Saturday, February 12, 2022

Beli 'Skipping Rope' Baru

Aku beli skipping rope baru sebab tali skipping aku yang lama dah rosak - almaklumlah, beli yang murah cepatlah rosak. 

So, kali ni aku beli 2 sekaligus. 1 aku beli kat Mr.DIY dan 1 lagi beli kat Fitness Concept. Dua-dua pun murah jugak. hihi. 

Yang kat Mr.DIY tu aku rasa tak sampai RM 10 kot, yang kat Fitness Concept tu harga dia RM 23. 


Yang warna biru tu Mr.DIY punya, yang 1 lagi tu Fitness Concept punya. 


Aku tak tahu mana yang OK, kita try dua-dua nanti. 

Aku start guna skipping ni untuk exercise sejak dari Sekolah Menengah lagi. Skipping ni ialah salah satu aktiviti wajib masa training taekwondo. 

Dulu-dulu aku ni atlit taekwondo negeri. So, memang aktiflah pergi training selalu. Kalau nak dekat tournament tu, training setiap hari - siang dan malam. 

Dulu aku sekolah primier (sekarang ni dipanggil sebagai sekolah kluster), sekolah tu memang sekolah sukan - cemerlang sukan dan akademik. Ada student memang scorer bab akademik. Dan ada student yang scorer bab sukan. So, aku termasuk dalam kategori sukan tu. 

Aku pernah dapat Anugerah WARNA PENUH di sekolah dulu. Selalu jugak naik pentas untuk terima pingat dan anugerah yang berkaitan kokurikulum. Dan yang paling best, aku dapat biasiswa setiap bulan. Sebulan ada kot dalam RM 200-RM 300, aku pun dah lupa nilai tu. Kerajaan Negeri Terengganu yang bagi untuk atlit cemerlang. 

Sebab tu korng tengok sekarang ni ramai atlit negara datang dari terengganu, contoh macam Azizul Hasni Awang  sebab kerajaan negeri memang jaga bakat-bakat muda ni sejak dari awal lagi. 

Kalau masa sekolah dapat biasiswa sebanyak tu kira macam 'berduit' sangat dah tu. hahhaha. Memang bestlah. 

Berbalik pada cerita skipping tadi, aku memang suka main tali skipping ni, sebab dah terbiasa. Kalau skipping tu, 1 sesi aku memang akan buat 100 kali paling minima. Kalau aku larat, aku akan jump sampai ke 1000 kali. 

Korang try buat, mula-mula memang penat. Tapi lama-lama dah terbiasa, dah tak rasa penat dah. Bak kata pepatah 'alah bisa, tegal biasa'. 

Kalau korang nak beli skipping rope macam aku beli ni, boleh beli kat Shopee : 

Skipping rope sebiji macam Mr.DIY https://invol.co/cl911at
Skipping rope Fitness Concepthttps://invol.co/cl911cv
 

1 comment: