. 1 aku beli kat Mr.DIY dan 1 lagi beli kat Fitness Concept. Dua-dua pun murah jugak. hihi.
Yang kat Mr.DIY tu aku rasa tak sampai RM 10 kot, yang kat Fitness Concept tu harga dia RM 23.
Aku baru jer balik bercuti dari Hotel Grand Millennium Kuala Lumpur. Hotel ni terletak kat Bukit Bintang, KL, betul-betul sebelah Pavillion Shopping Mall. En.suami ada kerja kat area Bukit Bintang minggu ni. So, malas nak ulang-alik drive dari rumah, dia check-in kat sini, kitaorang ikut sekali lah.
Sebenarnya plan, Kakak FL ulang-alik pergi ke sekolah setiap hari dari hotel ni, baju dan beg sekolah semua dah ready bawa ke hotel. Tapi kebetulan minggu ni semua pelajar dan guru Tahap 1 sekolah dia PdPR sebab ada seorang guru positif covid, jadinya kami berempat berkampung la kat hotel ni minggu ni. Hari ni dah balik rumah. Kakak FL ber-PdPR dari hotel jer.
Anak-anak aku, kakak FL dan Leeya suka sangat dengan The Chicken Rice Shop. Diaorang ni hantu nasi ayam, kalau boleh hari-hari diaorang nak makan nasi ayam.
So, bila pergi jalan-jalan mana-mana, pilihan nombor 1 diaorang ialah nak makan nasi ayam. Cumanya mak dan ayah diaoarang ni dah jemu makan nasi ayam selalu.
Dan diaorang paling suka dengan nasi ayam kat The Chicken Rice Shop. Aku pun dah tak terkira berapa banyak kali dah kitaorang akan kat restoren ni. Cuma tak pernah share kat blog ni. So, hari ni aku nak share pasal kedai ni kat blog ni.
Disember 2021 hari tu kitaorang celebrate wedding anniversary yang ke-9 tahun kat Ramada Suites by Wyndham KLCC yang terletak di Jalan Alor, Bukit Bintang.
Kalau pergi Kemaman, Terengganu tak bestlah kalau tak makan SATA.
SATA ni yang paling sedap memang kat Kemaman jer, even kat Kuala Terengganu pun susah nak jumpa yang sedap macam yang kat Kemaman ni. Dan tempat yang wajib korang pergi kalau nak mencari SATA ialah di Kuala Kemaman, dekat sangat dengan Pantai Teluk Mak Nik atau orang tempatan panggil Monica Bay 😅😅.
Baru-baru ni aku balik Kemaman, Terengganu sempena cuti Raya Cina.
Kalau pergi Terengganu, tak sah kalau tak bawak balik keropok lekor. Kalau nak mencari keropok lekor yang sedap pun, memang kat Terengganu jer lah, kat KL ni tak sedap. Dan aku pun tak makan keropok lekor kat KL seba rasa jauh sangat dari rasa keropok lekor asli Terengganu.
Kat Kuala Terengganu, senang jer nak mencari keropok lekor - kat mana-mana pun ada. Tapi kalau korang pergi ke Kemaman Terengganu, korang kena beli keropok lekor kat Chendor. Chendor ni terletak kat Sempadan Terengganu - Pahang, betul-betul melepasi Pintu Gerbang Kemaman, sebelum sampai ke Stesen Minyak SHELL.