Akhirnya apa yang ditakuti datang jua. Kakak FL disahkan Positif Covid19 Hari Sabtu hari tu (26.2.22).
"Kakak OK? Kenapa ni?".
"Kakak pening kepala sejak kelas math tadi", jawabnya.
"Bagitau kat cikgu tak?", Mummy tanya.
Dia jawab "tak", katanya sebab dia masih boleh control lagi. Errrrrm.
Pastu rasa dahi dia - panas sangat.
Masuk jer kereta dia terus tidur.
Sampai kat rumah, sambung tidur lagi. Memang lembik.
Bangun tidur, suruh dia makan nasi, makan ubat & buat rtk guna saliva. Resultnya negatif.
Tidur malam tu dia tak lena. Meracau.
Hari Jumaat (25.2.22)
Hari Jumaat (25.2.22), panas masih sama, tak kebah lagi. So makan ubat demam setiap 6 jam. Selsema dan batuk tak ada, cuma demam jer.
Hari Sabtu (26.2.22)
Hari Sabtu (26.2.22) pagi buat RTK lagi kat rumah guna saliva. Kali ni confuse. Sebab line kat bawah tu tak nampak sangat. Tapi demam masih panas.
Malam tu bawaklah juga pergi ke klinik biasa.
8.00pm Kat klinik penuh orang. Dan ramai juga yang que untuk buat test covid.
Doktor ambil darah. Result darah tunjuk Kakak Leena kena viral fever. So doktor cakap ni samada denggi atau covid. Doktor suruh pilih nak buat test denggi atau covid dulu? So aku pilih buat test covid.
So kat situ buat test RTK swab test ambil sample di hidung.
5 minit lepas tu result tunjuk positif. Clear garisan double line tu.
Doktor cakap kuarantin kat rumah jer 10 hari sebab dia tak vaksin. Kontak rapat (kami anak-beranak) kena kuarantin 5 hari.
Doktor bagi ubat demam jer sebab ubat demam kat rumah dah habis. Kos rawatan kat klinik hari tu RM 137.
Malam tu tidur diffuse essential oil YL Lemon.
Hari Ahad (27.2.22)
Hari Ahad (27.2.22), demam Kakak Leena dah kebah. Tapi start selsema pula. So makanlah ubat selsema. Dan dia juga makan multivitamin Appeton.Multivitamin Appeton boleh beli kat Shopee - https://invol.co/cl9d2d4
Dan mummy start demam dan tak sedap badan. Jadinya, en.suamilah yang kena buat kerja-kerja rumah.
Buat RTK guna saliva kat rumah - result negatif.
So aku makan Habatussauda, Multivitamin Berroca, Panadol & Cold Away (sebab macam selsema sikit-sikit) dan diffuse Young Living Lemon siang malam.
Semua ni boleh beli kat Shopee, ini link nya :
Vitamin Berroca, beli kat Shopee - https://invol.co/cl9d2pj
Habatusauda - https://invol.co/cl8cr96
Cold Away - https://invol.co/cl8cr6z
Hari ni Isnin (28.2.22)
Kakak Leena dah OK. Mummy pulak dah makin OK demam cuma selsema berhingus. Alhamdulillah tak teruk. Thank you to booster vaccine. Memang betul-betul membantu sangat.
Inshallah kami semua akan sembuh secepat mungkin. Amin.
Boleh baca pasal aku ambil Booster Pfizer kat sini - 'KESAN SAMPINGAN DOS PENGGALAK BOOSTER PFIZER'.
Mudah2an tak serius dan boleh cepat sembuhnya
ReplyDeletegws buat mummy dan kak FL... risaunya kalau anak kene covid ni kesian mesti tak selesa
ReplyDeleteSemoga Kak FL kuat semangat. Segera sembuh ya nak.
ReplyDeletekesian kakak moga cpt sembuh amiin
ReplyDeleteMoga diberi kesembuhan segera buat DP sekeluarga aamin
ReplyDeleteTake care ye...